Tuah Badan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuah Badan
PengarahOmar Rojik
DibintangiEd Osmera
Sarimah
Ismail Mahmud
Umi Kalthum
SinematografiHitam-putih
Disunting olehJohari Ibrahim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Organisation
Tarikh tayangan
1970
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Tuah Badan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1970. Filem Tuah Badan diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Tuah Badan diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Seniman Omar Rojik.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Latifah, atau nama asalnya (seperti ditulis dalam IC) iaitu Noraini (Sarimah), berusia 23 1/2 tahun yang dijaga oleh keluarga angkatnya. Selepas kematian kedua dua orang tua angkatnya, dia dijaga oleh kakak angkatnya (Umi Kalthum) dan suaminya (Ed Osmera) serta diidola oleh Tok Penghulu (Raja Ismail). Kehidupan Latifah sering diganggu oleh abang ipar angkatnya sehingga menyebabkan dia diusir dari rumahnya. Selepas diusir dengan hanya memakai coli, Latifah tiada arah tujuan dan dia sekali lagi ingin dirogol oleh 2 orang lelaki yang berpura pura ingin menolongnya di tepi jalan. Latifah berjaya melarikan diri dari cubaan rogol tersebut sehingga dia telah dilanggar oleh sebuah kereta dengan keadaan masih lagi memakai coli. Pemandu dan penumpang (seorang hartawan) tersebut telah menyelamatkan nyawa Latifah. Setelah Latifah tersedar dari pengsannya dia mendapati dirinya di hospital Kota Bharu. Disisinya ada seorang lelaki tua dan tidak kacak iaitu encik Halim (Halim Putar), yang menjelaskan perkara sebenarnya kepada Latifah. Latifah telah dipujuk untuk tinggal bersamanya di kota bharu. Latifah disayangi oleh hartawan tersebut kerana wajahnya mirip bekas wajah isterinya yang curang dan telah melarikan diri dengan kekasih barunya disebabkan kesibukkan dirinya dalam dunia perniagaan. Latifah tinggal bersama hartawan tersebut di dalam rumah (bukan gua).

Manakala kakaknya telah diperdaya oleh suaminya yang berpakat dengan ketua kampung (Nor Jin) dengan semua barang kemasnya perlu dilabur untuk menghasilkan lebih banyak duit. Selepas mengaut keuntungan berbilion dolar amerika, barulah dia akan pulang ke kampung semula. Isterinya terpengaruh jua dan ingin kahwin lain. Selepas berjaya melarikan diri 4 x 100m dari kampung, dia telah terlibat dalam sindiket perniagaan batu akik tiruan dan dia juga telah diperdayakan oleh ketua sindiket tersebut sehinggakan dia malu besar. Akibat stress dan trauma serta sedikit keguguran, dia telah membunuh kekasih gelapnya pada suatu malam yang gelap di malam hari dan hal ini telah diketahui oleh geng sindiket tersebut. Dia telah diugut untuk menyerahkan 40 ribu rupiah agar rahsianya tidak dibongkar kepada pihak polis. Salah seorang dari mereka juga telah dibunuh. Dia lari berganti ganti 2 x 500m untuk menyelamatkan diri. Seterusnya Rashid (Ismail Mahmud) dan rakannya, Zainal (Hussein Abu Hassan) dan seorang lagi (tidak dicatatkan namanya) telah diundang oleh hartawan ke rumahnya untuk mengambil gambarnya ketika sedang makan kenduri di rumah Tok Penggawa jiran sebelah rumah. Tiba tiba, Rashid telah menjerit dengan penuh syahu dan terserempak dengan Latifah yang juga berada di dalam rumah tersebut sambil menyembelih seekor lembu. Rashid telah salah faham menyangkakan Latifah Tertipu Bang dan bertengkar kerana cemburu dengan menyangkakan Latifah telah menjadi perempuan simpanan hartawan tersebut ketika sedang makan nasi di rumah Tok Kadi pada bulan Ramaan yang lalu. Selepas dijelaskan oleh Latifah barulah Rashid mulai faham dan menjalinkan semula perhubungan sulit mereka. Latifah sebenarnya tinggal bersama orang gaji tetapi hartawan (gajiwan jutawan) tersebut dan mereka memang suka menjalinkan hubungan sulit. Dia hanya termakan budi sahaja dan disebabkan tiada tempat berteduh, dia memilih jalan tersebut.

Apakah kesudahan kisah tersebut? Dapatkan filem ini dipasaran sekarang.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Ismail Mahmud sebagai Rashid, adik Nasir
  • Sarimah sebagai Latifah dan juga Noraini, nama asal
  • Ed Osmera sebagai Nasir, suami Hamida
  • Umi Kalthum sebagai Hamida, kakak angkat Latifah
  • Hussein Abu Hassan sebagai Zainal, tukang gambar encik Rashid
  • Raja Ismail sebagai Tok Penghulu
  • Noorkumalasari sebagai Peah
  • Nor Jin sebagai Ketua Kampung
  • Halim Putar sebagai Encik Halim

Pautan luar[sunting | sunting sumber]