Toyota Prius

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Toyota Prius
2010 Toyota Prius (XW30; Eropah)
Pengilang Toyota Motor Corporation
Pengeluaran 1997–sekarang
Kelas Kereta hibrid
Reka letak FF

Toyota Prius (disebut /ˈpriːəs/) merupakan kereta hibrid penuh bersaiz sederhana yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Toyota. Pihak EPA dan Lembaga Sumber Udara California (CARB) menarafkan Prius sebagai antara kenderaan paling bersih yang dijual di Amerika Syarikat berasaskan pengeluaran kabut dan asap toksik yang rendah.[1]

Prius mula dijual di Jepun pada tahun 1997, menjadikannya kereta hibrid pengeluaran pertama. Ia kemudiannya diperkenalkan di seluruh dunia pada tahun 2001. Prius telah dijual di lebih 70 negara, dengan pasaran terbesarnya di Jepun dan Amerika Utara.[2] Pada Mei 2008, jualan global terkumpul Prius mencecah angka 1 juta,[3] manakala pada September 2010, Prius mencecah angka 2 juta unit bagi jualan di seluruh dunia.[2] AS merupakan pasaran terbesar, dengan 814,173 unit berdaftar pada Disember 2009.[4]

Generasi pertama (XW10; 1997–2003)[sunting | sunting sumber]

Toyota Prius (XW10)
Prius asal di Muzium Toyota di Jepun
Pengeluaran 1997–2001 (NHW10)
2001–2003 (NHW11)
Pemasangan Takaoka, kemudian di Bandar Raya Toyota (Motomachi), Jepun[5]
Stail badan 4-door sedan

Pada tahun 1995, Toyota menampilkan kereta hibrid konsep semasa Pameran Kereta Tokyo, dengan sesi ujian pada tahun berikutnya.[6] Model Prius pertama, model NHW10, mula dijual pada 10 Disember 1997.[7][8] Ia hanya boleh didapati di Jepun, walaupun ia turut diimport secara persendirian bagi pasaran United Kingdom, Australia dan New Zealand.[9] Semasa pelancarannya, Prius generasi pertama menjadi kereta hibrid petrol-elektrik pengeluaran pertama di dunia. Penstailan NHW10 Prius berasal daripada pereka bentuk California, yang dipilih menewaskan rekaan saingan dari studio reka bentuk Toyota yang lain.[8]

Di Amerika Syarikat, NHW11 merupakan model Prius pertama yang dijual. Prius dipasarkan dalam slot antara Echo yang lebih kecil dengan Corolla yang lebih besar. Harga pasaran yang diiklankan ialah AS$19,995.[10] NHW11 Prius menjadi semakin berkuasa sebagai memenuhi keperluan pemandu Amerika yang sukakan kelajuan tinggi serta jarak perjalanan yang jauh.[11] Pendingin udara merupakan peralatan standard.[12] Kenderaan ini merupakan kereta hibrid pengeluaran kedua yang dijual di pasaran Amerika selepas model dua tempat duduk Honda Insight.[13] Sementara Prius yang lebih besar boleh memuatkan lima orang, pek baterinya mengehadkan ruangan butnya.

Lembaga Sumber Udara California (CARB) menarafkan kereta tersebut sebagai Kenderaan Emisi Ultra Rendah (ULEV).[14] Pemilik Prius layak menerima kredit cukai daripada pendapatan kasar mereka sehingga AS$2,000.[13]

Pasaran Eropah bermula 2000.[15] Pelancaran rasmi Prius di dilakukan pada tahun 2001 selepas Pameran Kereta Sydney,[16] walaupun jualan di sana agak lembab sehingga ketibaan model NHW20.

Generasi kedua (XW20; 2003–2009)[sunting | sunting sumber]

Toyota Prius (XW20)
Toyota Prius (AS)
Pengeluaran 2003–2009 (Amerika Utara, Jepun)
2004–sekarang (China, Eropah)
Pemasangan Tsutsumi, Jepun (Bandar Raya Toyota)
Kariya, Aichi, Jepun (Fujimatsu)
Changchun, Jilin, China (pasaran domestik China sahaja)
Stail badan Liftback 5 pintu

Pada tahun 2004, Prius direka semula sebagai model liftback bersaiz sederhana, dislotkan antara Corolla dan Camry, dengan pengagihan semula sistem mekanikal dan ruang dalaman yang meningkatkan ruang kaki di tempat duduk belakang serta ruang but. Model 2004 Prius lebih mesra alam daripada model 2001 (menurut EPA), serta 6 milimeter (0.24 in) lebih panjang daripada versi sebelumnya.[17] Badan Kammback yang lebih aerodinamik menyeimbangkan panjang dengan rintangan angin bagi menghasilkan pemalar heretan ( Cd) 0.26.[18] Usaha pembangunan ini, diketuai oleh ketua jurutera Shigeyuki Hori, membawa kepada 530 paten berdaftar bagi kenderaan tersebut.[19]

Prius menggunakan pemampat elektrik bagi sistem pendingin udara, pertama kali dalam industri,[20] serta menambah sistem stereng kuasa elektrik bagi mengurangkan perkakasan enjin pacuan tali sawat. Digabungkan dengan bateri NiMH yang lebih kecil dan lebih ringan, model XW20 lebih berkuasa serta lebih cekap daripada XW10.[21] Di AS, pek bateri 2004 Prius diberikan jaminan 100,000 batu (160,000 km) atau 8 tahun.[22] Jaminan komponen hibrid di California serta tujuh lagi negeri timur laut AS yang turut mengguna pakai piawaian emisi California ialah 150,000 batu (240,000 km) atau 10 tahun.

Ia diklasifikasikan sebagai SULEV (Kenderaan Emisi Super Ultra Rendah) serta diperakui oleh Lembaga Sumber Udara California sebagai "Kenderaan Berteknologi Canggih Emisi Hampir Sifar" (AT-PZEV).[23]

Antara tahun 2005 hingga 2009, Prius generasi kedua dibina oleh FAW-Toyota di bandar raya Changchun bagi pasaran China.[24] Adalah dilaporkan bahawa sejumlah 2,152 Prius telah terjual pada tahun 2006 dan 414 pada tahun 2007. Jualan yang sangat rendah ini dikatakan berpunca daripada harganyanya yang sangat mahal di sana, lebih kurang AS$15,000 lebih mahal daripada model Jepun dan AS, disebabkan dut import yang terlalu tinggi bagi komponen import.[25] Pada awal Mac 2008, Toyota memotong harga Prius sehingga lapan peratus atau antara AS$3,000 sehingga AS$36,500. Timbul juga tanggapan yang mengatakan jualan di sana merosot diseabkan kurangnya penerimaan serta persaingan yang semakin sengit. Honda Civic Hybrid dieksport ke China bermula tahun 2007.[26]

Generasi ketiga (XW30; 2009–sekarang)[sunting | sunting sumber]

Toyota Prius (XW30)
2010 Toyota Prius V (AS)
Pengeluaran Mar 2009–sekarang
Tahun model 2010–sekarang
Pemasangan Tsutsumi, Jepun (Toyota City)[27]
Chachoengsao, Thailand (Disember 2010-sekarang)
Changchun, Jilin,China
Kelas Kereta bersaiz sederhana
Stail badan Hatchback 5 pintu

Toyota menampilkan Prius baharu (model AS tahun 2010 ) semasa Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara Januari 2009,[28] manakala jualan bermula di Jepun pada 18 Mei 2009.[29] Toyota memotong harga Prius daripada 2.331 juta yen kepada 2.05 juta yen untuk bersaing dengan Honda Insight[30], membawa kepada teka-teki sama ada peningkatan jualan Prius akan menyebabkan penurunan jualan kenderaan Toyota lain pada margin yang lebih besar. Persaingan daripada kereta hibrid yang lebih murah, terutamanya daripada Honda Insight, menjadikan Toyota berasa sukar untuk menentukan kejayaan Prius.[31] Badan barunya lebih aerodinamik, dengan pemalar heretan dikurangkam kepada 0.25 Cd. Sayap belakang di bawah badan membantu menstabilkan kenderaan pada kelajuan tinggi.

Penarafan kecekapan bahan api anggaran, melalui kitar gabungan AS EPA, ialah: 4.7 L/100 km.[32] Prius merupakan kereta paling jimat minyak yang dijual di AS pada tahun 2009, berasaskan penarafan rasmi.[33] Hanya Honda Insight generasi pertama (2000–2006) dengan transmisi manual yang mampu memperoleh penggunaan bahan api yang lebih rendah. Data rasmi UK bagi kecekapan bahan api Prius T3 ialah: Bandar 3.9 L/100 km, Luar Bandar 3.7 L/100 km, Gabungan 3.9 L/100 km.[34]

Enjin petrol 1.8 liter (sebelum ini 1.5 liter) menghasilkan 98 hp, dan dengan tambahan kuasa dari motor elektrik, ia menghasilkan jumlah kuasa kuda sebanyak 134 hp (sebelum ini 110 hp). Sesaran enjin yang lebih besar ini membolehkan kilasan lebih tinggi dihasilkan, mengurangkan kelajuan enjin (RPM), yang boleh menambah baik penggunaan bahan api pada kelajuan lebuh raya. Dengan penggunaan pam air elektrik, enjin Prius menjadi enjin automotif pengeluaran pengguna yang tidak memerlukan tali sawat perkakasan, yang turut menyumbang kepada penjimatan bahan api.[35] Motor elektrik serta komponen lain dalam sistem aliran kuasanya juga lebih kecil dan lebih cekap daripada piawaian purata industri.[36] Toyota menganggarkan penyongsang arus, motor dan kotar gear adalah 20 peratus lebih ringan. Brek cakera menggantikan brek gelendong belakang.

Rekaan dan teknologi[sunting | sunting sumber]

Toyota Prius Hybrid Synergy Drive merupakan kereta hibrid penuh jenis siri-selari, kadang-kala dirujuk sebagai hibrid gabungan.

Toyota Prius Hybrid Synergy Drive merupakan kereta hibrid penuh jenis siri-selari, kadang-kala dirujuk sebagai hibrid gabungan, membolehkan ia digerakkan oleh enjin petrol dan/atau motor elektrik.

Mod EV[sunting | sunting sumber]

Semasa enjin dihidupkan menggunakan punat penghidup, ia sedia dipandu dengan serta-merta menggunakan motor elektrik, manakala pam elektrik memanaskan enjin dengan bendalir penyejuk enjin yang disimpan sebelun ini[petikan diperlukan], sebelum enjin pembakaran dalaman dihidupkan. Selang masa antara menghidupkan kereta dengan menghidupkan enjin pembakaran dalaman adalah lebih kurang tujuh saat. Butang "EV" mengekalkan mod Kereta Elektrik selepas kereta dihidupkan serta dalam kebanyakan keadaan pemanduan beban rendah. Kereta akan kembali ke mod asal apabila kehabisan bateri. Sebelum model tahun 2010, model Amerika Utara tiada butang "EV", walaupun mod "EV" masih disokong secara dalaman oleh komputer pengurusan Hybrid Synergy Drive.[petikan diperlukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Hybridcar.com (2007-10-21). 2008 Toyota Prius. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2009-07-14.
  2. 2.0 2.1 "Worldwide Prius Cumulative Sales Top 2M Mark; Toyota Reportedly Plans Two New Prius Variants for the US By End of 2012". Green Car Congress. 2010-10-07. http://www.greencarcongress.com/2010/10/worldwide-prius-cumulative-sales-top-2m-mark-toyota-reportedly-plans-two-new-prius-variants-for-the-.html#more. Capaian 2010-10-07. 
  3. AutobloGreen (2009-09-04). Toyota tops 2 million hybrid sales worldwide. Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2009-10-24.
  4. "Alternative Fuel Vehicles (AFVs) and Hybrid Electric Vehicles (HEVs): Trend of sales by HEV models from 1999-2009". Alternative Fuels and Advanced Vehicle Data Center (U.S. DoE). http://www.afdc.energy.gov/afdc/data/vehicles.html. Capaian 2010-03-09.  Total registered electric hybrids in the U.S. is 1,614,761 vehicles until December 2009, of which 122,755 were manufactured by Ford (Click and open the Excel file for the detail by year for each model)
  5. Chang-Ran Kim (2003-10-02). "Hybrids Can Be Cheap to Make, Toyota Says". Rainforest Action Network. http://ran.org/media_center/news_article/?uid=833. Capaian 2008-05-30. 
  6. "Toyota Prius Chronological History". http://www.toyoland.com/prius/chronology.html. Capaian 2009-11-06. 
  7. Taylor, A., Birth of the Prius, Fortune, February 24, 2006. Retrieved 2007-12-19.
  8. 8.0 8.1 Emily Thornton (1997-12-15). "Japan's hybrid cars". Business Week. http://www.businessweek.com/archives/1997/b3557013.arc.htm. Capaian 2010-03-10. 
  9. Prius Model History, Clean Green Car Company. Retrieved 2007-12-19.
  10. 2001 Toyota Prius Lineup, Internet Autoguide. Retrieved 2007-12-20.
  11. Russ, C., Toyota Pruis (2001), The Auto Channel. Retrieved 2010-03-09.
  12. Test Drive Notes: Toyota Prius 2001, Car Talk. Retrieved 2007-12-20.
  13. 13.0 13.1 Andrew Pollack. "Behind the wheel/Toyota Prius BEHIND THE WHEEL:Toyota Prius-It's Easier to Be Green", New York Times, 2000-11-19. Dicapai pada 2010-03-09. 
  14. EPA Green Vehicle Guide.
  15. Tsukada, M., Aichi's Artisanship in the Auto Industry, Aichi Voice (Cutting Edge).
  16. More Toyota Priuses Coming to Australia, Australian Car Advice, March 1, 2007. Retrieved 2007-12-20.
  17. Motor Trend 2004 Car of the Year Winner: Toyota Prius, Motor Trend. Retrieved 2007-12-21.
  18. "Motor Trend 2004 Car of the Year Winner: Toyota Prius". MotorTrend Magazine. Source Interlink Media. http://www.motortrend.com/oftheyear/car/112_04_coy_win. Capaian 2008-05-30. 
  19. "Innovators: Shigeyuki Hori", Time, 2004-08-03. Dicapai pada 2010-01-10. 
  20. Bowden, R. (2004), 2004 Toyota Prius, About. Retrieved 2007-12-21.
  21. Test Drive Notes: 2004 Toyota Prius, Car Talk. Retrieved 2007-12-21.
  22. "Pressroom : Our Point of View / Toyota". Blog.toyota.com. http://blog.toyota.com/2008/12/prius-battery-change-is-no-big-deal.html. Capaian 2009-07-14. 
  23. Motor Trend 2004 Car of the Year Winner: Toyota Prius, Motor Trend. Retrieved 2007-12-21.
  24. "Toyota Delays Production of Third Generation Prius in China", ChinaAutoWeb.com. 
  25. Ian Rowley (2007-11-05). "Prius sales yet to catch fire in China". BusinessWeek Eye on Asia blog. http://www.businessweek.com/globalbiz/blog/eyeonasia/archives/2007/11/prius_sales_yet.html. Capaian 2010-06-05. 
  26. "In China, Toyota cuts price of Prius by 8% due to slowing sales". AutoblogGreen. 2008-03-07. http://green.autoblog.com/2008/03/07/in-china-toyota-cuts-price-of-prius-by-8-due-to-slowing-sales/. Capaian 2010-04-28. 
  27. "Manufacturing | Locations of Toyota Facilities". .Toyota.co.jp. 1999-02-22. http://www2.toyota.co.jp/en/facilities/manufacturing/. Capaian 2010-10-03. 
  28. Anonymous says:. "2010 Toyota Prius Revealed - Specs, Images, and more". Automoblog.net. http://www.automoblog.net/2009/01/15/the-2010-toyota-prius/. Capaian 2010-10-03. 
  29. Yuri Kageyama, Associated Press. "Toyota rolls out new Prius amid hybrid price war", San Francisco Chronicle, 2009-05-18. Dicapai pada 2009-05-21. [pautan putus]
  30. Hans Greimel (2010-02-23). "Toyota Prius slashes price to match Honda Insight". AutoWeek. http://www.autoweek.com/article/20090402/carnews/904029987. Capaian 2010-03-23. 
  31. Kiyori Ueno and Tetsuya Komatsu. "Toyota Prius Leaps to No. 1 in Japan on Incentives", Bloomberg, 2010-01-08. Dicapai pada 2010-03-07. 
  32. "All-New Third Generation Toyota Prius Raises the Bar for Hybrid Vehicles - Again". Pressroom.toyota.com. 2009-03-02. http://pressroom.toyota.com/pr/tms/toyota/all-new-third-generation-toyota-82970.aspx. Capaian 2010-10-03. 
  33. "2008 Most and Least Fuel Efficient Vehicles (ranked by city mpg)". United States Environmental Protection Agency and United States Department of Energy. http://www.fueleconomy.gov/feg/best/bestworstNF.shtml. Capaian 2007-12-25. 
  34. "Vehicle details for Prius T3 E-CVT". UK Government. http://www.vcacarfueldata.org.uk/search/vehicleDetails.asp?id=23492. Capaian 2009-08-02. 
  35. "Official Toyota Specifications (Flash Site includes link to informative press release)". Toyota.com. http://www.toyota.com/vehicles/minisite/prius/#/specs/. Capaian 2010-10-03. 
  36. Hybrid Superstar Shines Brighter

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikibuku
Wikibuku mempunyai satu buku topik mengenai
Wikibuku
Wikibuku mempunyai satu buku topik mengenai