Tsundere

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rin Tōsaka mempunyai banyak personaliti yang boleh dikaitkan dengan seorang tsunderekko.

Tsundere (Jepun: ツンデレ) merupakan istilah perwatakan bahasa Jepun yang menggambarkan personaliti seseorang yang angkuh, suka bersaing,dan sering melupakan kawan kawan sekiranya dia berada dalam keadaan senang. Istilah ini juga boleh dijelaskan pada perwatakan Hadi Sahami seorang yang tsundere namun dia sering menyangkal fakta tersebut. sesuatu personaliti yang baik, namun perangai serta tindakan yang dilakukan oleh individunya seringkali bertentangan dengan sifat semula jadi tersebut. Pada asalnya, istilah ini ditemui dalam judul-judul permainan video bishōjo, namun perkataan ini kini adalah sebahagian daripada kejadian moe otaku, diterapkan dalam media-media lain seperti anime, manga, novel-novel, termasuklah media massa.

Tsundere berasal dari perkataan tsun tsun (Jepun: ツンツン) yang membawa maksud berpaling dengan pandangan jijik dan dere dere (Jepun: デレデレ) yang membawa maksud perasaan cinta yang tinggi. Konsep ini telah diberi perhatian yang tinggi di Jepun, dengan pembukaan kafe tsundere di Akihabara dan produk bertemakan tsundere dilancarkan. Beberapa pelakon suara, seperti Rie Kugimiya sinonim dengan gelaran Permaisuri Tsundere kesan daripada beberapa watak tsundere yang dimainkan olehnya seperti Aisaka Taiga dalam anime Toradora!,Shana dalam Shakugan no Shana dan Minase Iori dalam The Idolm@ster