Tumblr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tumblr, Inc.
Tumblr Logo.svg
Jenis Persendirian
Diasaskan Februari 2007[1]
Ibu pejabat New York City, United States[2]
Perancang utama David Karp (Pengasas, CEO)
Industri Rangkaian perkhidmatan sosial, microblogging
Pekerja 104 (pada Ogos 2012)[1]
Laman web tumblr.com
Kedudukan Alexa 36 (Oktober 2012)[3]

Tumblr, diolah dalam gaya sebagai tumblr., merupakan platform microblogging dan laman rangkaian sosial yang dimiliki dan dikendalikan oleh Tumblr, Inc. Servisnya membenarkan para pengguna untuk memaparkan multimedia dan kandungan yang lain kepada blog yang pendek. Pengguna juga boleh mengikuti blog kendalian pengguna lain dan juga menjadikan blog mereka berbentuk persendirian.[4][5] Terdapat pelbagai lagi ciri-ciri laman yang boleh dicapai melalui ruang hubung kait "dashboard", di mana pilihan untuk memaparkan kandungan dan kandungan yang dipaparkan oleh pengguna lain yang diikuti tersedia.

Pada 13 Oktober 2012, Tumblr mempunyai lebih daripada 77 juta blog.[2] Menurut comScore, laman ini mencapai 13.4 juta pengunjung dari Amerika Syarikat sahaja pada Julai 2011 (mencapai 218%) dari Julai 2010.[6] Ibu pejabatnya terletak di Midtown Manhattan, Bandar New York.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pengasas dan CEO, David Karp

Tumblr telah dilancarkan pada 27 April 2007 oleh David Karp.[7] Marco Arment memainkan peranan sebagai pembangun utama walaupun beliau telah meninggalkan syarikat ini pada tahun 2010 untuk menumpukan perhatian kepada Instapaper.[8][9][10] Dalam linkungan dua minggu selepas pelancarannya, perkhidmatan ini telah menerima sebanyak 75,000 pengguna.[11]

Dengan pengambilalihan Tumblr pada tahun 2009 daripada Tumblerette, sebuah aplikasi App Store, Apple Inc. yang direka oleh Jeff Rock dan Garrett Ross, perkhidmatan tersebut telah dilancarkan sebagai aplikasi rasmi bagi iPhone.[12][13] Laman ini tersedia pada telefon pintar BlackBerry pada 17 April 2010 melalui aplikasi Mobelux di dalam BlackBerry App World. Pada Jun 2012, Tumblr telah mengeluarkan versi baru untuk aplikasi iOS, Tumblr 3.0 telah menyokong Spotify, imej resolusi tinggi dan akses luar talian.[14]

Pada awal Jun 2012, Tumblr telah memaparkan kempen pengiklanan jenama utama yang pertama terbesar dengan kerjasama Adidas. Adidas telah melancarkan sebuah blog rasmi Tumblr mengenai bola sepak dan membeli penempatan di papan pemuka pengguna. Pelancaran ini adalah hanya dua bulan selepas Tumblr mengumumkan ia akan bergerak ke arah pengiklanan berbayar di laman webnya.[15]

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Ogos 2012, Tumblr telah mempunyai lebih daripada 69.4 juta blog dan lebih daripada 29.8 bilion jumlah paparan kandungan oleh pengguna.[2] Pada September 2011, laman web ini telah menerima lebih daripada 13 bilion pemerhati setiap bulan.[16] Pada Julai 2010, laman web ini menerima 25,000 pengguna baru setiap hari[17] dan pada Julai 2012, 71.6 juta paparan kandungan oleh pengguna telah dicipta pada laman tersebut setiap hari.[1] Sebuah analisis telah dijalankan oleh AddThis telah menyatakan bahawa melalui perkhidmatannya pada tahun 2011, perkongsian saham Tumblr telah meningkat sebanyak 1299.5%.[18]

Perkhidmatannya ini adalah yang paling terkenal dalam kalangan segmen remaja dan penuntut di kolej dengan separuh daripada pelawat Tumblr berumur bawah 25 tahun.[19] Pada tahun 2009, Tumblr telah mencapai kadar tahanan sebanyak 85%,[20] jika dibandingkan dengan Twitter sebanyak 40%.[21]

Kewangan[sunting | sunting sumber]

Pembiayaan asal Tumblr datangnya daripada pendapatan Karp sebagai seorang perunding perisian di laman web keibubapaan UrbanBaby. Tumblr telah menambah pembiayaannya daripada Union Square Ventures, Spark Capital, Martín Varsavsky, John Borthwick (Betaworks), Fred Seibert dan Sequoia Capital (di kalangan pelabur-pelabur lain).[22][23] Tumblr telah berkongsi dua pelabur utama bersama Twitter. Presiden dan COO, John Maloney merupakan pengasas UrbanBaby bersama isterinya, Susan Maloney.

Syarikat ini mempunyai penilaian sebanyak $800 juta pada Ogos 2011.[24] Pada September 2011, syarikat ini mencapai $85 juta dalam pusingan pembiayaan yang diketuai oleh Greylock Partners dan Insight Venture Partners.[16]

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 "Press Information". Tumblr. http://www.tumblr.com/press. Capaian 18 Julai 2012. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 Tumblr "About Us". http://www.tumblr.com/about Tumblr. Capaian 18 Julai 2012. 
  3. "Tumblr.com Site Info". Alexa Internet. http://www.alexa.com/siteinfo/tumblr.com. Capaian 2012-08-30. 
  4. Boutin, Paul. "Tumblr Makes Blogging Blissfully Easy", The New York Times, 2009-03-13. Dicapai pada 2009-03-26. 
  5. "These 19 Social Networks Are Bigger Than Google+". Business Insider. http://www.businessinsider.com/these-19-social-networks-are-still-bigger-than-google-2011-7#13-deviantart-an-online-community-for-artists-to-share-and-display-their-work-384-million-7. 
  6. Van Grove, Jennifer (31 Ogos 2011). "Tumblr Tops 13 Million U.S. Uniques in July". Mashable. http://mashable.com/2011/08/31/tumblr-record-uniques/. Capaian 24 Disember 2011. 
  7. Karp, David (27 April 2007). "I'm SO thrilled with the Tumblr launch. Time to get dinner!". David's Log. Diarkibkan dari yang asal pada 13 Februari 2012. http://www.davidslog.com/1299486/im-so-thrilled-with-the-tumblr-launch-time-to. Capaian 18 April 2012. 
  8. Kushner, David. "David Karp is the Barely Legal Blogfather". Dicapai pada 2009-04-13. 
  9. Shafrir, Doree. "Would You Take a Tumblr With This Man?". Dicapai pada 2009-03-23. 
  10. "Marco Arment Leaves Tumblr To Work On Instapaper", TechCrunch, 2010-09-21. Dicapai pada 2010-12-14. 
  11. Ingram, Mathew (25 Ogos 2010). "Google VC, Tumblr CEO Among the Top Innovators Under 35". GigaOM. Diarkibkan dari yang asal pada 6 Januari 2012. http://gigaom.com/2010/08/25/google-vc-tumblr-ceo-among-the-top-innovators-under-35/. Capaian 6 Januari 2012. 
  12. Van Grove, Jennifer (2009-02-25). "Tumblr Rebrands Tumblerette and Releases Free iPhone App". http://mashable.com/2009/02/25/tumblr-iphone-app/. Capaian 2011-03-22. 
  13. "Tumblerette is now the official Tumblr iPhone App! (and it’s free!)". 2009-02-25. http://staff.tumblr.com/post/81463386/iphone-app. Capaian 2011-03-22. 
  14. Perez, Sarah (21 Jun 2012). "Better, Stronger, Faster: Tumblr 3.0 For iPhone Has Arrived". TechCrunch. Diarkibkan dari yang asal pada 18 Julai 2012. http://techcrunch.com/2012/06/21/better-stronger-faster-tumblr-3-0-for-iphone-has-arrived/. Capaian 18 Julai 2012. 
  15. Delo, Cotton (8 Jun 2012). "Tumblr Unveils First Major Brand Campaign for Adidas". Advertising Age. Crain Communications. Diarkibkan dari yang asal pada 18 Julai 2012. http://adage.com/article/digital/tumblr-unveils-major-brand-campaign-adidas/235262/. Capaian 18 Julai 2012. 
  16. 16.0 16.1 Ludwig, Sean (26 September 2011). "Tumblr grabs another $85M in fresh funding". VentureBeat. Diarkibkan dari yang asal pada 6 Januari 2012. http://venturebeat.com/2011/09/26/tumblr-raises-85m-greylock/. Capaian 6 Januari 2012. 
  17. Siegler, MG (19 Julai 2010). "Tumblr Is On Fire. Now Over 6 Million Users, 1.5 Billion Pageviews A Month". TechCrunch. Diarkibkan dari yang asal pada 6 Januari 2012. http://techcrunch.com/2010/07/19/tumblr-stats/. Capaian 6 Januari 2012. 
  18. Dumenco, Simon (13 Disember 2011). "AddThis: Facebook Makes Up 52% of Sharing on the Web". AdAge. Diarkibkan dari yang asal pada 15 Disember 2011. http://adage.com/article/the-media-guy/facebook-makes-52-sharing-web/231528/. Capaian 15 Disember 2011. 
  19. Lipsman, Andrew (30 Ogos 2011). "Tumblr Defies its Name as User Growth Accelerates". comScore. Diarkibkan dari yang asal pada 6 Januari 2012. http://blog.comscore.com/2011/08/tumblr_user_growth_accelerates.html. Capaian 6 Januari 2012. 
  20. Dannen, Chris. "What the Hell is Tumblr? And other Worthwhile Questions". Dicapai pada 2009-06-25. 
  21. Goldsmith, Belinda. "Many Twitters are quick quitters: study", Reuters, Thompson Reuters, 29 April 2009. Dicapai pada 2009-04-29. 
  22. "Best Young Tech Entrepreneurs 2009". Dicapai pada 2009-06-25. 
  23. Ha, Anthony (12 November 2010). "Blog startup Tumblr goes bi-coastal with Sequoia investment". VentureBeat. http://venturebeat.com/2010/11/12/sequoia-tumblr-investment/. Capaian 12 November 2010. 
  24. Ludwig, Sean (26 Ogos 2011). "Tumblr on verge of raising up to $100M with massive $800M valuation". VentureBeat. Diarkibkan dari yang asal pada 6 Januari 2012. http://venturebeat.com/2011/08/26/tumblr-on-verge-of-raising-up-to-100m-with-massive-800m-valuation/. Capaian 6 Januari 2012. 
  25. "Best Young Tech Entrepreneurs 2009: Tumblr". Bloomberg Businessweek. http://images.businessweek.com/ss/09/04/0421_best_young_entrepreneurs/11.htm. Capaian 24 Disember 2011. 
  26. "New York City Hot 125". Lead411.com. http://www.lead411.com/topnewyorkcompanies.html. Capaian 24 Disember 2011. 
  27. 27.0 27.1 27.2 Hickman, Angela. "The Top 10 celebrities on Tumblr", 9 Ogos 2011. Dicapai pada 6 Januari 2012. Diarkibkan drpd. yang asli di 6 Januari 2012. 
  28. "Behind the Occupy Wall Street slogan ‘We Are the 99%’". The Washington Independent. 29 September 2011. http://washingtonindependent.com/112752/behind-the-occupy-wall-street-slogan-we-are-the-99. Capaian 24 Disember 2011. 
  29. Kain, E.D. (12 Oktober 2011). "Outside of Wonkland, 'We are the 99%' Is a Pretty Good Slogan". Forbes. http://www.forbes.com/sites/erikkain/2011/10/12/outside-of-wonkland-we-are-the-99-is-a-pretty-good-slogan/. Capaian 24 Disember 2011. 
  30. Bilton, Nick. "Obama Campaign Experiments With Tumblr for '12", 24 Oktober 2011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]