Tiroi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pekan Tiroi
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahDaerah Seremban
MukimPekan Tiroi
KeluasanN/A

Tiroi merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia yang berdekatan bandar Labu. Terletak kira-kira 10 km dari Seremban, Tiroi dihubungi melalui Jalan Labu dan Stesen KTM Komuter Tiroi. Pekan Tiroi hanyalah sebuah deretan kedai dan kawasan perumahan terancang berhampiran dengan Stesen Komuter Tiroi.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Tiroi mempunyai jalan-jalan kampung yang menghubungi Tiroi dengan kampung-kampung sekelilingnya seperti Kampung Kering dan Kampung Pelegong. Tiroi juga terletak dalam laluan perkhidmatan bas Cityliner bernombor 838 yang menghubungkan Terminal One dan Nilai. Stesen Komuter Tiroi terletak dalam rangkaian KTM Komuter Laluan Rawang-Seremban. Jalan Labu menghubungkan Tiroi dengan ibu negeri Seremban dan Nilai. Kemudahan pendidikan terdapat di Tiroi ialah sebuah Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Sekolah Kebangsaan Labu Ulu.