Laluan Kanopi Sungai Sedim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Tree Top Walk Sungai Sedim)
Lompat ke: pandu arah, cari

Laluan Kanopi Sungai Sedim ialah sebuah lokasi ekopelancongan yang terletak di Hutan Simpan Gunung Inas, Kulim, Kedah, berhampiran Bukit Hijau. Di sini terdapat titian kanopi sepanjang 950 meter dan setinggi 50 m dari tanah yang merupakan titian terpanjang di dunia.[1] [2]

Laluan Kanopi Sedim juga merupakan adalah titi gantung sepanjang 1.5 km. Ianya terletak di kawasan Hutan lipur Sungai Sedim dan hanya 30km daripada Bandar Kulim.Laluan Kanopi Sedim mempunyai ketinggian sehingga 34450 mm dari aras tanah. Hutan Lipur Sedim terletak di kawasan Gunung Inas yang cantik dan dipenuhi alam flora dan fauna. [3]

Disamping merasai keseronokan menaiki titi gantung ini, pengunjung juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang segar, hijau dan nyaman. Pengunjung juga boleh mengenalpasti setiap jenis pokok yang terdapat di Hutan Lipur ini kerana setiap flora telah diletakkan label.

Antara pokok yang dikenalpasti seperti pokok Kulim, Meranti, Cengal, Sesenduk dan pokok hutan yang lain. Para pengunjung juga disediakan tempat untuk mendapatkan maklumat. Terdapat berbagai cenderamata yang beraneka corak, bentuk dan warna untuk para pengunjung jadikan kenang-kenangan.

Setelah penat berjalan, penginapan juga ada disediakan. Bintang Sedim Villa bertaraf chalet. Ringkas, cantik dan nyaman, itulah konsep Bintang Sedim Villa. Disini juga pengunjung boleh melakukan aktiviti lasak seperti berkayak dan aktiviti mendaki gunung.

Pelancong dari dalam dan luar negari datang ke sini dengan tujuan untuk menikmati alam asli yang sunyi dari hiruk pikuk kota serta untuk menikmati pemandangan flora dan fauna yang terdapat di sepanjang titian kanopi ini. Pelancong berpeluang melihat pemandangan hutan hujan tua ini dari perspektif yang amat berlainan ketika menyusuri Tree Top Walk ini.

Pelancong boleh melihat pemandangan sungai yang mengalir deras dan jenis-jenis tumbuhan dan kehidupan liar yang sungguh menawan – kesemuanya dari ketinggian 50 m dari tanah.

Panduan Pelawat[sunting | sunting sumber]

Pakai sandal atau sepatu yang sesuai untuk berjalan jauh dan bawa air minum yang banyak serta sedikit makanan ringan kerana anda perlu merentas hutan melewati sebatang jalan untuk sampai ke Tree Top Walk ini. Tambahan lagi, setelah anda menaiki titian ini, tiada tempat untuk anda membeli minuman.

Transportasi[sunting | sunting sumber]

Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan ambil jalur keluar di Seberang Jaya, menuju ke Lebuhraya Butterworth-Kulim (NKE) dan terus menuju ke Mahang.

Dari Alor Setar , gunakan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) terus ke Kulim dan kearah Sedim.

Lokasi Alat Bantuan GPS Gamin, Papago dan Ovi map

Pusat Informasi[sunting | sunting sumber]

Untuk informasi lebih lanjut, anda boleh melayari web berikut http://www.treetopwalk.com.my/index.html Selain itu, anda juga boleh menghubungi Pejabat Tourism Malaysia Kedah di nomor +604-731 2322 / 730 1322 atau Pusat Penerangan Pelancongan Bukit Kayu Hitam di nombor +604-9222 078.

Penginapan[sunting | sunting sumber]

Tempat penginapan terdekat disini terdapat , Sedim Eco Resort di Sedim dan banyak chalet-chalet di Sedim dan Hotel di sekitar bandar Kulim kira-kira 30 km dari sini.

Homestay yang cantik terdapat di Desa Kasturi. Tel 012-4455983

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Tree Top Walk Sungai Sedim Tourism Malaysia
  2. Thrill of Tree Top Walk at Sg Sedim TheStar
  3. [1] Majlis Perbandaran Kulim.