Transrapid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Transrapid di pusat ujian Emsland

Transrapid ialah sebuah kereta api monorel berkelajuan tinggi ciptaan Jerman yang berfungsi secara pengapungan magnet. Berdasarkan sebuah paten dari tahun 1934, perancangan membina sistem Transrapid ini dimulakan pada tahun 1969. Pusat ujian sistem ini di Emsland, Jerman telah berjaya disiapkan pada tahun 1987. Pada tahun 1991, kesediaan teknikal bagi penggunaan sistem ini telah diluluskan oleh Deutsche Bundesbahn (Sistem Kereta Api Persekutuan Jerman) dengan kerjasama universiti-universiti ternama.

Pada tahun 2004, pelaksanaan pertama sistem ini secara komersil berjaya disiapkan di Republik Rakyat China. Sistem Kereta Api Maglev Shanghai menghubungkan rangkaian transit laju itu sejauh 30.5 km (atau 19 batu) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong. Namun, sistem ini belum lagi digunakan pada rangkaian antara bandar berjarak jauh.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.