Tugu Peringatan Pentagon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambaran Tugu Peringatan Pentagon

Tugu Peringatan Pentagon (Bahasa Inggeris: Pentagon Memorial), yang terletak dekat sahaja di barat daya bangunan Pentagon di Kaunti Arlington, Virginia, ialah sebuah tugu peringatan tetap di yang didirikan untuk memperingati 184 orang mangsa yang terbunuh dalam bangunan itu dan juga pesawat Penerbangan 77 American Airlines (kecuali perampas) pada serangan 11 September 2001[1].

Direka bentuk oleh Julie Beckman dan Keith Kaseman daripada firma reka bina Kaseman Beckman Advanced Strategies[2] bersama jurutera Buro Happold[3], tugu ini dibuka kepada umum pada 11 September 2008. Tugu Peringatan ini dibuka tujuh hari seminggu sepanjang tahun. Agensi Perkhidmatan Taman Negara mengharapkan tugu itu menarik seramai 2 juta orang setahun. Tugu ini dilindungi oleh Polis Pentagon Amerika Syarikat.

Reka bina dan pembinaan[sunting | sunting sumber]

Kerja pembinaan Tugu Peringatan Pentagon (September 2007)

Tugu Peringatan Pentagon dibina berasaskan reka bentuk oleh Beckman & Kaseman dari Philadelphia, Pennsylvania, dengan sokongan reka bina daripada Buro Happold, yang dipilih dalam pertandingan reka bentuk. Untuk memperingati 184 orang mangsa, 184 buah bangku berhias lampu disusun mengikut usia mangsa, bermula dengan Dana Falkenberg, 3, hingga John Yamnicky Sr., 71, di atas plot berlanskap seluas 1.93-ekar (7,800 m²)Templat:Convert/track/sing. Setiap bangku berukir nama seorang mangsa. Bangku-bangku yang mewakili mangsa yang berada di dalam Pentagon disusun supaya yang membaca nama-nama mangsa itu akan memandang muka bangunan selatan Pentagon, di mana kapal terbang terhempas; bangku-bangku yang mewakili mangsa-mangsa dalam pesawat pula disusun supaya yang membaca nam-namanya akan akan mendongak ke arah langit sepanjang laluan perjalanan kapal terbang.[4] Di tapak tugu peringatan juga didirikannya sebuah tembok di sepanjang pinggir Tugu bermula pada ketinggian 3 inci dan menaik hingga 71 inci yang masing-masing mewakili mangsa serangan yang termuda dan tertua,[5] dan kira-kira 85 batang pokok paperbark maple.[6]

Pentagon Memorial Fund, Inc. menyasarkan hasil dana sebanyak $32 juta. Pembinaan tugu ini dianggarkan menelan belanja $22 juta, dengan $10 juta lagi diperuntukkan untuk endaumen untuk menawarkan khidmat penyelenggaraan tugu.[6] Pada Mei 2007, $13.8 juta dikumpul untuk pembinaan tugu.[7] Dana dermaan termasuk $250,000 dari American Forests untuk menanam pokok di tugu,[8] dan $1 juta dari kerajaan Taiwan.[9]

Kerja pembinaan bermula pada 15 Jun 2006.[10] Pada November 2006, kerja-kerja penggalian tapak dan penghalaan semula talian utiliti sedia ada sudah pun disiapkan, di samping pemasangan saluran air untuk kolam air pancutan.[11] Pada Mei 2007, asas tembok perimeter siap dibina sementara cerucuk-cerucuk konkrit diisi untuk setiap bangku.[7]

Upacara dedikasi[sunting | sunting sumber]

Majlis dedikasi pada 11 September 2008

Tugu Peringatan Pentagon didedikasi dan dibuka kepada umum pada 11 September 2008.[12] Presiden George W. Bush menggelar tugu ini sebaga "penghormatan yang abadi kepada 184 insan yang terkorban." Upacara dedikasi ini dihadiri oleh 20,000 orang, termasuk bekas Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, Pengerusi Ketua Turus Bersama Michael Mullen, dan Setiausaha Pertahanan ketika itu, Robert M. Gates.[13] Ia dibuka kepada umum pada jam 7 petang dalam satu upacara yang berasingan dengan persembahan muzik oleh Pancaragam Tentera Laut dan Sea Chanters Chorus. Sarjan Kelas Pertama Peter George Lentz membuka tirai bangku pertama sebagai dedikasi kepada 184 nyawa yang melayang untuk memperingati mereka.

Acara ulang tahun[sunting | sunting sumber]

Untuk menyambut ulang tahun peristiwa 9/11 setiap tahun, bendera Amerika Syarikat digantungkan di bahagian Pentagon yang dihempas oleh Penerbangan 77. Pada waktu malam, bahagian bangunan itu disuluhi lampu biru. Antara acara-acara ulang tahun yang diadakan di sekitar tugu ini termasuklah acara "America Supports You National Freedom Walk", sebuah acara jalan kaki beramai-ramai yang diadakan pada hari Ahad. Larian ini bermula di Tugu Peringatan Lincoln dan berakhir di Pentagon.[14]

Upacara peringatan diadakan turut diadakan pada ulang tahun 9/11 di Pentagon, dengan satu upacara di sebuah auditorium dalam Pentagon untuk para kakitangan, dan satu lagi upacara kecilan di tugu untuk saudara-mara mangsa korban 9/11 di Pentagon.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Pentagon Memorial Project Schedule". Pentagon Renovation Program. http://memorial.pentagon.mil/schedule.htm. Capaian 2006-10-12. 
  2. Miroff, Nick. ""Creating a Place Like No Other"", The Washington Post, The Washington Post Company, 2008-09-11. Dicapai pada 2008-09-11. [pautan putus]
  3. "Pentagon Memorial". http://www.burohappold.com/BH/PRJ_BLD_pentagon_memorial.aspx. Capaian 2010-09-12. 
  4. "Nearly complete Pentagon memorial tells story of 9/11 - CNN.com", CNN, 24 Mei 2008. Dicapai pada 22 Mei 2010. 
  5. articles.cnn.com, diterima pada 25 Mei 2011.
  6. 6.0 6.1 Dwyer, Timothy. "Groundbreaking For 9/11 Memorial at Pentagon", The Washington Post, 6 Jun 2006. 
  7. 7.0 7.1 Dwyer, Timothy. "Pentagon Memorial Progress Is Step Forward for Families", The Washington Post, 26 Mei 2007. 
  8. Killian, Erin. "Forestry group donates $250,000 to Pentagon memorial", Washington Business Journal, 7 September 2007. 
  9. "Joseph Wu visits Pentagon Memorial construction site", Taipei Times, 9 September 2007. 
  10. "Ground Broken for Pentagon 9-11 Memorial". Pentagon Memorial Fund. 15 Jun 2006. http://www.pentagonmemorial.net/news/Read.aspx?ID=55. Capaian 2006-10-12. 
  11. "Construction Update". Pentagon Memorial Fund. 13 November 2006. http://www.pentagonmemorial.net/news/Read.aspx?ID=71. 
  12. Wilgoren, Debbie, Nick Miroff, Robin Shulman. ""Pentagon Memorial Dedicated on 7th Anniversary of Attacks"", The Washington Post, The Washington Post Company, 2008-09-11. Dicapai pada 2008-09-11. 
  13. http://www.defenselink.mil/home/features/2008/0708_memorial/index.html Retrieved 2008-09-11.
  14. "About the DC Walk". U.S. Department of Defense. http://www.americasupportsyou.mil/freedomwalk/about-DC-walk.html. Capaian 2007-09-13. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 38°52′15.4″N 77°3′31.3″W / 38.870944°U 77.058694°B / 38.870944; -77.058694