Titian Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Titian Cinta
GenreMelodrama
Dendam
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Titian Cinta karya Ridhya Iman
Ditulis olehFarhana Fauri
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSumpah Cintaku - Asfan Shah
Lagu penutupKasih - Hyper Act
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 6.58 Petang.
Syarikat penerbitan
(Zamriez Golden Pictures Sdn.Bhd.)
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal12 September 2017 – 30 Oktober 2017
Kronologi
MengikutiMeh Sandar Lagi
Diikuti olehLelaki Itu Pemilik Hatiku

Titian Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Heykal Hanifah, dibintangi oleh Farah Nabilah, dan Zul Ariffin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 12 September 2017 menggantikan Meh Sandar Lagi. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.

Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.

Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.

Adakah kebahagiaan akan menjadi milik Aisy dan Harris? Mampukah titian cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh dicantum semula?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Drama ini pernah menjadi kontroversi apabila seorang lelaki Kedah, disyaki menembak suami kekasihnya, yang dilaporkan mendakwa terpengaruh dengan novel itu. Menurut Ketua polis Rompin DSP Azli Mohd Noor, suspek mengakui kisahnya sama dengan novel cinta itu yang dibawa bersamanya ketika ditahan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Titian Cinta. MyInfoTaip. Dicapai 6 Ogos 2021