Tukang Gunting dari Seville

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Adegan daripada versi Tukan Gunting dari Seville abad ke-19. Asal-usul commedia dell'arte lakon ini dapat dilihat dalam gambar ini yang menunjukkan Figaro berpakaian dan bertopeng macam Harlequin, watak komedi dalam lakon Eropah

Tukang Gunting dari Seville, atau Langkah Beringat yang Tak Berguna[1] (Bahasa Perancis: Le Barbier de Séville ou la Précaution inutile) ialah sebuah lakon Perancis karya Pierre Beaumarchais, dengan muzik asal oleh Antoine-Laurent Baudron. Pada mulanya lakon ini diilhamkan sebagai sebuah opera komedi, akan tetapi tidak diterima sedemikian oleh Comédie-Italienne dalam tahun 1772. Lakon sekarang ialah lakon yang ditulis dalam tahun 1773, akan tetapi, disebabkan masalah perundangan dan politik pengarang, ia tidak dilakonkan sehingga 23 Februari 1775, di Comédie-Française di Tuileries. Lakon ini merupakan lakon pertama dalam sebuah trilogi – lakon-lakon lainnya ialah Perkahwinan Figaro dan Ibu Bersalah.

Kendatipun penerimaan lakon tidak berapa baik pada awalnya, Beaumarchais berjaya menyunting skrip asal dengan pantas dan menjadikan lakon ini sebuah lakon yang berjaya dalam masa tiga hari. Judul lakon mungkin merupakan sebuah permainan kata berkaitan dengan lakon tulisan Tirso de Molina, El Burlador de Sevilla ("Penipu dari Seville"). Mozart menulis satu set yang mengandungi 12 variasi, K. 354, berlandaskan satu daripada lagu Baudron, " Je suis Lindor".

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Ciptakan templat Tunas-lakon
 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.