Tottenham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Koordinat: 51°35′51″U 0°04′18″B / 51.5974°U 0.0716°B / 51.5974; -0.0716
Tottenham
Tottenham town hall 1.jpg
Dewan Perbandaran Tottenham
Tottenham yang terletak di London Raya<div style="position: absolute; top: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; left: Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali%; height: 0; width: 0; margin: 0; padding: 0;">
[[Fail:Templat:Peta lokasi Greater London|6x6px|Tottenham|link=|alt=]]
Tottenham

 Tottenham ditunjukan dalam Greater London
Rujukan grid OS TQ335905
    - Charing Cross 6.6 bt (10.6 km)  S-BL
Daerah Bandaran London Haringey
Ceremonial county Greater London
Kawasan London
Perlembagaan negara England
Negara berdaulat United Kingdom
Bandar pos LONDON
Poskod daerah N15, N17
Kod panggilan 020
Polis Metropolitan
Balai bomba London
Ambulans London
Parlimen Eropah London
Parlimen UK Tottenham
Perhimpunan London Enfield and Haringey
Senarai tempat di
UK
England
London

Tottenham (tempatan /ˈtɒʔnəm/) ialah suatu tempat di Daerah Perbandaran Haringey, England. Tempat ini terletak kira-kira 6.6 batu (10.6 km), utara-barat laut dari Charing Cross.

Sejarah nama[sunting | sunting sumber]

Dipercayai Tottenham mendapat nama daripada seorang petani yang bernama Tota. Perkampungan desanya (bahasa Inggeris: hamlet) disebut dalam Buku Domesday sebagai Toteham[1], maka terbitlah perkataan Tottenham.

Demografi dan jenayah[sunting | sunting sumber]

Populasi yang mendiami kawasan ini terdiri daripada populasi minoriti yang besar. 55.1 peratus populasi berkulit putih, manakala 28.6 peratus berkulit gelap.[2] Dalam satu laporan, South Tottenham dipercayai merupakan tempat yang paling berbagai-bagai budaya di Eropah, sehinggakan 300 bahasa digunakan dalam pertuturan.[3]

Rusuhan[sunting | sunting sumber]

  • Rusuhan Broadwater Farm di sekitar kawasan Broadwater Farm berlaku pada 6 Oktober 1985. Rusuhan ini merupakan tindak balas terhadap kematian seorang Afro-Karibia dalam suatu pemeriksaan polis di rumahnya. Rusuhan ini menyaksikan perbalahan yang sangat tegang antara golongan belia berkulit hitam dan juga Polis Metropolitan yang kebanyakannya berkulit putih. Hal ini disebabkan oleh isu-isu tempatan dan rusuhan ini juga kebetulan berlaku seminggu selepas rusuhan di Brixton. Seorang anggota polis dilaporkan mati dalam rusuhan ini.[4]
  • Rusuhan London 2011 merupakan siri rusuhan yang bermula di Tottenham. Rusuhan ini berpunca daripada perjumpaan seratus orang warga Tottenham yang mengadakan tunjuk perasaan atas kematian Mark Duggan yang ditembak mati oleh pegawai polis dalam Operasi Trident seminggu sebelum itu. Dalam tempoh berlakunya rusuhan, punca kematian Mark Duggan tidak dikenalpasti. Rusuhan menyebabkan banyak bangunan, bas-bas awam, dan kereta peronda polis dibakar serta berlakunya kecurian berleluasa selepas premis dipecah masuk.

Kemudahan pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Kawasan Tottenham mempunyai dua jaringan London Underground yang merentasinya iaitu aliran Piccadilly dan aliran Victoria dan juga perkhidmatan kereta api National Rail.

Stesen Turnpike Lane yang menyediakan perkhidmatan aliran Piccadilly dibuka pada tahun 1932.[5] Manakala perkhidmatan aliran Victoria yang dibuka pada tahun 1978 menyediakan stesen Seven Sisters dan Tottenham Hale, serta sebuah depoh kereta api di Northumbria Park.

Manakala perkhidmatan kereta api National Rail disediakan oleh National Express East Anglia yang menyediakan stesen Seven Sisters, Tottenham Hale, Bruce Grove, White Hart Lane dan Northumberland Park. London Overground juga menyediakan perkhidmatannya di stesen South Tottenham.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Tottenham merupakan kubu Tottenham Hotspur dalam Liga Perdana Inggeris. Stadium tuan rumah terletak di White Hart Lane, di Park Lane.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Menu pandu arah