Torii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Torii terapung di Itsukushima Shrine

Torii (鳥居?) adalah pagar tradisional Jepun yang seringkali ditemui di pintu masuk kuil Shinto dan juga boleh ditemui di sebahagian kuil Buddha.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Banyak teori yang memperkatakan mengenai asal-usul kewujudan Torii. Satu daripadanya adalah ia direka untuk disinggah oleh burung-burung. Ini kerana dalam agama Shinto, burung dianggap sebagai utusan kepada dewa-dewi.

Tidak diketahui sama ada Torii ini sebenarnya berasal dari Jepun ataupun Korea.

Di dalam sebuah lagenda Jepun, dewi matahari Amaterasu marah dengan abangnya yang suka bergurau. Lalu dia bersembunyi di dalam sebuah gua dan menutup gua itu dengan batu. Tindakan itu telah menyebabkan gerhana. Ramai yang takut jika matahari tidak keluar semula, semua akan mati. Jadi dengan nasihat seorang lelaki tua, mereka membina pagar yang besar dari kayu dan menempatkan ayam jantan di atasnya. Mereka mula membuat bising dan menyebabkan dewi matahari itu tertanya-tanya apa yang berlaku dan terus keluar dari gua tersebut. Pintu itu retak sedikit dan seorang ahli sumo menolak batu itudan matahari keluar lalu dunia diselamatkan.

Pagar itu adalah Tori yang pertama. Sejak itu, Tori menjadi simbol kesucian dan tuah di seluruh Jepun.

Bentuk[sunting | sunting sumber]

Tori mempunyai dua tiang menegak dan dua tiang melintang di atasnya dan sering kali dicat dengan warna merah. Sesetengah Torii mempunyai papan dengan tulisan di tengah-tengah tiang melintang, papan ini baisanya menyatakan nama kuil ataupun nama dewa-dewi yang dipersembahkan di kuil tersebut. Torii menandakan batasan yang mengasingkan kawasan kesucian (kuil) dan dunia biasa.

Biasanya Torii terbentuk daripada dari dua tiang menegak dengan dua palang melintang di atasnya yang dipanggil Kasagi. Di bawah Kasagi terdapat sebuah kayu penyambung yang dipanggil Nuki.

Berdasarkan bentuk ini terdapat pelbagai variasi gaya Torii yang terdapat di kuil Shinto. Apabila terdapat jumlah Torii yang banyak, Torii yang paling besar akan dipanggil 'Ichi no Torii' yang bermaksud Torii pertama.