Tine Rasmussen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tine Rasmussen
Maklumat peribadi
Negara Denmark
Cakat tanganKanan
Women Singles
Ranking tertinggi1 (6 November 2008)
Ranking semasa1 (6 November 2008)
Profil BWF

Tine Rasmussen (lahir 21 Julai 1979) merupakan seorang pemain badminton perseorangan wanita dari Denmark. Teman lelaki beliau ialah Martin Baum.

Tine gah dengan kejayaannya dalam Kejohanan Super Series Seluruh England 2008.

Rasmussen bermain di Sukan Olimpik 2004, tewas kepada Petya Nedelcheva dari Bulgaria di pusingan pertama.

Sepertimana pertandingan yang disertai oleh Rasmussen dalam BWF Super Series, beliau memenangi Terbuka Jepun 2007, Terbuka Malaysia 2008, Seluruh England 2008, dan Terbuka Singapura 2008, tiga kejohanan awalnya dimenangi selaku status pemain bukan pilihan.

Beliau memenangi pingat perak dalam Kejohanan Badminton Eropah 2008[1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2008 European Championships winners". tournamentsoftware.com. Dicapai pada 21-04-2008. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]