Tobilung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tobilung adalah sub-kumpulan dari etnik Kadazan-Dusun yang terdapat di Sabah, Malaysia. Penempatan suku ini terletak di pertengahan antara Kota Belud dan Kota Marudu, dan di kawasan Kudat.

Kaum Kadazan-Dusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah . Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik.

Terdapat kira-kira 51 etnik dalam rangkaian suku kaum Dusun dan Kadazan di Sabah dimana suku Tobilung merupakan salah satu etnik keluarga Kadazan-Dusun tersebut. Mungkin sebelum ini suku Tobilung kurang dikenali dikalangan masyarakat umum disebabkan suku ini terselindung di bawah nama etnik Dusun. Ratusan tahun yang lalu, suku Tobilung dipercayai menetap di Kampung Tatahan, Inanam, Kota Kinabalu. Ketika kampung tersebut dilanda penyakit kusta, mereka ( suku Tobilung ketika itu ) mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain bagi mengelak musibah tersebut. Kini suku Tobilung menetap di beberapa kawasan daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat.

Antara tokoh suku Tobilung ialah mendiang Ampau Bin Bumbungan yang berasal daripada Kampung Dudar, Kota Belud. Mendiang merupakan anak watan suku Tobilung yang pertama dilantik sebagai Native Chief ( Ketua Anak Negeri ) dalam Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Belud.

Sekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan suku Tobilung yang ingin dikongsi bersama, kami sangat mengalu-alukannya.



Pautan luar[sunting | sunting sumber]