Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman
| Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman | ||
|---|---|---|
![]() |
||
|
|
||
| Raja Permaisuri Agong ke-XI | ||
| 26 April 1999 – 21 November 2001 | ||
| Pertabalan | 23 September 1999 | |
| Negeri | Selangor | |
| Pendahulu | Tunku Najihah | |
| Pengganti | Tengku Fauziah | |
|
|
||
| Tengku Permaisuri Selangor | ||
| 24 Oktober 1998 – 25 April 1999 | ||
| Pertabalan | 24 Oktober 1998 | |
| Pendahulu | Tengku Ampuan Rahimah | |
| Pengganti | -Tiada- | |
|
|
||
| Sultan | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | |
| Dilahirkan | 18 November 1971 (41 tahun) | |
| Kuala Lumpur | ||
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah telah dilahirkan pada 18 November 1971 dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Gurney, kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA, kampus Kota Bharu, Kelantan dalam bidang perbankan.
Dengan kehendak Allah yang menentukan jodoh pertemuan, maka pada 3 Mei 1990, baginda telah dipertemukan jodoh dengan DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.
Pada 20 Jun 1994, baginda telah dikurniakan Bintang Kebesaran Negeri Sarawak. Sempena sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Yang Ke-70 pada 8 Mac 1996, baginda telah dikurniakan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) oleh DYMM Sultan Selangor.
Seri Paduka Baginda Tuanku juga merupakan penaung kepada Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA, Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Negeri Selangor, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Selangor, BALKIS Negeri Selangor, Persatuan Pandu Puteri Negeri Selangor, Persatuan Jantung Hatiku dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Baginda memanfaatkan masa lapangnya dengan membaca buku, memasak dan bermain golf. Selain daripada itu, baginda juga gemar memandu kereta dan mengumpul buku-buku. Jika ada masa dan kesempatan baginda suka melancong ke luar negeri bagi menambahkan pengalaman dan pengetahuan.
