Totalitarianisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Totalitarian)
Rapat di Nuremberg, 1934 semasa zaman awal pemerintahan Hitler di Jerman



Totalitarianisme merupakan fahaman bahawa sistem pemerintahan yang paling ekstrem adalah dengan membenarkan kewujudan satu parti politik sahaja untuk memerintah negara secara total atau mutlak. Sistem ini adalah lebih ketara berbanding sistem diktator atau negara polis (police state) dan ia melibatkan propaganda yang berpanjangan untuk memastikan rakyatnya secara rela hati akan patuh dengan kerajaan. Kadangkala, kerajaan akan mengambil langkah drastik seperti membunuh para intelek supaya tiada rakyat yang menentang kerajaan yang mutlak ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Giovanni Gentile, ahli falsafah Itali yang terkenal dengan teori fasismenya telah mula menggunakan istilah totalitario yang merujuk kepada struktur dan matlamat sebuah negara yang baru. Negara baru ini akan mewakili negara bangsa secara total dan memberi bimbingan menyeluruh ke arah matlamat nasional.[1]. Beliau menggambarkan totalitarianisme sebagai sebuah masyarakat di mana ideologi negara mempunyai pengaruh, jika bukan kuasa, ke atas rakyatnya.

Perkataan ini kerap digunakan oleh Benito Mussolini bagi rejimnya di Itali. Menurutnya, sistem ini mempolitikkan segala yang spititual dan kemanusiaan[2]. Sewaktu Perang Dunia II, Hannah Arendt seorang ahli falsafah telah mempopularkan konsep ini untuk menunjukkan persamaan di antara Nazisme dan Stalinisme sebagai teori-teori sivik. Kebanyakan rejim-rejim fasis dan komunis telah dianggap sebagai totalitarian walaupun sebahagian besar daripadanya seperti rejim Franco di Sepanyol, dan Mussolini di Itali sebelum Perang Dunia II, dan juga rejim komunis seperti di Yugoslavia di bawah pimpinan Tito dan China di bawah Deng Xiaoping, adalah lebih bersifat autoritarian berbanding totalitarian.

Namun, terdapat beberapa kerajaan yang lalu yang boleh dianggap sebagai totalitarian. Kerajaan Joseph Stalin di Kesatuan Soviet dan kerajaan Jerman di bawah pimpinan Adolf Hitler adalah beberapa contoh kerajaan yang totalitarian. Kedua-dua kerajaan ini telah bertahan lama dan rakyatnya seolah-olah terperangkap dengan ideologi kerajaannya masing-masing. Khmer Rouge di bawah kerajaan Pol Pot yang zalim menunjukkan betapa bahayanya sistem ini kepada masyarakat di mana lebih kurang dua juta rakyat Kemboja telah dijadikan mangsa penindasan rejim tersebut.

Beberapa andaian dalam sistem totalitarianisme[sunting | sunting sumber]

Terdapat hujah yang menyatakan totalitarianisme memerlukan seorang tokoh hebat "pemimpin agung" yang disanjungi sebagai ketua sesuatu regim. Kebanyakan masyarakat totalitarian mempunyai pemimpin seperti model ini - misalnya, Hitler, Stalin, Mao Zedong, Mussolini, Pol Pot, dan Kim Il-Sung. Oleh yang demikian ramai cendikiawan tidak menganggap era-Brezhnev Soviet dan kebanyakan negara Perjanjian Warsaw sebagai totalitarian. Namun, apabila kerajaan-kerajaan ini tumbang, sebahagian besar penduduknya dan para intelek di negara tersebut mengatakan pengalaman mereka ketika itu adalah sememangnya totalitarianisme. Oleh itu, pemimpin yang berkarisma tidak semestinya perlu di dalam sistem totalitarianisme.

Kebanyakan cendekiawan dalam bidang totalitarianisme seperti Karl Popper, Hannah Arendt, Carl Friedrich, Zbigniew Brzezinski, dan Juan Linz mempunyai pandangan berbeza mengenai totalitarianisme. Namun mereka semua bersetuju terdapat beberapa elemen yang sama dalam kerajaan totalitarian. Antaranya adalah[3]:

  1. Percubaan untuk mengerahkan kesemua penduduk negara untuk menyokong ideologi rasmi negara. Semasa Rapat di Nuremberg 1934. kerajaan Nazi bawah pimpinan Adolf Hitler telah berjaya mengumpulkan lebih sejuta rakyat Jerman[4].
  2. Sikap tidak toleransi terhadap sebarang aktiviti yang bukan ke arah matlamat negara
  3. Regim Totalitarian akan mengekalkan kuasa melalui pelbagai cara seperti mewujudkan polis rahsia, propaganda melalui media yang dikawal kerajaan, menyekat kebebasan bersuara termasuk kritikan, penggunaan pengawasan yang berleluasa atau mass surveillance dan menggunakan taktik untuk menakutkan rakyat atau terror tactics.

Senarai Negara Totalitarian[sunting | sunting sumber]

German

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stanley G. Payne, Fascism: Comparison and Definition (UW Press, 1980), porn. 73
  2. ^ G. Gentile & B. Mussolini dalam "La dottrina del fascismo" 1932)
  3. ^ "Totaltarianism". About,Inc.
  4. ^ "Triumph of the Will". HistoryPlace.Com.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.