Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
| Tuanku Munawir | |
|---|---|
| Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | |
| Tempoh pemerintahan | 5 April 1960 – 14 April 1967 |
| Didahului oleh | Tuanku Abdul Rahman |
| Diikuti oleh | Tuanku Ja’afar |
| Permaisuri | Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin |
| Putera-puteri | |
| Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir | |
| Nama penuh | |
| Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman | |
| Ayahanda | Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad |
| Bonda | Tuanku Ampuan Maharum binti Tunku Mambang |
| Kemangkatan | 14 April 1967 Seremban, Negeri Sembilan |
Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan dari 5 April 1960 - 14 April 1967. Baginda merupakan putera sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Almarhum Tuanku Abdul Rahman melalui Tuanku Maharum.
Baginda menaiki takhta Yang di-Pertuan Besar apabila ayahanda baginda mangkat pada 1 April 1960 ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong. Adinda baginda iaitu Tuanku Ja’afar ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 selepas kemangkatan baginda. Ketika kemangkatan baginda, anakanda baginda berusia 18 tahun dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan agar adinda baginda mengambil alih takhta dan menjadi Yang Di-Pertuan Besar. Anakanda baginda, Tuanku Muhriz merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 menggantikan Tuanku Ja'afar yang mangkat pada 27 Disember 2008.
| Didahului oleh Tuanku Abdul Rahman |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan 1960-1967 |
Diikuti oleh: Tuanku Ja’afar |