Tokyo Sky Tree

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tokyo Sky Tree
東京スカイツリー
Tokyo Sky Tree 2012.JPG
Tokyo Sky Tree, Mei 2012
Bangunan
Jenis Menara penyiaran, restoran dan cerapan
Lokasi Sumida, Tokyo, Jepun
Pemilik Tobu Tower Sky Tree Co., Ltd.
Pembinaan
Dimulakan 14 Julai 2008
Disiapkan 29 Februari 2012
Tinggi 634.0 m (2,080 ka)
Kontraktor utama Obayashi Corp.
Kos 40 bilion JPY (440 juta USD)
Pasukan reka bentuk
Arkitek Nikken Sekkei

Tokyo Sky Tree (東京スカイツリー Tōkyō Sukai Tsurī?), sebelum ini dikenali sebagai New Tokyo Tower (新東京タワー Shin Tōkyō Tawā?), ialah sebatang menara penyiaran, restoran dan cerapan di Sumida, Tokyo, Jepun. Ia menjadi struktur buatan tertinggi di Jepun pada 2010[1] dan mencapai ketinggian maksimumnya 634.0 meters (2,080 ka) pada Mac 2011, menjadikannya menara komunikasi tertinggi di dunia[2][3] dan struktur kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai. Projek ini siap pada 29 Februari 2012, dengan pembukaan awam dijadualkan pada 22 Mei 2012.[4]


Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk Tokyo Sky Tree diperkenalkan pada 24 November 2006, berdasarkan tiga konsep yang berikut:

  • Gabungan reka bentuk futuristik dan keindahan tradisional Jepun
  • Pemangkin pencergasan semula kota
  • Sumbangan kepada pencegahan bencana "Keselamatan dan Ketenteraman"

Tapak menara ini berstruktur serupa dengan "tripod"; dari paras tinggi 350 m ([convert: unit mismatch]) ke atas, struktur menara berbentuk silinder.

Di paras 350 m ([convert: unit mismatch]) dan 450 m ([convert: unit mismatch]) terletaknya balai cerap.

Kalis gempa bumi[sunting | sunting sumber]

Tokyo Sky Tree dilengkapi dengan pengalisan gempa bumi yang canggih sekali, terdiri daripada syaf tengah yang diperbuat daripada konkrit yang diperkuat. Tiang dalaman utamanya dipasangkan pada struktur menara luaran pada paras 125 meters ([convert: unit mismatch]) dari tanah. Dari situ sehingga paras 375 meters ([convert: unit mismatch]), tiang tersebut dipasangkan pada rangka menara dengan peredam minyak yang bertindak sebagai penambat sewaktu gempa bumi. Menurut para pereka, peredam-peredam ini boleh menyerap 50 peratus tenaga dari gempa bumi.[5]

Warna[sunting | sunting sumber]

Kekisi luaran diberi warna yang secara rasminya bergelar "Sky Tree White", iaitu warna asli yang berdasarkan sejenis warna tradisional Jepun yang putih kebiruan, iaitu aijiro (藍白?).[6]

Pencahayaan[sunting | sunting sumber]

Reka bentuk pencahayaan menara disiarkan pada 16 Oktober 2009. Dua corak pencahayaan berbeza (biru langit dan ungu) digunakan secara bersilih ganti setiap hari. Menara ini dicahayakan dengan lampu-lampu LED.

Penyiaran[sunting | sunting sumber]

Tokyo Sky Tree akan digunakan sebagai menara komunikasi untuk pelbagai media oleh pelbagai syarikat.

Penyiar televisyen[sunting | sunting sumber]

Saluran Nama saluran Pengenal Kuasa isyarat Liputan
1
NHK General TV / NHK G (GTV) JOAK-DTV 10 kW Kantō (kecuali Wilayah Ibaraki)
2
NHK Educational TV / NHK E (ETV) JOAB-DTV Seluruh Jepun
4
Nippon Television / Nittele (NTV) JOAX-DTV Seluruh Kantō
5
TV Asahi / Tele-Asa (EX) JOEX-DTV
6
TBS JORX-DTV
7
TV Tokyo / Teleto (TX) JOTX-DTV
8
Fuji Television (CX) JOCX-DTV
9
Tokyo Metropolitan Television / Tokyo MX JOMX-DTV 3 kW Tokyo

Penyiar radio FM[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Nama stesen Pengenal Kuasa isyarat Liputan
81.3 MHz J-Wave JOAV-FM 44 kW Tokyo
82.5 MHz NHK Tokyo FM JOAK-FM

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Tokyo Sky Tree beats Tokyo Tower, now tallest building in Japan, The Mainichi Daily News, 29 Mac 2010
  2. "Japan Finishes World's Tallest Communications Tower". Council on Tall Buildings and Urban Habitat. 1 Mac 2012. Diperoleh pada 2 Mac 2012. 
  3. "Tokyo Sky Tree". Emporis. Diperoleh pada 2 Mac 2012. 
  4. "事業概要". Tokyo Sky Tree Home (dalam bahasa Jepun). Diperoleh pada 2 September 2011. 
  5. Nakata, Hiroko, "Tokyo Sky Tree opener looms large", Japan Times, 21 Februari 2012, ms. 3.
  6. "Color Design". Tokyo Sky Tree. Japan: Tobu Railway Co. 2008. Diperoleh pada 7 June 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]