Transit Zuhrah 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Animasi simulasi transit daripada koordinat khatulistiwa dan Waktu Musim Panas Eropah Tengah[1]

Transit Zuhrah 2012 berlaku apabila planet Zuhrah muncul sebagai cakera kecil dan gelap bergerak di seluruh permukaan Matahari pada hari Rabu, 6 Jun 2012 bermula dari 6.09 pagi hingga 12.50 tengah hari waktu Malaysia. Transit Venus adalah fenomena yang jarang ditemui . Ia pernah berlaku pada 1639, 1761, 1769, 1874, 1882 dan bulan Jun 2004. Fenomena ini hanya berlaku lagi pada Disember 2117 dan Disember 2125.


Bukan semua orang bertuah dapat melihat fenomena sebegini. Ia dapat dilihat dengan mata kasar sekali dalam se abad.

Kawasan yang sesuai mencerap[sunting | sunting sumber]

Seluruh transit Zuhrah dapat dilihat dari barat Lautan Pasifik , Amerika Utara, timur laut Asia, Jepun , Filipina , timur Australia , New Zealand , utara Scandinavia , dan Greenland. Di beberapa tempat di Malaysia berlaku hujan lebat pada waktu pagi.Litupan awan juga menghalang mata kasar untuk melihatnya .Ia tidak boleh dilihat dari kebanyakan Amerika Selatan atau Afrika barat .


Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Transit Zuhrah 2012 memberi peluang kepada saintis untuk membuat penyelidikan. Ini akan membantu ahli astronomi apabila untuk mencari exoplanets . Transit Zuhrah 2004 berbeza dengan Transit Zuhrah 2012. Ia akan memberikan maklumat baru tentang iklim planet ini.

Teleskop Angkasa Hubble menggunakan bulan sebagai cermin untuk mengkaji cahaya yang terpantul dari Zuhrah untuk menentukan komposisi atmosfera. Ia boleh mengadakan satu lagi teknik untuk mengkaji exoplanets.

Cara yang paling selamat untuk menonton transit Zuhrah ialah dengan menggunakan teleskop, teropong , lubang jarum atau cermin "pinhole". Kita juga boleh menggunakan lapisan penuras daripada kromium .Amat bahaya melihat cahaya matahari secara terus kerana akan membenarkan sinaran UV memasuki mata dan merosakkan lapisan retina dalam mata.

Penyelidikan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Dr Baharrudin Zainal menyatakan bahawa fenomena unik itu membolehkan orang ramai melihat planet Zuhrah pada saiz yang sama dengan bumi pada jarak kedudukan 42 juta kilometer (km) dari bumi. Planet Zuhrah juga dikenali sebagai planet Venus atau Kejora. Para pencerap di Pantai Timur Semenanjung Malaysia lebih berpeluang melihat fenomena ini. Orang awam di Kuala Terengganu boleh menyaksikan fenomena itu mulai jam 8.30 pagi hingga 12.45 tengah hari pada 6 Jun 2012, di tempat letak kereta Lapang Sasar Memanah, UnisZA Kampus Gong Badak.[2]


Yang Dipertua Persatuan Falak Syari Malaysia Syed Kamarulzaman Syed Kabeer menyatakan bahawa sentuhan pertama apabila planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari. [3]

Kita dapat melihat planet zuhrah dalam keadaan ‘bulatan hitam kecil’ sedang melintas di permukaan matahari. . Ia kelihatan begitu kerdilnya bumi yang kita huni’ dari kedudukan 42 juta km.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Venus transit on 6 June 2012 (Belanda)
  2. ^ Zuhrah lintasi matahari 6 Jun
  3. ^ [Gerhana Bulan Separa & Transit Planet Zuhrah Melintasi Matahari Minggu Depan]