Tom yam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tom yam goong
Tom yam goong asli yang dihidangkan di Bangkok, Thailand.
Tom yam goong dihidangkan menggunakan periuk panas tradisi Cina

Tom yam (bahasa Lao: ຕົ້ມຍຳ Templat:IPA-lo; Bahasa Thai: ต้มยำ, [tôm jam], tom yam dalam "Royal Thai General System of Transcription") adalah nama bagi dua hidangan sop yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand. Versi DiRaja Lao termasuk secubit nasi di dalam sop, sementara versi biasa Lao yang lain dan versi Thailand tidak memasukkan nasi sebagai salah satu bahannya. Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia.

Tom yam memiliki ciri-ciri perasa pedas dan masam yang keratar, dengan penggunaan herba wangi. Rebusan asas dihasilkan dari stok dan bahan baru seperti serai, daun dari pokok Limau Purut, halia, jus limau nipis, sos ikan dan cili dipenyek.

Tom yam biasanya dihasilkan menggunakan udang (tom yum goong atau tom yum kung), ayam (tom yum kai), ikan (tom yum pa di sebahagian Laod dan tom yum pla di Thailand), atau campuran makanan laut (tom yum thale atau tom yum po taek) dan cendawan - biasanya straw mushrooms atau cendawan tiram. Sop itu sendiri sering ditabur dengan sejumlah besar daun hirisan segar cilantro (coriander leaves). Kadang-kala lada giling Thailand (nam phrik phao, Bahasa Thai: น้ำพริกเผา) ditambah: ini memberikan warna sop kuning bata terang dan menjadikan rasa cili lebih ketara.

Variasi baru tom yam adalah tom yum nam khon (Bahasa Thai: ต้มยำน้ำข้น), di mana sedikit susu atau santan dicampurkan kepada kuah sebagai sentuhan akhir, dan kemudian diimbang dengan cili kering panggang. Adaptasi ini tidak patut dikelirukan dengan tom kha gai ("sop halia ayam"), di mana galanga merupakan perisa utama bagi sop berasaskan santan. Tom yum nam khon hampir sentiasa dibuat menggunakan udang, sementara ayam seringkali digunakan dalam tom kha. Sepupunya yang kurang dikenali di luar Thailand adalah - tom khlong.

Pes tom yam perdagangan dihasilkan dengan melumatkan kesemua bahan herba dan digoreng dalam minyak. Bahang perisa dan pengawet ditambah kemudiannya. Pes itu kemudian di botolkan atau dibungkus dan dijual keseluruh dunia. Perisa Tom yam dengan pes mungkin memiliki ciri-ciri berbeza dengan yang dihasilkan dengan menggunakan bahan herba segar.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]