Tosya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Tosya
Perkampungan Kilkuyu, Tosya

Tosya merupakan sebuah daerah di Wilayah Kastamonu Turki. (Bahasa Turki Uthmaniyah: To-siyah) disebut juga Dokeia semasa pemerintahan Kerajaan Byzantin. Tosya adalah salah sebuah bandar bagi negeri Kastamonu di wilayah selatan laut hitam Turki. Mengikut sumber bancian penduduk pada tahun 2000, daerah ini didiami seramai 41,995 populasi. 30,000 daripadanya menetap di Tosya. Keluasan daerah Tosya adalah sekitar 1,186 km2 (458 batu persegi) dan pada ketinggian 1,231 m (4,039 kaki) dari aras laut.

Tarikan utama di Tosya adalah daerah ini merupakan pusat bagi penghasilan dan pertanian padi bagi Turki. Tosya Pirinç atau bermaksud beras Tosya sangat masyhur di seluruh Turki kerana keenakkan. Industri lain di Tosya juga adalah pembalakkan kerana sesuai dengan geografinya yang berbukit bukau dan terletak di kawasan subur.