Transilvania

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Romania dengan wilayah Transylvania (berwarna kuning).

Transylvania (juga Ardeal; Bahasa Hungary: Erdély; Bahasa Jerman: ; Bulgaria: Трансилвания; Bahasa Serbia: Трансилванија / Transilvanija atau Ердељ / Erdelj; Latin: Transsilvania) merupakan satu wilayah bersejarah yang terletak di bahagian barat negara Romania. Pada awal sejarah, wilayah Transilvania menyertai wilayah Dacia, Empayar Rom, empayar Hun, kerajaan Gepid[1] dan Empayar Bulgaria[2]. Wilayah tersebut dikelilingi oleh Transylvanian Alps dan Pergunungan Carpathian. Wilayah itu mulanya di bawah penguasaan Kerajaan Rom selepas 107M, kemudiannya di bawah orang-orang Jerman dan seterusnya di bawah kerajan Hungary pada tahun 1003. Wilayah tersebut menjadi kerajaan autonomi di bawah empayar Uthmaniyyah pada tahun 1571, sebahagian dari Monarki Habsburg pada tahun 1711, lalu kembali menjadi sebahagian dari kerajaan Hungary pada tahun 1867, dan sebahagian dari Kerajaan Romania setelah Perang Dunia Pertama. Bandar utama Transylvania, Cluj-Napoca, kini dianggap sebagai ibukota wilayah ini. Transylvania telah di jajahi oleh beberapa kerajaan untuk berabad lamanya dan akhirnya sekarang di bawah Romania semenjak Perang Dunia Kedua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Béla Köpeczi (editor). "History of Transylvania". Atlantic Research and Publications, Inc. Diperoleh pada 2007-01-29. 
  2. http://mek.oszk.hu/03400/03407/html/49.html

Senarai pustaka[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]