Triang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Triang atau Teriang ialah sebuah mukim dan pekan utama di daerah Bera, Pahang. Ia terletak 32 km daripada Bandar Temerloh (bandar kedua terbesar di Pahang), berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan. Jajahan Teriang merangkumi banyak kawasan di antaranya termasuk Gugusan Felda (Bukit Mendi, Kemahal, Puchong, Chemomoi dan Kemasul). Majoriti penduduk di kawasan ini adalah Melayu dan terdapat sebilangan besar kaum Cina dan selebihnya adalah India.

Pekan-pekan lain yang berdekatan dengan Triang termasuk Kerayong, Mengkuang dan Kemayan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]