Topologi mesh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Imej menunjukan gambaran topologi mesh

Topologi mesh ialah satu cara di mana data, bunyi dan kaedah dihalakan antara nod rangkaian. Ia membolehkan sambungan dan konfigurasi kerosakan atau sekatan laluan diteruskan semula dengan loncatan dari nod ke nod sehingga tiba ke destinasi. Satu rangkaian mesh mempunyai beberapa nod di mana semuanya tersambung satu sama lain adalah sebuah sambungan rangkaian lengkap. Rangkaian mesh berbeza dari rangkaian lain dalam setiap bahagian komponennya yang membolehkan setiap sambungan ke sambungan lain melalui loncatan dan ia biasanya tidak bergerak. Rangkaian mesh boleh juga dilihat sebagai sejenis rangkaian ad hoc. Rangkaian ad hoc bergerak (mobile ad-hoc network atau MANET) dan rangkaian mesh oleh itu mempunyai hubungan rapat, tetapi MANET selalunya membahagi setiap masalah yang dikenal pasti dengan pergerakan setiap nod.

Rangkaian mesh adalah rangkaian yang boleh dibaiki sendiri (self-healing) di mana rangkaian masih boleh beroperasi bila satu nod tidak dapat berfungsi atau kerosakan pada sambungan. Ia merupakan rangkaian boleh dipercayai. Konsep ini dapat digunakan kepada rangkaian tanpa wayar, rangkaian berkabel dan perisian yang bertindak. Gambar animasi menunjukkan gambaran bagaimana rangkaian mesh tanpa wayar diperbaiki.

Animasi menunjukkan rangkaian mesh diperbaiki

Rangkaian mesh tanpa wayar adalah aplikasi yang paling kerap dibincangkan di dalam seni bina mesh. Asalnya rangkaian ini dibina untuk aplikasi untuk tentera tetapi telah menjadi evolusi penting sedekat kemudian.

Kelebihan dan kelemahan topologi mesh[sunting | sunting sumber]

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

  • Tahan lasak, jika berlaku kegagalan ia tidak begitu mengganggu rangkaian jika dibandingkan dengan topologi yang lain
  • Mudah untuk diperbaiki

Kelemahan[sunting | sunting sumber]

  • Agak susah untuk dipasang dan konfigurasi semula jika melibatkan komputer yang banyak
  • Kos penyelenggaraan sambungan berulang adalah tinggi