Trogonoptera trojana
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Trogonoptera trojana | |
|---|---|
| male | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Arthropoda |
| Kelas: | Insecta |
| Order: | Lepidoptera |
| Keluarga: | Papilionidae |
| Tribus: | Troidini |
| Genus: | Trogonoptera |
| Spesies: | T. trojana |
| Nama binomial | |
| Trogonoptera trojana Honrath, 1886 |
|
| Sinonim | |
|
|
Trogonoptera trojana ialah sejenis kupu-kupu yang tergolong dalam famili Papilionidae. Ia adalah endemik di Palawan, Filipina. Ia menyerupai saudaranya yang lebih tertabur luas, iaitu Trogonoptera brookiana (Kupu-kupu Rajah Brooke), tetapi T. trojana yang jantan mempunyai jalur hijau yang lebih tirus pada kepak belakangnya. Spesies ini terangkum dalam CITES Appendix II,[1] yang menyekat perdagangan antarabangsa.
Lebar kepaknya kira-kira 18–19 cm (7.1–7.5 in).[1] Kupu-kupu ini berterbangan sepanjang tahun. Beluncasnya makan Aristolochia.[1]
Rujukan [sunting]
- ↑ 1.0 1.1 1.2 Butterfly Corner. Trogonoptera trojana. Dicapai pada 21 Mei 2012