Trisula

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Trisula adalah tombak bermata tiga, berasal dari bahasa Sanskrit trishul secara harafiah bererti tiga tombak. Ia dikenali sebagai trident dalam bahasa Inggeris. Trisula juga digunakan oleh retarii, gladiator dengan penampilan seperti nelayan (membawa jaring).

Trisula saat ini sering dikaitkan dengan syaitan dalam mitologi Kristian. Ini kemungkinan kerana penggunaannya dalam agama pagan. Trisula adalah senjata Siva, salah satu dari Trimurti yang sering disembah di masa kejayaan kerajaan Hindu-Buddha di Jawa. Begitu pula dalam agama pagan Yunani-Romawi Poseidon (Neptunus) dewa penguasa laut selalu membawa trident. Poseidon adalah dewa utama, dan mungkin lebih utama dibanding Zeus di kebudayaan Myceneae.

Trisula juga digunakan sebagai senjata utama oleh tentera Korea masa lalu, berbeza dengan tentera Cina saat itu yang menggunakan tombak dengan mata berbentuk daun.