Tome Pires

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tome Pires (atau Tomé Pires) merupakan penulis, bendahari dan ahli pelayaran Portugis. Beliau lahir di Portugis pada tahun 1468.

Buku tulisannya[sunting | sunting sumber]

Bukunya Suma Oriental menceritakan penjelajahan Portugis sehingga menguasai semenanjung India dan Kesultanan Melaka pada tahun 1511.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Tome Pires ialah pembantu Putera Afonso (1475-1491 M) dan penulis Suma Oriental (Dunia Timur), yang merupakan tulisan terawal tentang dunia Timur oleh seorang rakyat Portugis.

Pires lahir pada 1468 (c) merupakan anak kepada pembantu King John II (1455-95) dari Portugis. Pada September 1511, dia dilantik sebagai feitor das drogarias (pengedar arak) ke Cochin di India atas kehendak raja. Dia juga ditugaskan sebagai pembekal ubat-ubatan yang bernilai 4,000-5,000 dolar Portugis.

Kemudian Tome Pires dilantik sebagai penulis dan Bendahari menjaga harta perdagangan yang melibatkan Melaka dan Jawa. Akhirnya dia dilantik sebagai duta Portugis ke negara China. Namun, dia telah dipenjarakan di Kiangsu atas tindakan dan idea-idea serta pemikirannya. Dia mati di China pada 1540 dalam tahanan China semasa berumur 70 tahun. Buku yang ditulisnya tentang China dipersembahkan kepada Laksamana Portugis di India dan sekarang disimpan Perpustakaan Nasional, Paris.

Hasil tulisannya[sunting | sunting sumber]

Maklumat yang disampaikannya tentang india hingga di meninggal dunia sangat menarik

  • Ada 4 surat
  • 5 dokumen yang ditandatanganinya
  • pelbagai rujukan lain.

Beliau adalah antara penulis terawal dari Eropah yang menulis berkenaan negara kota maritim sebelah Timur.

Kesultanan Delhi di India[sunting | sunting sumber]

Tomé Pires menulis tentang Kesultanan Delhi / Moghul yang beragama Islam di India dan Kesultanan Melaka antara tahun 1512- 1515. Menceritakan tentang aktiviti perdagangan negara kota di Asia Tenggara dan pelabuhan-pelabuhannya. Dia melakukan hubungan dengan pelbagai pihak khususnya pelbagai ahli pelayaran , pedagang dan pentadbir di sesebuah negara.

Perdagangan dengan Coromandel atau Malabar atau Bengal tidak menguntungkan contohnya Pelabuhan Masulipatnam hanya melibatkan dagangan garam , cili, opium ( dadah untuk perubatan ) . Kain dari Bengal amat bermutu tinggi dan mendapat pemintaaan yang banyak

Pelayaran Portugis ini melibatkan hamba abdi dari Abyssinian

Dia juga menceritakan tentang Kerajaan Hindu di Orissa dan Tippera. dia juga menghuraikan tentangan ibu negara Bengal

Kesultanan Melaka 1402 - 1511[sunting | sunting sumber]

Mengikut Pires,

  • Pengasas Melaka ialah Parameswara seorang putera dari Palembang. Palembang merupakan pusat bagi kerajaan Srivijaya , sebuah empayar yang terkenal daripada keturunan Sailendra.
  • 1377 Srivijaya ditakluk oleh Majapahit dan ketika itu Parameswara telah berkahwin dengan seorang puteri dari Majapahit, Jawa Timur.
  • Parameswara enggan membayar ufti kepada Majapahit, lalu mengisytiharkan kemerdekaannya. Beliau melarikan diri apabila tentera Majapahit menyerang dan memusnahkan Palembang.

Bukunya Suma Oriental telah diterjemah dan diterbitkan pada tahun 1944 dengan tajuk Hakluyat Society, tapi bukanlah tulisan asal sebenar daripada Tome Pires.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bibliography Armando Cortesao, tr, The Suma Oriental of Tome Pires, London, 1944, Reprinted in 1967; Irfan Habib, Merchant Communities in Precolonial India in JD Tracy, ed, The Rise of Merchant Empires, Cambridge, 1990; MR Tarafdar, Bengal Economy Viewed in the Light of Tome Pires' Observations, Journal of the Asiatic Society of Bangladesh, 40, II.
  • http://banglapedia.search.com.bd/HT/T_0190.htm