Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tribunal Jenayah Antarabangsa
untuk bekas Yugoslavia
Front view of the ICTY.jpg
Bangunan Tribunal di Hague
Diasaskan 25 Mei 1993
Bidang kuasa Bekas Yugoslavia
Tempat Hague, Belanda
Koordinat 52°04′04″N 4°21′13″E / 52.0679°U 4.3535°T / 52.0679; 4.3535Koordinat: 52°04′04″N 4°21′13″E / 52.0679°U 4.3535°T / 52.0679; 4.3535
Disahkan oleh Tetapan 827 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Penggal hakim 4 tahun
Bil. jawatan 16 tetap
12 ad litem
Laman http://www.icty.org/
Presiden
Penjawat kini Patrick Lipton Robinson (Jamaica)
Sejak 17 November 2008
Tarikh akhir penggal pakar undang-undang 2010

Tribunal Antarabangsa untuk Pendakwaan Orang yang Bertanggungjawab Melakukan Pelanggaran Serius Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa di Wilayah Bekas Yugoslavia Sejak 1991, lebih umum disebut sebagai Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia (ICTY), ialah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan untuk mendakwa jenayah serius yang dilakukan semasa perang di bekas Yugoslavia, serta juga untuk menghukum mereka yang terlibat. Tribunal itu yang berpusat di Hague, Belanda ialah mahkamah ad hoc.

Tribunal Jenayah Antarabangsa ini ditubuhkan menerusi Tetapan 827 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diluluskan pada 25 Mei 1993. Ia mempunyai bidang kuasa terhadap empat kumpulan jenayah yang dilakukan di wilayah bekas Yugoslavia sejak tahun 1991:

  1. pelanggaran serius Konvensyen Geneva;
  2. pelanggaran undang-undang atau adat perang;
  3. penghapusan bangsa; dan
  4. jenayah terhadap kemanusiaan.

Hukuman yang paling berat yang boleh dikenakan oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa ini ialah pemenjaraan seumur hidup. Pelbagai negara telah pun menandatangani perjanjian dengan PBB untuk melakukan hukum tahanan tersebut. Dakwaan terakhir dikeluarkan pada 15 Mac 2004. Tribunal ini dijadualkan menyiapkan semua perbicaraan menjelang pertengahan tahun 2011 dan semua rayuan menjelang 2013, dengan kekecualian Radovan Karadžić yang perbicaraannya dijangka akan berakhir pada 2012 dan rayuannya dihakimi pada Februari 2014.[1] Ratko Mladić dan Goran Hadžić yang masing-masing ditahan pada Mei dan Julai 2011 tidak terangkum dalam strategi siap mahkamah.[2] Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memerintah Tribunal itu untuk menyiapkan tugas selewat-lewatnya pada 31 Disember 2014 supaya dapat menutup dan memindahkan tanggungjawabnya kepada Mekanisme Baki Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah yang akan mula berfungsi untuk cawangan ICTY pada 1 Julai 2013.

Hadžić merupakan pelarian terakhir antara 161 pelarian yang dipertuduhkan selepas Boris Tadic, Presiden Serbia, mengumumkan penangkapannya pada 20 Julai 2011.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ICTY Completion Strategy
  2. ICTY Fugitives
  3. Serbia's last war crimes fugitive arrested Al Jazeera, 20 July 2011