Tomoi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Tomoi | |
|---|---|
| Fokus | Serangan |
| Kekerasan | Sentuhan penuh |
| Negara asal | |
| Keibubapaan | Muay Boran |
| Pengamal masyhur | Tony Jaa, Kudin Raja Jerong, Big Bear Ampang |
| Sukan Olimpik | Tidak |
Tomoi (juga dipanggil Tinju Siam) ialah sejenis seni bela diri yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu di utara Semenanjung Malaysia. Tinju Siam yang asalnya daripada negara Thailand (Muay Thai) terkenal dengan ketangkasan dan bahayanya berbanding dengan tinju biasa yang hanya menggunakan tangan sahaja. Secara praktiknya, Tomoi dan Muay Thai tiada sebarang perbezaan besar.
Tomoi banyak menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut. Ketangkasan dan kelincahan pemain tinju ini adalah sangat penting apabila berhadapan dengan lawan. Secara amnya, pemain tinju ini mempunyai tahap kecerdasan dan ketahanan fizikal yang cukup tinggi.