Tok Awang Ngah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Contoh kulit buku karya Tok Awang Ngah.

PENGENALAN[sunting | sunting sumber]

Tok Awang Ngah adalah nama pena bagi penulis buku genre seram yang terkenal di Malaysia sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Bersama Tamar Jalis, yang juga penulis genre seram terkenal, mereka berdua adalah pelopor kepada karya bergenre ini. Tok Awang Ngah berdarah Minangkabau, di mana asal datuk beliau (sebelah ayah) adalah dari daerah Ngarai Sihanuk, Bukittinggi, Sumatera. Berdasarkan penceritaan dalam buku-buku, Tok Awang Ngah adalah anak kedua dari 9 orang adik beradik.

KARYA TOK AWANG NGAH[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menghasilkan karya bermula dari tahun 1984 hingga tahun 2007, yang diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan antaranya Mulya Utama Enterprise, Penerbitan Ibunda, Penerbitan Fajar Bakti, Zebra Editions dan Tastax Raya Sdn Bhd.

Karya beliau juga diterbitkan dalam majalah Intisari terbitan Mulya Utama, dan juga di dalam akhbar tabloid Pentas Dunia yang diterbitkan oleh Allahyarham Sdr. Omar Manan dan akhbar tabloid Buletin Rakyat.

Dilahirkan di dalam keluarga yang pentingkan ilmu agama, tidak mustahil ilmu dan pengalaman yang beliau ada adalah berpandukan dari perubatan yang dilakukan oleh datuk dan ayah beliau, seperti pengubatan secara dalam tidur. Ada di kalangan peminat Tok Awang Ngah menggelarkan cara pengubatannya "Meraga Sukma". Ada juga yang mengaitkan cara pengubatan Tok Awang Ngah ini seperti Nasrul Haq, yang diasaskan oleh Prof. Dr. Muchtar Lintang.

Setiap hasil penulisan di dalam buku beliau berdasarkan kisah benar yang dirakamkan daripada pengalaman beliau sendiri. Penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir sering kali dipaparkan dalam karya Tok Awang Ngah. Buku-buku penulisan Tok Awang Ngah menceritakan bagaimana beliau menggunakan kalimat doa, zikir dan ayat-ayat suci Allah S.W.T dalam menghadapi penentangan dan gangguan dari jin dan syaitan. Menariknya, kisah-kisah yang diceritakan amat berbeza dengan buku-buku seram dan mistik yang biasa kita lihat.

Di awal penerbitan buku Tok Awang Ngah, ayat-ayat Al-Quran dan rujukan surah ditulis dalam ejaan rumi bagi memudahkan pembaca. Ia seperti satu trademark dalam karya Tok Awang Ngah. Tetapi, pada pertengahan tahun 1990-an, Kementerian Dalam Negeri telah melarang penggunaan ejaan rumi dalam ayat-ayat Al-Quran bagi mengelak kekeliruan dalam sebutan atau ejaan.

LAIN-LAIN[sunting | sunting sumber]

Buku Tok Awang Ngah bertajuk Berkelahi Dengan Syaitan 2 pernah terjual sebanyak lebih kurang 350 ribu unit dan merupakan jualan tertinggi di dalam karya Tok Awang Ngah.

Dalam sosial media peminat karya Tok Awang Ngah telah membuka satu grup Facebook "Komuniti Peminat Karya Tok Awang Ngah" (pautan : https://www.facebook.com/groups/880206295398606) untuk membicarakan karya Tok Awang Ngah, bertukar pandangan dan membuat jualan buku-buku beliau.

ANAK MURID/LEGASI[sunting | sunting sumber]

Seperti yang diketahui oleh peminat karya Tok Awang Ngah, murid terkanan Tok Awang Ngah adalah Alang Bumin yang juga ada menghasilkan beberapa karya berdasarkan pengalamannya. Difahamkan, Tok Awang Ngah juga ada beberapa anak murid lain dan ilmu beliau telah diturunkan/diajar kepada mereka beberapa tahun sebelum Tok Awang Ngah meninggal dunia.

MENINGGAL DUNIA[sunting | sunting sumber]

Tok Awang Ngah telah meninggal dunia pada 12 Ogos 2009 dan dikebumikan di kampung halaman beliau. Walaupun identiti sebenar Tok Awang Ngah telah diketahui oleh segelintir peminat karya seram, tetapi atas menghormati waris dan keluarga beliau, namanya tidak dipaparkan di sini. Sekiranya Tok Awang Ngah hendak mendedahkan identitinya, sudah tentulah beliau sendiri akan berbuat demikian semasa hayatnya. Tetapi, beliau tidak mendedahkannya dan anggaplah ia seperti satu amanah atau wasiat beliau.

SENARAI KARYA TOK AWANG NGAH[sunting | sunting sumber]

Senarai buku-buku karya Tok Awang Ngah mengikut abjad. Ada juga yang diterbitkan semula (reprint) dan diberi tajuk lain oleh Penerbitan Mulya Utama

  1. Amukan Syaitan
  2. Bahana Ilmu Syaitan
  3. Bajang Peliharaan
  4. Balasan Ilmu Syaitan
  5. Berkelahi Dengan Syaitan 1
  6. Berkelahi Dengan Syaitan 2
  7. Berkelahi Dengan Syaitan 3
  8. Berkelahi Dengan Syaitan 4
  9. Berkelahi Dengan Syaitan 5
  10. Berkelahi Dengan Syaitan 6
  11. Berkelahi Dengan Syaitan 7
  12. Berkelahi Lawan Syaitan
  13. Berlawan Dengan Syaitan
  14. Bersumpah Dengan Syaitan
  15. Bercakap Dengan Syaitan
  16. Bencana Lawan Syaitan
  17. Bercinta Dengan Puteri Bunian
  18. Dendam
  19. Dendam Jelmaan Syaitan
  20. Dendam Syaitan
  21. Dendam Lawan Syaitan
  22. Dendam Wanita Berlaki Sembilan
  23. Dijebak Puaka Syaitan
  24. Disembelih Puaka
  25. Godaan Syaitan
  26. Gadis Disalai Atas Bara
  27. Gadis Dilamar Jelmaan Haruan
  28. Gadis Dinodai Jin
  29. Harimau Akuan
  30. Ilmu Pengasih Syaitan
  31. Jubah Putih Di Hutan Bakau
  32. Katak Keluar Dari Mulut
  33. Kepala Perempuan Tiba-Tiba Hilang
  34. Kepala Mayat Memercik Darah
  35. Lelaki 44 Isteri
  36. Lipan Bara
  37. Mainan Syaitan
  38. Manusia Jelmaan Jadi Keluang
  39. Mayat Bertukar Jadi...
  40. Mayat Jadi Puntung Kayu
  41. Melawan Bencana Syaitan
  42. Melawan Saka Syaitan
  43. Menentang Syaitan Jilid 1
  44. Menentang Syaitan Jilid 2
  45. Menentang Syaitan Jilid 3
  46. Menentang Syaitan Jilid 4
  47. Menentang Syaitan Jilid 5
  48. Minyak Dagu Mayat Anak Dara
  49. Padah Ilmu Syaitan
  50. Pemikat Minyak Senyonyong
  51. Pemuja Ilmu Syaitan
  52. Penunggu Rumah Syaitan
  53. Penangkal Syaitan
  54. Pengasih Minyak Cenuai
  55. Perangkap Syaitan
  56. Rasukan Syaitan
  57. Rasukan Ilmu Syaitan
  58. Rintihan Dari Kubur
  59. Santau Syaitan
  60. Sumpah Perempuan Bersuami Tujuh
  61. Sumpahan Ilmu Syaitan
  62. Susuk Berlian Syaitan
  63. Susuk Emas Syaitan
  64. Susuk Emas Andam Pengantin
  65. Susuk Perempuan Mandul
  66. Syaitan Jelmaan
  67. Tangkal Ilmu Syaitan
  68. Ular Putih Melingkari Rumah
  69. Ular Dalam Kubur Wanita

AWANG NGAH[sunting | sunting sumber]

Antara watak-watak dalam buku Tok Awang Ngah

  1. Tok Awang Ngah - Ustaz / Angah
  2. Mayah - isteri Tok Awang Ngah
  3. Tok Aji - datuk Tok Awang Ngah
  4. Nenek Aji - nenek Tok Awang Ngah
  5. Bidan Ibah - nenek Tok Awang Ngah, ibu Pak Tua Mahat
  6. Bilal Hud - ayah Tok Awang Ngah
  7. Hajah Seriyah - kakak Tok Awang Ngah (anak sulung)
  8. Haji Mosli - suami Hajah Seriyah, abang ipar Tok Awang Ngah
  9. Cikgu Alif - adik Tok Awang Ngah (anak ke 3)
  10. Lebai Maarih - adik Tok Awang Ngah (anak ke 4)
  11. Sumin - adik bongsu Tok Awang Ngah
  12. Ustaz Mat Deh - sepupu Tok Awang Ngah
  13. Haji Mat Deman - Ayah Ustaz Mat Deh & bapa saudara Tok Awang Ngah
  14. Ngah Jiyah - emak ustaz Mat Deh, & kakak kepada emak Tok Awang Ngah
  15. Pak Tua Mahat - bapa saudara Tok Awang Ngah
  16. Aki Jaaman - adik nenek Tok Awang Ngah (datuk saudara)
  17. Aki Sigat - adik nenek Tok Awang Ngah (datuk saudara)
  18. Sumaleh(Pak Suma) - kawan & adik angkat Tok Aji
  19. Mak Ibah - isteri Pak Suma
  20. Wak Samin - kawan Tok Aji
  21. Alang Jaman - menantu Wak Samin
  22. Haji Manan - kawan Tok Aji
  23. Dukun Lawi - anak angkat Tok Aji
  24. Kadir Misai - rakan karib Tok Awang Ngah
  25. Alang Bumin/Habib - anak murid Tok Awang Ngah

Rujukan[sunting | sunting sumber]