Tok Paduka Raja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tok Paduka Raja adalah nama sebuah kampong terletak didalam mukim Kampong Pulau Tiga di Perak Tengah.Nama asal Kampong Tok Paduka Raja itu ialah Kampong Melayu, kemudian ditukar kepada nama Kampong Tok Paduka Raja,pada sekitar tahun 70an, yang diambil bersempena dengan nama seorang anak kampong yang menjawat jawatan sebagai orang besar 4 Negeri Perak yang membawa gelaran Tok Paduka Raja, disekitar pertengahan tahun 1800.

Tok Paduka Raja dikatakan tiada mempunyai keturunan. Keturunan Tok Paduka Raja di Pulau Tiga diambil daripada keturunan adik beliau iaitu Hj Mat Perak[perlu rujukan] atau dengan nama lainya Uda Kasim.Hj Mat Perak yang mana telah berkahwin Hjh Aminah atau nama lainya Teh Mentela anak Alang Sumun atau nama lainya Hj Ramli, daripada keturunan Pengasas Sumpahan Ikan Tapah ( Pak Kadok ),[perlu rujukan] telah dikurniakan 8 cahaya mata iaitu pertama Ngah Mansor yang berkahwin dengan Teh Jamilah anak Hj Ahmad, Menjadi Penghulu di Selat Pulau dan Pulau Tiga. Kedua Alang Pura menetap di Pulau Tiga, Ketiga Panjang Ibrahim, keempat Hj Abd Ghafar menetap di Pulau Tiga, Kelima Muhammad Diah menetap di Pulau Tiga, keenam Hj Mokhtar, ketujuh Ayib menetap di Kg Baru Pulau Tiga dan kelapannya Muhammed Nasirudin.[perlu rujukan]

Ketokohan.

Adapun Tok Paduka Raja adalah seorang yang warak, seorang tokoh Guru Agama, Guru Al Quran dan disamping itu beliau adalah seorang Pawang Kampong.

Ketokohan sebagai seorang Pawang.

Menurut cerita yang disampaikan oleh Allahyarhamah Teh Jamilah menantu Hj Mat, Perak upacara pemeliharaan kampong yang dilakukan oleh Tok Paduka Raja semasa dizaman beliau sebagai pawang kampong, dilakukan dengan mendirikan bangsal yang tinggi disertakan dengan pesta kampong selama 7 hari 7 malam pada setiap tahun.

Kehebatan.

Dikatakan juga kehebatan Tok Paduka Raja mampu mengubah sebuah rumah kutai, milik beliau yang terletak di Parit Tok Melor sejauh lebih kurang 1 batu, ketapak baru, rumah itu sekarang ini didiami oleh cucu saudara beliau Hjh Atikah bt Abd Ghafar. Perbuatan ini hanya dilakukan oleh beliau seorang diwaktu tengah malam, tanpa diruntuhkan. Dikatakan juga bahawa penduduk kampong hanya membantu beliau menyediakan tapak rumah yang baru, kemudian menyiapkan kelengkapan sebagai mana orang ingin mengubah sebuah rumah pada bahagian tertentu rumahnya di Parit Tok Melor. Apa bila ditanya orang bilakah agaknya rumah ini akan diubah, beliau menjawab Insyaallah besok akan dimulakan kerja kerja itu. Tetapi pada keesokanya penduduk kampong terpinga pinga apabila melihat rumah Tok Paduka Raja telah berada ditapak barunya, hanya yang kelihatan jalan ( melalui belukar ) yang dilalui sewaktu rumah itu diubah itu, hanya berlorong sahaja.[perlu rujukan]

Pusara.

Pusara Tok Paduka Raja terletak di Tanah Wakaf ( Tanah Perkuburan ) baru Kampong Tok Paduka Raja Pulau Tiga. Dikatakan juga bahawa Pusara Tok Paduka Raja sentiasa mempunyai Busut, bila mana ada salah seorang anak cucu beliau yang akan memengang sesuatu jawatan yang tinggi, busut di Pusara Tok Paduka Raja akan naik lebih tinggi daripada biasa.[perlu rujukan]

Genarasi.

Adapun genarasi Tok Paduka Raja hari ini telah pun sampai ke genarasi ke 5. Genarasi Tok Paduka Raja juga ramai yang telah menempa kejayaan, menjadi orang orang yang ternama dan memengang jawatan jawatan yang tinggi didalam kerajaan.