Tsukiji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tsukiji (筑地) adalah sebuah daerah di Chuo, Tokyo , Jepun. Di sinilah terletaknya tapak Pasar Borong Ikan Tsukiji.Ia berhampiran Sungai Sumida yang ditebusguna dari Teluk Tokyo pada abad ke-18, sepanjang tempoh Edo .


Tsukiji berhampiran dengan bandar Kobe dan Amagasaki dan bandar-bandar di wilayah Hyogo.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tsukiji dibina di atas tanah yang ditambak di delta Sungai Sumida. Sepanjang tempoh [[Tokugawa[[ kawasan di sepanjang sungai ditebusguna menjadi kawasan komersial dan perumahan di tepian pantai.

Kebakaran besar Meireki berlaku pada 1657 . Antara yang musnah dalam kebakaran ialah Kuil Hongan-ji di Asakusa, Kanto, ibu pejabat aliran Jodo Shinshu .Maka tapak kuil dipindahkan ke Tsukiji. Beberapa candi lain juga telah didirikan .Banyak kediaman swasta untuk samurai dan usahawan telah dibina di sepanjang pinggir selatan Tsukiji.

Gempa bumi Kanto pada 1 September 1923 menyebabkan kerosakan tak terhitung .Sebahagian besar daerah Tsukiji terbakar termasuk pasar ikan. Pasar ikan Nihonbashi telah dipindahkan ke daerah Tsukiji.

Tempat-tempat menarik[sunting | sunting sumber]

  1. Ramai pelancong di Tokyo suka melihat suasana di Pasar Borong Tsukiji . Ia adalah pasaran ikan yang terbesar di dunia yang mengendalikan lebih daripada 2000 tan dari 450 jenis makanan laut setiap hari.
  2. Tsukiji Hongan-ji , kuil utama Jodo Shinshu aliran daripada agama Buddha .
  3. Menara St. Luke - salah satu bangunan tertinggi di Tokyo, dan yang bersempadan dengan Hospital St. Luke .
  4. Pusat Kanser

Koordinat: 35°40′05″N 139°46′26″E / 35.66819°U 139.77390°T / 35.66819; 139.77390