Trans Titiwangsa V1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Korbu
Puncak Gunung Yong Belar
Gunung Yong Yap

Trans Titiwangsa V1 merupakan ekspedisi pendakian yang melibatkan penerokaan beberapa buah gunung di Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia. Antara gunung-gunung yang terlibat seperti Gunung Yong Belar, Gunung Korbu dan Gunung Gayong juga termasuk dalam senarai tujuh gunung tertinggi di semenanjung, ataupun dikenali sebagai G7.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Trans merupakan singkatan daripada perkataan bahasa Inggeris "transverse" bermaksud merentas. Manakala Titiwangsa merujuk kepada banjaran yang menjadi tulang belakang kepada Semenanjung Malaysia. Secara harfiahnya, Trans Titiwangsa[1] membawa maksud Ekspedisi Merentas Banjaran Titiwangsa.[2]

Maksud V1[sunting | sunting sumber]

V1 disini bermaksud Laluan 1 atau Versi 1. Pada awalnya, istilah ini tidak digunakan oleh pendaki. Ianya digelar V1 setelah munculnya laluan baru yang menyambungkan 4 gunung tertinggi iaitu Gunung Yong Yap, Gunung Korbu, Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar. Laluan tersebut dinamakan sebagai Trans Titiwangsa V2 oleh golongan pendaki.

Persediaan[sunting | sunting sumber]

Di dalam arena pendakian di Malaysia, rentis ekspedisi ini tergolong dalam kumpulan rentis yang mempunyai kesukaran dan cabarannya yang tersendiri. Persediaan mental dan fizikal diperlukan untuk melalui perjalanan yang memakan masa selama 5 hingga 6 hari ini. Pada kebiasaannya, pendaki yang ingin melakukan ekspedisi ini akan menjalani latihan awal dengan mendaki beberapa buah gunung yang lebih rendah terlebih dahulu. Tujuannya adalah sebagai persediaan diri sebelum melangkah lebih jauh melalui rentis yang lebih mencabar dan penuh dengan bahaya ini. Antara gunung-gunung pilihan untuk dijadikan sebagai tempat latihan adalah seperti:-

Antara latihan yang perlu diambil berat adalah latihan untuk membawa bebanan, latihan penyesuaian diri dengan peralatan, penyesuaian diri dengan ketinggian, latihan kesabaran dan latihan ketahanan mental dalam menghadapi sebarang situasi dan dugaan. Dengan adanya persediaan sebegini, para peserta mampu untuk mengatasi sebarang cabaran yang mendatang disamping dapat meringankan beban kumpulan itu sendiri.

Cara Pendakian[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa laluan yang boleh digunakan untuk melakukan ekspedisi ini. Berikut merupakan antara pilihan laluan yang boleh dipilih oleh pendaki mengikut citarasa masing-masing:-

1) Gunung Yong Belar - Rentis Empangan Blue Valley, Cameron Highland, Pahang.
Dengan memilih laluan ini, pendaki akan melalui 200++ Anak Tangga, Batu Sempadan 2 Negeri (Pahang/Kelantan), Pintu Rimba, Kem Tudung Periuk, Kem Kasut, Puncak Gunung Yong Belar, Kem Kuali, H2O, Puncak 6850, Puncak Gunung Junction, Kem Cerek, Puncak Gunung Gayong, Puncak Gunung Korbu, Bukit Botak, Kem Kijang, Kem Seroja dan Empangan Sultan Azlan Shah.

2) Gunung Korbu - Rentis Sungai Termin, Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak.
Dengan memilih laluan ini, pendaki akan melalui Bukit Nenas, Kem Seroja, Kem Kijang, Bukit Botak, Puncak Gunung Korbu, Puncak Gunung Gayong, Kem Cerek, Puncak Gunung Junction, Puncak 6850, H2O, Kem Kuali, Puncak Gunung Yong Belar, Kem Kasut, Kem Tudung Periuk, Pintu Rimba, Batu Sempadan 2 Negeri (Pahang/Kelantan), 200++ Anak Tangga dan Empangan Blue Valley.

3) Gunung Korbu - Rentis Sungai Seno'oi, Kg. Makmur, Ulu Kinta, Perak.
Dengan memilih laluan ini, pendaki akan melalui Kem Singapore, Kem View, LWP Korbu, Kem Permatang, Puncak Bonsai Tonggek, Puncak-puncak Tipu, Puncak Gunung Korbu, Puncak Gunung Gayong, Kem Cerek, Puncak Gunung Junction, Puncak 6850, H2O, Kem Kuali, Puncak Gunung Yong Belar, Kem Kasut, Kem Tudung Periuk, Pintu Rimba, Batu Sempadan 2 Negeri (Pahang/Kelantan), 200++ Anak Tangga dan Empangan Blue Valley.


Risiko[sunting | sunting sumber]

Khidmat jurupandu yang berpengalaman amatlah penting dalam memastikan keselamatan pendaki dan memastikan ketepatan perjalanan supaya tidak tersasar daripada laluan asal. Pemilihan jurupandu hendaklah mengikut kesesuaian kumpulan. Jika peratusan pendaki yang menyertai ekspedisi ini merupakan pendaki baru dan kurang pengalaman, khidmat jurupandu tambahan hendaklah diambil kira.

Bilangan pendaki yang disyorkan untuk melalui rentis ini pada satu-satu masa adalah seramai 20 orang pendaki sahaja. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko perpecahan kumpulan, serta keselesaan sesebuah kumpulan untuk bermalam di setiap tapak perkhemahan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Trans-Naning, ekspedisi di bahagian selatan Banjaran Titiwangsa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan antara operator yang menyediakan perkhidmatan jurupandu untuk laluan rentis ini beserta laman yang boleh dijadikan sebagai rujukan ekspedisi:-