Tour de Langkawi 2004

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Le Tour de Langkawi 2004 (LTdL 2004) merupakan medan perlumbaan basikal yang diiktiraf sebagai yang ketiga terbesar di dunia, selepas Le Tour de France dan Giro de’ Italia.

147 pelumba basikal dari 21 pasukan melalui jarak kayuhan 1250.9 kilometer, merentasi negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Tawaran hadiah wang tunai RM1.6 juta.

Pemenang lumba basikal Le Tour de Langkawi 2004 ialah :

  1. Pasukan - Barloworld - Itali
  2. Pasukan Selle Italia - Colombia
  3. Pasukan Relax Bodysol
  4. Pasukan Lampre
  5. Pasukan Chocolade Jacques - Kanada
  6. Pasukan De-Nardi - Afrika Selatan
  7. Pasukan Palmans-Collstrop - Ireland
  8. Pasukan Malaysia ke-18

Negara-negara Asia :

  1. Iran
  2. Jepun
  3. China
  4. Pagcor Casino (Filipina)
  5. Malaysia
  6. Wismilak (Indonesia).
  1. Juara Individu keseluruhan - Freddy Gonzalez dari Colombia Selle Italia
  2. Raja Pecut - Gordon Fraser (Health Net Pro)
  3. Raja Bukit - Ruber Alveiro Marin (Colombia Selle Italia)
  4. Juara Individu Asia – Ghader Mizbani dari Iran.

177 anggota polis PDRM dari Cawangan Trafik, Unit Udara, Cawangan Khas, Unit Bom dan Pasukan Simpanan Persekutuan diketuai oleh SAC II Koh Hung Sun ditugaskan di seluruh Semenanjung Malaysia. Antara tugas polis ketika LTdL ialah :

  • kelancaran lalu lintas pelbagai cuaca
  • mengendalikan tugas kawalan orang ramai
  • pengawasan dan pengawalan lalulintas
  • penutupan jalan raya yang digunakan sebagai laluan perlumbaan
  • hebahan awal kepada pengguna jalan raya setempat
  • menghubungi polis daerah yang akan dilalui
  • memastikan konvoi perlumbaan mengikut arah yang dirancang
  • kenal pasti halangan yang berbahaya kepada pelumba dan konvoi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Le Tour de Langkawi
1996 | 1997 | 1998 | 1999 | 2000 | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 | 2013