Tokyo Electric Power Company

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Tokyo Electric Power Company, Inc.
東京電力株式会社
Jenis/bentuk sahKK awam
Didagangkan sebagaiTYO: 9501
OSE: 9501
NSE: 9501
ISINJP3585800000 Sunting ini di Wikidata
IndustriTenaga
PendahuluThe Tokyo Electric Light Company, Inc. (ditubuhkan pada 1889)
DitubuhkanTokyo, Jepun (1 Mei 1951 (1951-05-01))
PengasasPemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatChiyoda, Tokyo, Jepun
Kawasan perkhidmatanTokyo, Kanagawa, Saitama, Chiba, Tochigi, Gunma, Ibaraki, Yamanashi, dan Shizuoka timur
PerkhidmatanJanakuasa, pemancaran dan pengedaran bekalan elektrik
PemilikNuclear Damage Compensation and Decommissioning Facilitation Corporation, Tokyo, Sumitomo Mitsui Banking Corporation, Nippon Life Insurance Company Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukNuclear Damage Compensation and Decommissioning Facilitation Corporation Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatTEPCO Fuel & Power, TEPCO Power Grid, TEPCO Energy Partner, Tokyo Electric Generation Company, Toden Real Estate, TEPCO Renewable Power, JERA, Tokyo Power Technology, Q11528735, TEPCO Logistics, TEPCO Partners, TODEN-YOCHI CO.,INC., Japan Facility Solutions, Recyclable Fuel Storage, Q118466027, TRENDE, Japan Natural Energy Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.tepco.co.jp
Facebook: OfficialTEPCO Twitter: OfficialTEPCO Instagram: tepco.official Youtube: UCoSqHxhc9Su-YV7dFKqqvzA Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Ibu pejabat TEPCO.

The Tokyo Electric Power Company, Inc. (Jepun: 東京電力株式会社, Hepburn: Tōkyō Denryoku Kabushiki-gaisha, TYO: 9501 ), juga dikenali dengan singkatan Tōden (Jepun: 東電) atau TEPCO, ialah sebuah syarikat pembekal elektrik yang berkhidmat untuk kawasan Kantō (termasuk Tokyo), Wilayah Yamanashi, dan bahagian timur Wilayah Shizuoka. Ibu pejabatnya terletak di Uchisaiwaicho, Chiyoda, Tokyo. TEPCO juga membuka pejabat cawangan di Washington, D.C., dan London.

Pada tahun 2007, TEPCO dipaksa menutup Loji Kuasa Nuklear Kashiwazaki-Kariwa ekoran gempa bumi Niigata-Chuetsu-Oki. Pada tahun itu, ia melaporkan kerugian pertama sejak 28 tahun.[1] Kerugian syarikat berterusan hingga loji tersebut dibuka semula pada tahun 2009.[2] Ekoran bencana gempa bumi dan tsunami Tōhoku 2011, TEPCO mendapat perhatian dunia apabila loji janakuasanya di Fukushima Daiichi menjadi tapak kejadian salah satu bencana nuklear yang paling parah di dunia, menyebabkan 50,000 isirumah penduduk sekitarnya terpaksa berpindah kerana bocornya radiasi ke dalam udara, tanah dan laut.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tokyo Electric Has First Loss in 28 Years on Shutdown
  2. ^ Tokyo Electric stays in red in FY 2008[pautan mati kekal]
  3. ^ Takahiko Hyuga and Tsuyoshi Inajima (June 10, 2011). "Police to Send Riot Squads to Tepco Meeting". Bloomberg.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]