Tingkah laku anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing menggasak.

Tingkah laku anjing merujuk koleksi tingkah laku oleh anjing bela jinak, Canis lupus familiaris, dan dipercayai dipengaruhi oleh sebab genetik, sosial, keadaan dan persekitaran. Anjing bela jinak ialah satu subspesies serigala kelabu, dan mengongsi kebanyakan ciri tingkah lakunya.

Sungguhpun ada perbezaan penting dan berbeza antara anjing dengan serigala, pandangan tingkah laku anjing kini sangat dipengaruhi oleh penyelidikan terhadap serigala liar.

Kecerdasan anjing[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kecerdasan anjing

Pelbagai kajian telah dijalankan untuk menganggar kecerdasan dengan pengukuran bilangan perkataan atau tanda yang dipelajari oleh seseekor anjing. Satu contoh baru-baru ini ialah kertas ahli psikologi haiwan, Juliane Kaminski, dalam Science yang menunjukkan bahawa Rico, seekor collie sempadan, mampu mempelajari melebihi 200 patah perkataan.[1] Rico mampu mengingati nama beberapa item sehingga empat minggu selepas pendedahan terakhir (Kaminski mengetepikan kesan Hans Bijak menggunakan protokol tegas). Rico juga mampu mentafsirkan frasa seperti "fetch the sock" (Bahasa Melayu: ambil stoking) dalam istilah kata komponennya (lebih daripada mempertimbangkan sebutanna sebagai satu patah perkataan). Rico juga mampu memberi stoking itu kepada orang yang dinyatakan. Pada 2008, Betsy, juga seekor collie sempadan, ditonjolkan pada kulit Majalah National Geographic. Kecerdasan Betsy menyaingi yang pada Rico, ia mengetahui melebih 340 patah perkataan dan mampu menghubungkan objek dengan imej fotograf objek itu, sungguhpun tidak pernah melihat kedua-duanya sebelum itu.[2]

Tingkah laku sosial[sunting | sunting sumber]

Unit sosial anjing ialah kawanan. Daripada penyelidikan terhadap kawanan serigala yang terbentuk di dalam kurungan, kawanan tersebut mengikut kebiasaan difikirkan sebagai kumpulan terkait rapat yang terdiri daripada individu yang telah mendapat pangkat dalam tatatingkat linear, dan dalamnya ada kesetiaan yang amat. Anjing dipercayai boleh dibelajinakkan oleh dan berjaya dalam berhubung dengan masyarakat manusia kerana sifat semula jadi sosialnya. Menurut kepercayaan tradisional, anjing mengumumkan naluri sosialnya untuk memasukkan manusia, dalam intipati "menyertai kawanan" pemiliknya/pengendalinya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan pandangan tradisional ini berdasarkan penemuan daripada kawanan serigala kelabu yang terbentuk daripada binatang tidak bersaudara di dalam kurungan, dan lalu mungkin tidak tertumpu pada kawanan serigala semula jadi, kawanan anjing semula jadi, atau anjing tersesuai di perumahan manusia. Penyelidikan dalam kawanan terbentuk di alam liar menyatakan bahawa serigala membentuk kumpulan keluarga, termasuk satu pasangan pembiakbakaan dan anaknya. Dalam kawanan keluarga ini, istilah "kedominanan", dan "penyerahan" kurang berguna daripada "induk", dan "anak", dan membawa dengannya sebilangan tanggapan salah. Sementara kebanyakan penyelidikan kini menyatakan bahawa anjing bela jinak mengikuti tatatingkat pada struktur Alfa-Beta-Omega, anjing bela jinak, seperti serigala, juga berinteraksi dalam cara tatatingkat kompleks.

Kewujudan dan kesemulajadian sifat peribadi pada anjing telah dikaji (15329 ekor anjing daripada 164 baka berlainan) dan lima "sifat terbatas" konsisten dan stabil dikenal pasti, digambarkan sebagai sifat suka bermain, keingintahuan/ketidaktakutan, mudah mengejar, suka bergaul dan kelangsangan. Paksi urutan lebih tinggi yang lanjut untuk rasa malu–berani juga dikenal pasti.[3][4]

Tingkah laku semasa terasing[sunting | sunting sumber]

Anjing menghargai persahabatan anggota daripada "kawanannya" yang lain dan kadangkala bimbang jika ia terpisah daripadanya. Tindak balas tipikal apabila anjing terpisah daripada kawanan ialah penyalakan, peraungan, penggalian, dan pengunyahan. Kegiatan ini mungkin membimbangkan manusia apabila ia perlu meninggalkan anjing bersendirian untuk satu tempoh masa. Walau bagaimanapun, tingkah laku ini, dipanggil kebimbangan perpisahan, boleh ditangani dengan latihan, atau sekurang-kurangnya dikurangkan ke titik keterurusan. Jika anak anjing terbiasa dengan tempoh kesendirian dari umur muda, ini boleh dielak sepenuhnya.

Anjing juga krepuskul, bermaksud tempoh semula jadi kegiatan puncaknya ialah waktu subuh dan senja,[5] dan mungkin berehat pada siang dan malam (kerana sifat ini, anjing bela jinak lebih tercenderung untuk menunjukkan kegiatan penyalakan dan pengunyahan pada masa apabila orang pergi atau pulang dari kerja.[6]). Sesetengah pemilik bergelut untuk mengatasi masalah ini mengambil jalan keluar dengan penyahsuaraan, satu amalan kontroversi yang dianggap kejaman oleh penyokong haiwan dan diharamkan di kebanyakan negara.

Penyelidikan terhadap serigala kelabu yang boleh digunakan[sunting | sunting sumber]

Dr. David Mech dari Universiti Minnesota, yang mengkaji serigala di habitat semula jadinya, menuntut bahawa kebanyakan perkara yang secara luas dipercayai mengenai kawanan serigala adalah salah. Daripada pemerhatian kawanan serigala di Pulau Ellesmere selama melebihi sedekad,[7] beliau menuntut bahawa kawanan serigala semula jadi tidak langsung sama dengan yang terbentuk di dalam kurungan oleh serigala tidak bersaudara. Beliau mengatakan bahawa banyak tanggapan salah tentang kawanan serigala ke pengumuman daripada kawanan tidak semula jadi ini yang di dalam kurungan, dan menyamakan ini dengan kesimpulan salah yang mungkin kita simpulkan daripada mengumumkan tingkah laku manusia daripada mengkaji perkhemakan pelarian.

Dr. Mech mempertikaikan bahawa kawanan serigala semula jadi secara tipikal ialah sebuah keluarga, dengan satu pasangan pembiakbakaan serigala dewasa dan anaknya, bersama sedikit saudara lain seperti bapa dan emak saudara. Dalam kes seperti itu, istilah "alfa" dan "dominan" kurang sesuai daripada "induk". Serigala induk kedua-duanya memang merupakan "alfa" dan "dominan" (mengikut takrifan), tetapi beliau mempertikaikan bahawa istilah ini tidak tepat kerana menandakan bahawa satu kawanan serigala secara tipikal termasuk banyak keluarga dan ahli memegang kedudukan dalam tatatingkat linear. Satu kawanan serigala tidak patut difahami sebagai satu suku individu yang mempunyai kedudukan tertubuh dalam tatatingkat sehingga anjing lebih muda merampas peranan itu. Sebenarnya, satu kawanan serigala patut difahami sebagai satu unit keluarga, dengan serigala berumur muda menyerak ke wilayah baharu miliknya, untuk mencari serigala lain dan memulakan unit keluarga sendiri.

Mech juga menyatakan bahawa kedominanan adalah jarang pada serigala liar, dan tidak muncul daripada persaingan seksual. Kerana serigala muda biasanya menyerak sebelum umur dua tahun, dan hampir selalu sebelum umur tiga tahun, ada sedikit ketegangan seksual dalam kawanan. Daripada menggunakan "kedominanan" dan "penyerahan", beliau menggunakan istilah "ketegasan" dan "kepasifan" untuk menonjolkan peranan serigala tersebut dalam kawanan. Pasangan pembiakbakaan dominan mengetuai kawanan pada kebanyakan masa (71%), dan memulakan kebanyakan tingkah laku baharu (70%). Tingkah laku kepemimpinan pada ahli bawahan kawanan biasanya diikuti oleh penyerakan.[8]

Empati pada anjing[sunting | sunting sumber]

Empati telah dilihat sebagai emosi unik terhadap manusia, tetapi penyelidikan baru-baru ini mencadangkan haiwan lain, seperti anjing, boleh mengongsi cara pemikiran lebih kompleks ini. Media telah menggambarkan banyak contoh haiwan bertingkah laku secara empati dan dengan tingkah laku kealtruistikan. Salah satu contoh ialah Eve, seekor anjing Rottweiler yang menarik pemliknya yang paraplegik, Kathie Vaughan, untuk keselamatan selepas trak pemiliknya tanpa dijangka berisi dengan gas berbahaya dan meletup.[9] Ramai penyelidik telah mula mengkaji tingkah laku empati dan telah mengembangkan banyak cara pengujian empati pada anjing.

Ada banyak teori untuk sebab anjing telah mengubah ansur tingkah laku empati. Salah satu ialah anjing berubah ansur daripada serigal, yang merupakan haiwan sangat sosial dengan peranan dan tatatingkat kompleks dalam kawanan.[10] Perkembangan tingkah laku keempatian mungkin penting untuk menjalankan banyak tugas dan tingkah laku yang diminta oleh peranan ini dalam kawanan. Empati hanya dibantu dalam kemandirian spesies ini. Walau bagaimanapun, teori ini tidak semestinya menjelaskan sebab anjing bela jinak patut bertingkah laku secara empati terhadap spesies yang tidak berkaitan, seperti manusia. Sesetengah mempercayai bahawa empati dikembangkan semasa pembelajinakan anjing melalui kehampiran dan sekedudukan manusia. Empati patut membenarkan anjing untuk meramalkan dan membaca tingkah laku manusia dengan lebih midah, dan mempromosikan sesetengah bentuk komunikasi lebih jelas antara spesies.

Custance dan Mayer melihat tingkah laku keempatian anjing terhadap manusia.[11] Lapan belas ekor anjing bela jinak bersaiz sederhana dan pemilik mereka direkrut untuk kajian. Kajian ini melibatkan pendedahan setiap anjing kepada 20 saat bagi sama ada bunyi dengung atau ketangisan datang daripada pemilik anjing serta orang asing. Daripada lapan belas ekor anjing dalam kajian ini, lima belas ekor mendekati kedua-dua pemilik mereka dan orang asing tersebut apabila individu berkenaan berpura-pura menangis. Tiga belas daripada limba belas ekor anjing itu mendekati individu yang menangis itu secara peserah, dan bukan cara suka bermain. Sangat sedikit anjing mendekati seseorang individu semasa keadaan bunyi berdengung uji kaji ini, yang mencadangkan bahawa anjing tidak begitu sahaj mendekati individu berkenaan kerana keingintahuan. Penyelidik menyimpulkan bahawa banyak anjing bertingkah laku dengan kebimbangan keempatian dan menawarkan keselesaan terhadap kedua-dua pemilik serta orang asing.

Satu lagi tingkah laku yang membuat penyelidik menanyakan sekiranya empati wujud pada spesies kanin ini ialah kuap menular. Penyelidik telah menjumpai bahawa anjing akan menguap selepas memerhatikan manusia menguap.[12] Anjing telah diperhatikan menguap selepas menyaksikan kedua-dua manusia yang biasa dan tidak biasa menguap. Walau bagaimanapun, anjing cenderung untuk bertindak balas dan menguap lebih kepada manusia yang biasa terhadapnya. Masih ada percanggahan sama ada kuap menular merupakan gerak belas berkaitan dengan empati.

Tingkah laku seks[sunting | sunting sumber]

Kedominanan dan penyerahan[sunting | sunting sumber]

Anjing yang disosialkan dengan betul boleh berinteraksi dengan anjing yang tidak dikenali tanpa mengira saiz dan bentuk dan memahami cara untuk berkomunikasi.

Sesetengah mempercayai bahawa anjing mendirikan tatatingkat kedominanan melalui permainan langsang dan penggasakan di sepanjang keselanjaran kedominanan dan penyerahan,[13] sungguhpun konsep tatatingkat sosial pada anjing tidak dibuktikan dan dipertikaikan. Pensosialan anak anjing yang berjaya melibatkan penyertaan dengan rakan seperinduk dalam pembelajaran untuk berbaik dengan anjing lain. Anjing belajar untuk berbaik dengan anjing lain dengan berjaya dengan menjaga perdamaian, daripada sentiasa bergaduh untuk mendirikan tatatingkat ini semula.

Tingkah laku kedominanan[sunting | sunting sumber]

Sungguhpun anjing biasanya bercirikan istilah kedominanannya (contohnya, "Fido ialah si alfa."), kestabilan kedominanan sebagai ciri keperibadian stabil kekal dipertikaikan.

Dalam kawanan serigala liar, paparan kedominanan telah diperhatikan untuk menyertakan "jilatan", yang melibatkan perayuan permintaan makanan pada dasarnya; "penghimpitan", yang melibatkan anjing dominan kelihatan mengancam yang lain, yang menunjukkan penyerahan dengan bergolek; "berdiri ke tepi"; penandaan wilayah; dan ekspresi badan lebih pasif yang termasuk menegakkan ekor dan telinga, terus merenung anjing lain, mengelilingi dan membaui anjing lain, dan menggeram sekiranya anjing lain bergerak.

Penyerahan memaparkan paparan dominan cermin dan termasuk pengambilan gaya sebegitu yang secara fizikal lebih rendah daripada anjing lain, seperti mendekan, bergolek di atas belakang dan mendedahkan abdomen, merendahkan ekor (kadang-kadang sehingga memasukkannya ke antara dua belah kaki), meratakan telinga, berpaling daripada renungan, gugup menjilat atau menelan, penitisan air kencing, dan membeku atau berlari apabila menghadapi anjing lain.

Pada serigala, penyelidikan baru-baru ini menyatakan bahawa tingkah laku dominan telah disalahtafsirkan sebagai ciri keperibadian yang menentukan kedudukan individu dalam tatatingkat linear dalam kawanan. Sebaliknya, Mech (lihat penyelidikan baru-baru ini, di atas) mempertikaikan bahawa kawanan ialah satuan keluarga, dan bahawa "alfa" kawanan tidak berubah melalui pergelutan untuk kedominanan. Dia mempertikaikan bahawa satuan keluarga adalah untuk membesarkan anak, yang kemudian memencar untuk berpasangan dengan serigala lain yang memencar untuk membentuk pasangan pembiakbakaan dan kawanan sendiri. Model ini menjejaskan pengkonsepan kedominanan yang popular dalam tingkah laku sosial serigala.

Penyelidikan anjing bela jinak juga telah menanyakan sama ada kedominanan ialah ciri peribadi. Svartberg dan rakan sekerja (2002) mengumpulkan data tingkah laku daripada 15,000 ekor anjing daripada 164 baka dalam percubaan untuk mengenal pasti ciri peribadi utama. Dalam pendekatan serupa dengan yang digunakan pada manusia, pengarang mempersembahkan analisis faktor data mereka, dan mengenal pasti lima ciri utama: "sifat suka bermain", "ingin tahu/ketidaktakutan", "mudah mengejar", "suka bergaul" dan "kelangsangan". Analisis serupa oleh Goddard dan Beilharz (1985) mendedahkan dua faktor utama dalam tingkah laku sosial: "keyakinan", dan "kelangsangan–kedominanan".

Kajian ini mencadangkan bahawa kedominanan mungkin bukan ciri peribadi sahaja tetapi sebaliknya merupakan epifenomena yang terdiri daripada ciri keperibadian tersembunyi seperti kelangsangan, keyakinan, dan keingintahuan.

Interaksi manusia[sunting | sunting sumber]

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa ada perbezaan individu dalam interaksi antara anjing dengan tuan manusianya yang mempunyai kesan ketara pada tingkah laku anjing. Contohnya, Topal dan rakan sekerja (1997) telah menunjukkan bahawa jenis hubungan antara anjing dengan tuan, bercirikan sama ada persahabatan atau hubungan pekerjaan, mempengaruhi prestasi anjing dengan ketara dalam tugasan penyelesaian masalah kognitif. Mereka mengagak bahawa anjing teman mempunyai hubungan lebih bergantung dengan pemiliknya, dan mengharapkan mereka untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya, anjing pekerja lebih berdikari.

Serangan anjing[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Serangan anjing

Serangan anjing ialah serangan terhadap manusia oleh anjing jalang atau bela jinak. Dengan perkaitan rapat anjing dengan manusia dalam kehidupan harian (kebanyakannya sebagai haiwan peliharaan), anjing menyerang—dengan kecederaan daripada sangat ringan kepada ketara, dan parah kepada membawa kematian—adalah tidak biasa. Serangan pada hujung spektrum serius telah menjadi tumpuan perhatian media dan orang awam yang meningkat pada hujung abad ke-20 dan awal abad ke-21.[14]

Dua peratus penduduk Amerika Syarikat, 4.7 juta orang, dianggarkan digigit pada setiap tahun.[15] Pada 1980-an dan 1990-an Amerika Syarikat berpuratakan 17 kematian per tahun, sementara pada 2000-an ini telah meningkat kepada 26.[16] 77% gigitan anjing adalah daripada anjing peliharaan keluarga atau sahabat, dan 50% serangan berlaku terhadap hak milik pemilik anjing itu.[16]

Ada perdebatan besar tentang sama ada atau tidak baka anjing tertentu secara diturunkan lebih cenderung untuk melakukan serangan menyebabkan kecederaan parah (iaitu, dipaksa oleh naluri dan pembiakbakaan sehingga, dalam keadaan tertentu, ia sangat sekali untuk mencuba atau melakukan serangan berbahaya). Tanpa mengira baka anjing, risiko serangan anjing berbahaya diakui boleh ditingkatkan dengan banyak oleh tindakan manusia (seperti pengabaian atau pelatihan perlawanan) atau ketiadaan tindakan (seperti kecuaian dalam pengurungan dan kawalan).

Orang yang digigit oleh haiwan yang berpotensi membawa parvovirus atau virus rabies patut berjumpa dengan doktor serta-merta. Mangsa gigitan juga mungkin menanggung jangkitan bakteria parah tulang dipanggil osteomielitis yang boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat, sama ada atau tidak haiwan itu mempunyai parvovirus atau virus rabies.

Baka berbahaya[sunting | sunting sumber]

Pusat untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada 2000 menerbitkan satu kajian kematian berkaitan dengan gigitan anjing (DBRF) yang meliputi tahun 1979-1998. Kajian menjumpai laporan 327 orang dibunuh oleh anjing selama jangka 20 tahun. Menggunakan rencana surat khabar, CDC dapat memperoleh "pengenalan" untuk 238 daripada 327 kes serangan anjing membawa kematian; yang daripadanya "terier pit bull" atau kacukannya dilaporkan terlibat dalam 76 kes. Baka dengan bilangan kematian anggapan tertinggi seterusnya ialah anjing Rottweil dan kacukannya, dengan 44 kematian.

Permainan anjing[sunting | sunting sumber]

Sejak usia muda, anjing menyertai permainan dengan yang lain. Permainan anjing terdiri daripada terutamanya pergaduhan olok. Tingkah laku ini, yang paling biasa pada anak anjing, dipercayai merupakan latihan untuk tingkah laku penting dalam kehidupan masa hadapan. Penyelidikan permainan anak anjing telah menunjukkan bahawa anak anjing tidak memainkan peranan dominan dan peserah dengan setara; sebaliknya, anak anjing cenderung untuk memulakan pergaduhan permainan dengan anak anjing lebih lemah yang ia percayai ia boleh atasi.[17]

Tambahan lagi, anak anjing akan bercampur tangan dalam permainan yang dilakukan oleh pasangan lain. Dalam keadaan ini, anak anjing sangat membantu anjing dominan. Anak anjing tidak menunjukkan kesalingan dalam campur tangah, mencadangkan bahawa ia lebih mahu menjadi dominan dalam perlawanan, dan bersikap oportunistik dalam jangka masa pendek. Dalam jangka masa panjang, campur tangan mungkin membantu anak anjing dalam mempelajari penyesuaian.

Satu tingkah laku biasa dalam kalangan anjing bela jinak merupakan pengejaran ekor sendiri. Penyelidik tidak pasti sepenuhnya akan sebab anjing mengejar ekor sendiri, walau bagaimanapun sesetengah kajian penyelidikan menjumpai hubungan antara pengejaran ekor dengan kolesterol tinggi. Satu kajian menjumpai bahawa apabila anjing mengalami peningkatan kegiatan hormon terikat dengan gerak balas "lawan atau lari", ini menyebabkan anjing mengejar ekornya dengan lebih kerap.[18]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kaminski,et al., Juliane (2004). Word Learning in a Domestic Dog: Evidence for "Fast Mapping". ms. 1682–1683 doi=10.1126/science.1097859. 
  2. Morell, Virginia (Mac 2008). "Minds of their Own". National Geographic. Diperoleh pada 13 Oktober 2008. 
  3. Kenth Svartberg, Björn Forkman, K (14 Jun 2002). "Personality traits in the domestic dog (Canis familiaris)". Applied animal behavior science 79 (2): 133–55. doi:10.1016/S0168-1591(02)00121-1. Diperoleh pada 24 Jun 2010. 
  4. Svartberg, K.; Tapper, I.; Temrin, H.; Radesater, T.; Thorman, S. (26 April 2004). "Consistency of personality traits in dogs". Animal Behaviour 69 (2): 283–91. doi:10.1016/j.anbehav.2004.04.011. Diperoleh pada 24 Jun 2010. 
  5. The ecology of stray dogs: a study of free-ranging urban animals By Alan M. Beck p. 12
  6. Dogstardaily.com chapter "Home alone"
  7. Mech, L. David (1999). "Alpha status, dominance, and division of labor in wolf packs" (PDF). Canadian Journal of Zoology 77: 1196–1203. doi:10.1139/z99-099. 
  8. Peterson, Rolf O."Leadership Behavior in Relation to Dominance and Reproductive Status in Gray Wolves, Canis lupus", 2002. Dicapai pada 25 Mac 2014
  9. Bond, Annie (5 Mei 2005). "The Dog Hero: A True Animal Story". care2. Diperoleh pada 6 Mac 2014. 
  10. Silva, Karine; Liliana de Sousa (2011). "'Canis empathicus’? A proposal on dogs' capacity to empathize with humans.". Biology letters 7 (4): 489–492. doi:10.1098/rsbl.2011.0083. 
  11. Custance, D.; Mayer, J. (2012). "Empathic-like responding by domestic dogs (Canis familiaris) to distress in humans: An exploratory study.". Animal Cognition 15 (5): 851–859. doi:10.1007/s10071-012-0510-1. 
  12. Silva, Karine; Joana Bessa & Liliana de Sousa (2012). "Auditory contagious yawning in domestic dogs (Canis familiaris): first evidence for social modulation.". Animal cognition 15 (4): 721–724. doi:10.1007/s10071-012-0473-2. 
  13. Gerritsen,Resi."K9 Behavior Basics", Detselig Enterprises, 2010. Dicapai pada 25 Mac 2014.
  14. Reuters (13 Oktober 2004). "Stray dog pack attacks Albanian town". IOL. Diperoleh pada 21 Januari 2008. "An Albanian town had to call in police and hunters after a pack of 200 stray mountain dogs attacked at least nine people. Headed by a clearly identifiable leader, the snarling pack overran the main street of the small northern town of Mamurras, its mayor said on Wednesday. "Even in the movies I have never seen a horde of 200 stray dogs from the mountains attacking people in the middle of a town," Anton Frroku said on Wednesday. He said the dogs bit at least nine people, aged from 20 to 60, dragging them to the ground and inflicting serious wounds." 
  15. Questions and Answers about Dog Bites
  16. 16.0 16.1 Statistics about dog bites in the USA and elsewhere
  17. C. Ward (2007) Doctoral Dissertation
  18. http://dsc.discovery.com/news/2009/03/24/dog-tail-chasing.html