Touch 'n Go

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Touch 'n Go
توچه ءن ڬو
一觸即通
தொடு செல்
Lokasi Malaysia
Dilancarkan18 Mac 1997
Teknologi
  • MIFARE Classic
PengendaliCIMB Bank
PengurusTouch 'n Go Sdn. Bhd.
MatawangRM
Nilai simpananBayar semasa anda pergi
Tarikh luput12 bulan jika tidak digunakan
Caj semula autoAuto top-up
Pengesahan
Peruncitan
  • Touch 'n Go Hubs & Hotspots
Varian
  • Kad Nilai / Nilai Simpanan
  • Kad Pascabayar
  • Kad Tambah Semula Automatik
  • Kad Berjenama - Kad MyRapid
  • E-Dompet
Laman sesawangwww.touchngo.com.my

Touch 'n Go ialah kad pintar tanpa sentuh dan sistem pembayaran elektronik berasakan kad pintar tanpa sentuh yang pertama dan perintis kepada pengenalan kad kredit Visa Wave dan MasterCard PayPass di Malaysia. Ia juga boleh digunakan bersama SmartTAG, sejenis alat dan sistem pembayaran elektronik tambahan pandu terus dalam kenderaan.

Selain itu, Touch n' Go juga ialah dompet elektronik kebangsaan bersaiz kad kredit bagi industri pengangkutan dan boleh digunakan di semua tempat yang mempamerkan logo Touch ‘n Go. Ia dirintis oleh kerajaan Malaysia bagi memperkenalkan sistem pembayaran elektronik bersepadu dan sistem tiket tunggal bagi bayaran tambang tol di lebuh raya, tambang pengangkutan awam, bayaran memakir kenderaan dan bayaran masuk taman tema. Touch 'n Go dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac 1997.

Paparan muka hadapan dan belakang kad prabayar Touch 'n Go rekaan asal. Versi Besar: Hadapan • Belakang Paparan muka hadapan dan belakang kad prabayar Touch 'n Go rekaan asal. Versi Besar: Hadapan • Belakang
Paparan muka hadapan dan belakang kad prabayar Touch 'n Go rekaan asal.
Versi Besar: HadapanBelakang

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kemudahan Touch 'n Go yang pertama dilancarkan secara rasmi pada 18 Mac 1997 di Plaza Tol Jalan Pahang dan Plaza Tol Jalan Cheras. Kemudian, pada 15 April 1997 kemudahan yang sama disediakan di Plaza Tol Salak dan Plaza Tol Bandar Tun Razak. Touch 'n Go mula mendapat perhatian orang ramai apabila pengendali Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressways Berhad memperluaskan kemudahan tersebut di kesemua 65 plaza tol sepanjang lebuh raya 848 kilometer kendalian syarikat berkenaan pada 15 November 1998.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kad dan sistem Touch 'n Go dibangunkan sepenuhnya oleh Teras Teknologi Sdn Bhd menggunakan teknologi MIFARE, teknologi kad pintar tanpa sentuh terulung di dunia. Ia dipasarkan kepada orang ramai oleh Rangkaian Segar Sdn Bhd. Alat pengimbas Touch 'n Go pula dihasilkan oleh sebuah syarikat Malaysia iaitu Cipher Tec (M) Sdn Bhd yang beroperasi di Subang, Selangor, Malaysia.

Secara amnya, Touch 'n Go adalah teknologi berasaskan sistem pembayaran elektronik menggunakan kad pintar tanpa sentuh. Dari segi teknikal pula, MIFARE adalah teknologi komunikasi radio frekuensi pemancar data antara kad pintar tanpa sentuh dan alat pemgimbas. Transaksi berlaku apabila kad Touch 'n Go diimbas pada alat pengimbas untuk pembayaran atau tambah nilai.

Pada tahun 2005, Rangkaian Segar Sdn Bhd memperkenalkan kad Touch 'n Go yang baru dengan ciri-ciri keselamatan terkini seperti kemaskini kunci keselamatan pada cip kad pintar bagi mengantikan semua kad Touch 'n Go yang lama.

Jenis kad[sunting | sunting sumber]

Terdapat lima jenis kad Touch 'n Go dengan tiga variasi komersil dipasaran. Pembelian kad Touch 'n Go boleh dilakukan di kaunter jualan dan perkhidmatan pelanggan serta agen peruncit Touch 'n Go yang terlibat dengan jaminan selama satu tahun untuk setiap pembelian kad baru.

Kad prabayar[sunting | sunting sumber]

  • Kad Touch 'n Go
Kad Touch 'n Go adalah kad keluaran pertama dan projek perintis Rangkaian Segar Sdn Bhd. Ia dijual kepada orang ramai dan setiap kumpulan pengguna pada harga RM10. Walaubagaimanapun, kegunaannya di lebuh raya terhad untuk pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.
Pada bulan Mac 2007, Rangkaian Segar Sdn Bhd telah memperkenalkan tiga rekaan baru kad prabayar Touch 'n Go disamping rekaan asal sempena dengan ulang tahun ke-10 kad Touch 'n Go. Berikut adalah tiga rekaan baru kad prabayar Touch 'n Go.

Kad tambah nilai automatik[sunting | sunting sumber]

  • Kad Touch 'n Go Zing
Kad tambah nilai automatik Touch 'n Go atau lebih dikenali sebagai Touch 'n Go Zing dikeluarkan oleh kebanyakkan bank-bank utama tempatan. Ia ditawarkan kepada pemegang kad ahli Visa atau MasterCard sebagai kad sampingan kepada kad kredit. Kegunaannya di lebuh raya terhad kepada pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.

Kad pascabayar[sunting | sunting sumber]

  • Kad Touch 'n Go Fleet Xs
Kad Touch 'n Go Fleet Xs adalah kad pascabayar khusus untuk warga korporat. Ia ditawarkan kepada pihak majikan untuk kegunaan kakitangannya. Penggunaan kad Touch 'n Go Fleet Xs terhad untuk pembayaran tambang tol di lebuh raya sahaja. Butiran lanjut seperti nama syarikat, nombor pendaftaran kenderaan dan kelas kenderaan disimpan di dalam cip kad. Ia bagi memantau rekod penggunaan kad dan pergerakan kenderaan di lebuh raya melalui penyata elektronik. Penggunaan kad terbuka kepada semua kelas kenderaan di lebuh raya.
  • Kad Touch 'n Go Biz Xs
Kad Touch 'n Go Biz Xs mirip seperti kad Touch 'n Go Fleet Xs dengan kemudahan sampingan. Ia sesuai untuk kakitangan syarikat dan warga korporat yang kerap menggunakan rangkaian lebuh raya bertol, berurusan di kompleks perniagaan dan memakir kenderaan di premis meletak kenderaan. Penggunaan kad terbuka kepada semua kelas kenderaan di lebuh raya.

Kad pelbagai guna kerajaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Selain daripada kad pengenalan diri, kad pelbagai guna kerajaan Malaysia atau MyKad yang mempunyai logo Touch 'n Go di bahagian belakang kad adalah kad Touch 'n Go dan boleh digunakan di semua tempat yang mempamerkan logo Touch 'n Go sebagai kaedah pembayaran elektronik di Malaysia. Touch 'n Go adalah satu daripada 8 aplikasi MyKad. Kegunaan MyKad Touch 'n Go di lebuh raya terhad untuk pemandu kenderaan kelas 1 iaitu kenderaan persendirian yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda.

Kad ganjaran[sunting | sunting sumber]

  • Kad ganjaran Buy N Fly
Kad ganjaran Buy N Fly diperkenalkan pada bulan Disember 1999 oleh Malaysia Airlines Golden Boutique Sdn Bhd. Ia merupakan kad ganjaran pelbagai fungsi yang dilengkapi dengan kemudahan Touch 'n Go. Walaubagaimanapun, program kad ganjaran Buy N Fly ditamatkan pada 16 Julai 2002. Bagi pemegang kad tersebut, kemudahan Touch 'n Go masih boleh digunakan sehingga ke hari ini.

Tambah nilai[sunting | sunting sumber]

Pemegang kad Touch 'n Go mempunyai pilihan tambah nilai sebanyak RM10, RM20, RM50, RM100, RM150, RM200, RM250, RM300, RM400 atau RM500 bergantung kepada jenis kad Touch n' Go. Bagi tujuan keselamatan, baki simpanan tambah nilai bagi semua jenis kad Touch 'n Go telah ditetapkan pada RM1500.

Kaunter jualan & perkhidmatan pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kaunter jualan dan perkhidmatan pelanggan Touch 'n Go Sdn Bhd di Hab Touch 'n Go, The Sphere Bangsar South, Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Wisma Nufri Johor Bahru menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk para pelanggan termasuk kemudahan tambah nilai kad prabayar, pascabayar dan MyKad Touch 'n Go.

Bagi pemegang kad prabayar atau MyKad Touch 'n Go, kemudahan tambah nilai yang sama juga turut disediakan di kaunter jualan dan perkhidmatan pelanggan terpilih di semua lebuh raya yang menyediakan kemudahan Touch 'n Go serta yang berikut.

Perkhidmatan rel pengantara KTM Komuter.
Stesen KL Sentral
Perkhidmatan rel transit Rapid KL.
Stesen Ampang
Perkhidmatan rel transit Rapid KL.
Stesen Bandar Tasik Selatan
Stesen Masjid Jamek
Stesen Sri Petaling
Perkhidmatan rel transit Rapid KL.
Stesen Kelana Jaya
Stesen KL Sentral
Stesen KLCC
Stesen Masjid Jamek
Stesen Terminal Putra
Stesen Wangsa Maju

Lorong tambah nilai[sunting | sunting sumber]

Bagi memudahkan pemegang kad prabayar dan MyKad Touch 'n Go di lebuh raya, tambah nilai secara tunai boleh dilakukan di lorang pandu lalu tambah nilai Touch 'n Go di plaza-plaza tol lebuh raya yang berikut.

Lorong pandu lalu Tambah Nilai Touch 'n Go
  • E 1 Jambatan Pulau Pinang
  1. Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
  • E 1 Lebuhraya Baru Lembah Klang
  1. Plaza Tol Bukit Raja
  2. Plaza Tol Damansara
  3. Plaza Tol Jalan Duta
  • E 1 E 2 Lebuhraya Utara-Selatan
  1. Plaza Tol Ipoh Selatan
  2. Plaza Tol Juru
  3. Plaza Tol Kajang
  4. Plaza Tol Port Dickson
  5. Plaza Tol Rawang
  6. Plaza Tol Senai Utara
  7. Plaza Tol Simpang Ampat
  8. Plaza Tol Skudai
  9. Plaza Tol Subang
  10. Plaza Tol Sungai Besi
  11. Plaza Tol Sungai Buloh
  12. Plaza Tol Sungai Dua
  13. Plaza Tol UPM
  • E 6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah
  1. Plaza Tol Seafield
  2. Plaza Tol Shah Alam
  • E12 Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
  1. Plaza Tol Dato' Keramat
  • E35 Lebuhraya Koridor Guthrie
  1. Plaza Tol Bukit Jelutong
  • Lebuhraya Persekutuan Laluan 2
  1. Plaza Tol Batu Tiga
  2. Plaza Tol Sungai Rasau

Mesin deposit tunai[sunting | sunting sumber]

Selain daripada kaedah di atas, kemudahan tambah nilai disediakan untuk pemegang kad prabayar, pascabayar dan MyKad Touch 'n Go melalui lebih 40 buah mesin deposit tunai AmBank di bandar-bandar utama. Bayaran perkhidmatan sebanyak RM1 dikenakan bagi setiap transaksi tambah nilai menggunakan mesin deposit tunai.

Mesin juruwang automatik[sunting | sunting sumber]

Tambah nilai juga boleh dilakukan melalui mesin juruwang automatik terpilih Bank Mualamat, CIMB Bank, RHB Bank, Maybank Malaysia dan Maybank Singapore untuk pemegang akaun bank-bank tersebut dengan pilihan tambah nilai sebanyak RM50, RM100, RM150, RM200, RM250, RM300, RM400 atau RM500. Bayaran perkhidmatan sebanyak 50 sen dikenakan bagi setiap transaksi tambah nilai melalui kaedah ini dan disediakan untuk pemegang kad prabayar dan MyKad Touch 'n Go sahaja.

Tambah nilai automatik[sunting | sunting sumber]

Bagi pemegang kad Touch 'n Go Zing, tambah nilai akan ditambah secara automatik apabila nilai kad mencecah baki terendah yang ditetapkan. Kadar tambah nilai automatik RM100 dan bayaran perkhidmatan sebanyak RM2 dikenakan bagi setiap transaksi tambah nilai automatik.

Agen peruncit[sunting | sunting sumber]

Selain daripada kaedah di atas, pemegang kad prabayar dan MyKad Touch 'n Go mempunyai pilihan tambah nilai melalui agen peruncit yang mempamerkan logo tambah nilai Touch 'n Go di seluruh negara dengan bayaran perkhidmatan sebanyak 50 sen dikenakan bagi setiap transaksi tambah nilai.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Lebuh raya[sunting | sunting sumber]

Kegunaan utama kad Touch 'n Go ialah untuk membayar tambang tol di lebuh raya melalui sistem kutipan tol elektronik. Lebuh raya dan sistem kutipan tol di Malaysia terbahagi kepada dua sistem iaitu sistem tol terbuka dan tertutup. Berikut adalah keterangan lanjut dan panduan penggunaan kad Touch 'n Go berdasarkan kepada sistem tol.

Sistem tol terbuka[sunting | sunting sumber]

Sistem tol terbuka memerlukan pengguna lebuh raya membayar tambang tol di setiap plaza tol yang dilalui pengguna. Kadar bayaran tambang tol adalah kadar tetap yang ditentukan oleh pengendali lebuh raya dengan persetujuan kerajaan Malaysia. Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan Touch 'n Go di lebuh raya sistem tol terbuka, pengguna hanya perlu mengimbas kad Touch 'n Go pada alat pengimbas di setiap plaza tol yang dilalui pengguna.

Lorong Touch 'n Go di lebuh raya

Berikut adalah senarai lebuh raya sistem tol terbuka yang menyediakan kemudahan Touch 'n Go.

  • Panduan penggunaan dan pembayaran
Berikut adalah panduan penggunaan Touch 'n Go dan pembayaran tambang tol di lebuh raya sistem tol terbuka.
Imbasan keluar
  • Plaza tol
  1. Pastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi.
  2. Pandu masuk ke lorong Touch 'n Go yang dibuka.
  3. Sentuh kad Touch 'n Go pada alat pengimbas.
  4. Tunggu alat pengimbas mengeluarkan bunyi "beeb".
  5. Alih kad Touch 'n Go daripada alat pengimbas.
  6. Tambang tol dan baki kad Touch 'n Go yang baru dipaparkan pada panel paparan tambang tol.
  7. Penghadang tol automatik terbuka.
  8. Teruskan perjalanan.

Sistem tol tertutup[sunting | sunting sumber]

Bagi sistem tol tertutup pula, ia memerlukan pengguna lebuh raya mengambil tiket transit di plaza tol masuk dan membuat bayaran tambang tol di plaza tol berikutnya (plaza tol keluar). Kadar bayaran tambang tol pula ditentukan oleh pengendali lebuh raya dengan persetujuaan kerajaan Malaysia mengikut jarak pemanduan pengguna di lebuh raya. Bagi pengguna lebuh raya yang menggunakan kemudahan Touch 'n Go, pengguna hanya perlu membuat imbasan masuk dan keluar kad Touch 'n Go di plaza tol yang berkenaan. Tujuh lebuh raya mempunyai ciri ini, yang paling ketara adalah Lebuhraya Utara-Selatan.

  • Panduan penggunaan dan pembayaran
Berikut adalah panduan penggunaan Touch 'n Go dan pembayaran tambang tol di lebuh raya sistem tol tertutup.
Imbasan masuk
  • Plaza tol masuk
  1. Pastikan baki kad Touch 'n Go mencukupi.
  2. Pandu masuk ke lorong Touch 'n Go yang dibuka.
  3. Sentuh kad Touch 'n Go pada alat pengimbas.
  4. Tunggu alat pengimbas mengeluarkan bunyi "beeb".
  5. Alih kad Touch 'n Go daripada alat pengimbas.
  6. Baki kad Touch 'n Go dipaparkan pada panel paparan tambang tol.
  7. Penghadang tol automatik terbuka.
  8. Teruskan perjalanan.
Imbasan keluar
  • Plaza tol keluar
  1. Pandu masuk ke lorong Touch 'n Go yang dibuka.
  2. Sentuh kad Touch 'n Go yang sama pada alat pengimbas.
  3. Tunggu alat pengimbas mengeluarkan bunyi "beeb".
  4. Alih kad Touch 'n Go daripada alat pengimbas.
  5. Tambang tol dan baki kad Touch 'n Go yang baru dipaparkan pada panel paparan tambang tol.
  6. Penghadang tol automatik terbuka.
  7. Teruskan perjalanan.

Perhatian

  1. Tambang tol maksimum akan dikenakan kepada pengguna lebuh raya yang menggunakan kad yang berbeza ketika imbasan masuk dan keluar di plaza tol bagi sistem tol tertutup.
  2. Tambang tol maksimum akan dikenakan kepada pengguna lebuh raya yang mengambil tiket transit di plaza tol masuk dan kemudian menggunakan kad Touch 'n Go bagi tujuan pembayaran di plaza tol keluar.
  3. Tambang tol maksimum akan dikenakan kepada pengguna lebuh raya sekiranya bertukar masuk ke lorong Touch 'n Go yang lain di plaza tol yang sama.

Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

Selain daripada membayar tambang tol di lebuh raya, kemudahan Touch 'n Go turut disediakan kepada pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang. Ia diperkenalkan bagi melaksanakan sistem pembayaran elektronik bersepadu dan intergrasi sistem tiket tunggal pangangkutan awam di Lembah Klang bagi memudahkan orang ramai. Pengguna hanya perlu mengimbas masuk dan keluar kad Touch 'n Go pada alat pengimbas di pintu keluar masuk atau pagar tiket automatik sebagai ganti kepada tiket atau bayaran tambang perjalanan.

Alat pengimbas kad Touch 'n Go dan pagar tiket automatik

Perkhidmatan bas[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan rel[sunting | sunting sumber]

BATU CAVES-PELABUHAN KLANG
Perkhidmatan rel pengantara KTM Komuter.
RAWANG-SEREMBAN
Perkhidmatan rel pengantara KTM Komuter.
ALIRAN AMPANG
Perkhidmatan rel transit Rapid KL.
ALIRAN SRI PETALING
Perkhidmatan rel transit Rapid KL.
ALIRAN KELANA JAYA
Perkhidmatan rel transit Rapid KL.
KL SENTRAL-TITIWANGSA
Perkhidmatan monorel KL Monorail.

Memakir kenderaan[sunting | sunting sumber]

Kad Touch 'n Go juga boleh digunakan di premis-premis memakir kenderaan yang terlibat di sekitar Lembah Klang. Pengguna hanya perlu mengimbas masuk dan keluar kad Touch 'n Go pada alat pengimbas untuk melakukan pembayaran sebagai ganti kepada tiket pakir kenderaan.

  • 1-Utama Shopping Centre
  • Armada Hotel
  • Atria Shopping Centre
  • Bangsar Shopping Centre
  • Century Square
  • Damansara Intan
  • Dataran Palma
  • Jaya Shopping Complex
  • Hospital Pakar Damansara
  • Kelana Square
  • Megan Phileo Avenue
  • Pantai Medical Centre
  • Phileo Damansara
  • Pusat Bandar Damansara
  • Sg. Wang Plaza
  • Stesen Sentral Kuala Lumpur
  • Subang Parade
  • Sunway Pyramid Shopping Centre
  • The Summit
  • IOI Mall
  • Cova Square
  • SOGO KL
  • SOGO Shah Alam

Rekaan kad[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah rekaan kad Touch 'n Go sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu.

Kad edisi khas[sunting | sunting sumber]

  • Tahun Melawat Malaysia 2007: Februari 2007 - Disember 2007
Kad prabayar Touch 'n Go edisi khas Tahun Melawat Malaysia 2007 diperkenalkan pada bulan Februari 2007 bagi mempromosi dan menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2007.
  • Life on the Road:
Kad prabayar Touch 'n Go edisi khas Life on the Road.

Kad edisi terhad[sunting | sunting sumber]

Fakta ringkas[sunting | sunting sumber]

  • Lorong Touch 'n Go boleh dilalui 600 kenderaan dalam tempoh satu jam selorong sementara lorong tunai hanya boleh dilalui 300 kenderaan dalam tempoh yang sama.
  • Kad Touch 'n Go akan disenaraihitamkan apabila laporan kehilangan dilakukan oleh pemegang dan kad baru berserta nilai sedia ada akan diganti semula.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Touch 'n Go (2007). Panduan Pengguna & Tambah Nilai, Versi 2. Rangkaian Segar Sdn Bhd
  • Rujukan digital
  1. (Bahasa Inggeris) - www.ctm.com.my Diarkibkan 2020-09-27 di Wayback Machine 26 Mac 2007
  2. (Bahasa Inggeris) - www.nxp.com Diarkibkan 2009-05-28 di Wayback Machine, 26 Mac 2007
  3. (Bahasa Inggeris) - www.touchngo.com.my 26 Mac 2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]