Tony Blair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Right Honourable Sir

Tony Blair

KG
Perdana Menteri United Kingdom
Dalam jawatan
2 Mei 1997 – 27 Jun 2007
TimbalanJohn Prescott
Didahului olehJohn Major
Digantikan olehGordon Brown
Kawasan pilihan rayaSedgefield
Butiran peribadi
Lahir6 Mei 1953[1]
Edinburgh, Scotland
Parti politikParti Buruh
PasanganCherie Booth
TandatanganFail:Tony Blair signature.gif

Sir Anthony Charles Lynton "Tony" Blair (lahir 6 Mei 1953) menjadi Pemimpin Parti Buruh pada tahun 1994 selepas kematian John Smith, dan kemudian membawa Parti Buruh berkuasa serta menjadi Perdana Menteri United Kingdom pada tahun 1997, selepas 18 tahun berturut-turut di bawah pemerintahan Parti Konservatif.

Ketika menyandang jawatan Perdana Menteri, Blair menyatakan keutamaannya adalah "pendidikan, pendidikan, pendidikan". Dalam penggal kedua, beliau menambah senarai ini untuk merangkumi perkhidmatan awam lain, terutamanya Perkhidmatan Kesihatan Awam. Bagaimanapun, sebagaimana dengan kebanyakan pemimpin Barat sejak Serangan 911 pada 11 September 2001, agendanya dipenuhi dengan hubungan asing, terutamanya "Peperangan melawan keganasan" dan Perang Iraq pada tahun 2003. Beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri United Kingdom dan Pengerusi Parti Buruh pada 27 Jun 2007 selepas 10 tahun berkuasa. Sesudah menghentikan penggalnya sebagai Perdana Menteri Britain, Blair dilantik sebagai perunding kanan Kuartet Timur Tengah.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Edinburgh, Scotland, sebagai anak kedua antara tiga orang anak kepada Leo dan Hazel Blair (nee Corscadden), di mana beliau menghabiskan 19 bulan pertama hayatnya di bandar tersebut. Pada tempoh ini, ayahnya bertugas sebagai pemeriksa cukai, sementara belajar untuk ijazah undang-undang di Universiti Edinburgh.[2] Keluarganya kemudian berpindah ke Adelaide, Australia selama tiga tahun setengah pada dekad 1950-an, apabila ayahnya menjadi pensyarah undang-undang di Universiti Adelaide.[3]

Keluarga Tony Blair kembali ke Britain pada akhir 1950-an, dan mula-mulanya tinggal dengan ibu bapa Hazel Blair di Stepps, dekat Glasgow. Apabila ayahnya menjadi pensyarah di Universiti Durham, mereka berpindah ke Durham. Selepas menyertai Sekolah Chorister di sini, Blair menyertai Kolej Fettes, sebuah sekolah berasrama dan di sini, beliau bertemu dengan Charlie Falconer yang kemudian menjadi Lord Canselornya. Blair dikatakan mencontohi Mick Jagger, dan dikatakan dihormati oleh rakan-rakan sekolahnya. Bagaimanapun, guru-gurunya tidak begitu tertarik kepada kelakuannya: periwayat hidupnya John Rentoul melaporkan bahawa "Kesemua guru yang saya bercakap... mengatakan bahawa dia benar-benar menjengkelkan mereka, dan mereka amat lega apabila dia beredar."

Selepas menamatkan pengajian di Kolej Fettes, Blair menghabiskan setahun di London untuk menuba diri sebagai penganjur muzik rock sebelum menyertai Universiti Oxford untuk belajar undang-undang di Kolej St John. Sebagai pelajar, beliau bermain gitar dan bernyanyi untuk sebuah kugiran rock yang dipanggil Ugly Rumours.

Selepas memperoleh ijazah kelas kedua daripada Oxford, Blair mendaftarkan diri sebagai barrister pelajar dan bertemu dengan bakal isterinya, Cherie Booth, di kamar bicara yang diasaskan oleh Derry Irvine (kemudian Lord Canselor pertama untuk Blair). Pada 29 Mac 1980, Blair berkahwin dengan Booth, bakal Peguam Diraja, dan dikurniakan dengan empat orang anak, iaitu: Euan, Nicky, Kathryn dan Leo.

Leo yang dilahirkan pada 20 Mei 2000 merupakan anak sah yang pertama kepada seorang Perdana Menteri yang sedang berkhidmat dalam tempoh melebihi 150 tahun, iaitu sejak Francis Russell dilahirkan kepada Lord John Russell pada 11 Julai 1849.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Blair menyertai Parti Buruh tidak lama selepas memperoleh ijazah Oxfordnya pada tahun 1975. Beliau gagal dipilih sebagai calon untuk Majlis Boro Hackney dan melalui bapa iparnya, pelakon Tony Booth, beliau menghubungi Tom Pendry, ahli parlimen Buruh, untuk membantu mengejar kerjaya Parlimennya. Pendry menasihatkannya bertanding di Beaconsfield, kawasan kubu Konservatif. Blair hanya memperoleh 10% daripada jumlah undi dan hilang wang cagarannya. Bagaimanapun, beliau dapat menarik perhatian ketua Parti Buruh, Michael Foot, dan menonjolkan diri di dalam parti.

Pada tahun 1983, Blair mendapati bahawa kawasan pilihan raya yang baru dicipta, Sedgefield, berdekatan dengan mana beliau dibesarkan di Durham, tidak mempunyai calon Buruh. Beberapa ahli Parlimen yang terjejas oleh perubahan sempadan minat akan kawasan ini. Blair dapat mencari sebuah cawangan yang belum membuat pencalonan dan melawat mereka. Dengan sokongan John Burton yang amat penting, beliau memenangi sokongan cawangan ini. Pada saat terakhir, Blair disenaraikan dan menewaskan Les Huckfield, ahli Parlimen yang kini yang terjejas. Burton kemudian menjadi ejen Blair serta salah satu sekutu yang lama dan yang paling boleh percaya.

Sedgefield merupakan kerusi selamat Buruh dan Blair dipilih sebagai ahli Parlimen, walaupan partinya mengalami kekalahan yang amat teruk dalam pilihan raya umum. Blair dibantu dalam kempen ini oleh pelakon litar lara, Pat Phoenix, teman wanita bapa iparnya.

Dalam ucapan sulungnya kepada Dewan Rakyat pada 6 Julai 1983, Blair berkata: "Saya seorang sosialis bukan melalui membaca buku teks yang menarik minat intelek saya, atau melalui tradisi tanpa berfikir panjang, tetapi kerana saya mempercayai bahawa sosialisme, pada peringkat terbaiknya, adalah secucuk dengan kewujudan yang rasional serta bermoral. Sosialisme mewakili kerjasama, bukan konfrontasi; persahabatan, bukan ketakutan. Sosialisme mewakili kesamaan." [4] [5]. Dalam perlembagaannya, Parti Buruh mengisytiharkan diri sebagai parti sosialis demokratik, [6], bukannya parti demokrasi sosial — Blair sendiri menyelia pengisytiharan Buruh sebagai sebuah parti sosialis apabila beliau mengolahkan perubahan Fasal IV dalam perlembagaan partinya.

Apabilia Neil Kinnock meleteakkan jawatan sebagai ketua parti selepas Parti Buruh kalah dalam pilihan raya umum empat kali berturut-turut, Blair menjadi Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri Bayangan di bawah John Smith. John Smith meninggal dunia dengan tiba-tiba pada tahun 1994, akibat serangan jantung. Blair menewaskan John Prescott dan Margaret Beckett dalam pemilihan pimpinan yang menyusul.

Sebagai Ketua Parti Buruh[sunting | sunting sumber]

Kulit manisfesto Parti Buruh dalam pilihan raya umum 1997.

Blair mengumumkan pada akhir ucapannya dalam persidangan Parti Buruh 1994 bahawa beliau bertujuan untuk menggantikan Fasal IV dalam perlembagaan parti dengan suatu kenyataan tujuan dan nilai yang baru. Ini membabitkan pemotongan kenyataan komitmen parti terhadap 'pemilikan sama untuk pengeluaran dan pertukaran', yang telah ditafsir secara meluas sebagai pemiliknegaraan secara banyak-banyak. Satu persidangan khas meluluskan pertukaran ini yang tidak penting tetapi amat simbolik pada April 1995.

Blair juga mengubah dasar parti dengan cara yang meningkatkan imej Parti Buruh sebagai parti yang cekap dan moden — beliau menggunakan istilah "Buruh Baru" untuk membezakan parti dengan masa lampau. Walaupun perubahan ini menimbulkan banyak kritikan (kedangkalannya mengakibatkan bidasan dariapda kedua-dua pesaing-pesaing politik serta tradisionalis-tradisionalis dalam ahli-ahli berpangkat rendah dalam partinya), perubahan ini berjaya menukarkan tanggapan orang rami terhadap partinya. Dalam persidangan Parti Buruh pada tahun 1996, Blair menyatakan bahawa tiga keutamaannya apabila beliau menjadi Perdana Menteri ialah "pendidikan, pendidikan, dan pendidikan".

Dibantu olek ketakpopularan kerajaan Konservatif John Major yang telah dianggap sebagai tidak cekap dari segi ekonomi dan korup, serta amat berbelah bagi tentang persoalan Kesatuan Eropah, "Buruh Baru" mencapai satu kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1997, dan Blair menjadi Perdana Menteri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tony Blair[pautan mati kekal], Ensiklopedia Britannica
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Edinburgh Evening-birthplace tidak disediakan
  3. ^ "Pengembaraan besar Tony", Si Observer, 27 April 2003.
  4. ^ Mengenai Demokrasi
  5. ^ Kawan Amerika: Pemikiran mengenai Tony Blair LOGOS 3.4, Mark Seddon, Musim Luruh 2004
  6. ^ Mengenai Parti Buruh Diarkibkan 2006-11-16 di Wayback Machine, Parti Buruh, 02/06 2006

Pautan luar[sunting | sunting sumber]