Tun Mutahir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bendahara Tun Mutahir bin Tun Ali, atau terkenal dengan gelaran Temenggung Seri Maharaja, merupakan Bendahara Melaka ke-7. Beliau dilantik menjadi bendahara selepas kematian bapa saudaranya Tun Perpatih Putih. Bapanya ialah Tun Ali manakala ibunya Tun Kudu. Datuknya Mani Puridan disebelah bapa merupakan saudagar kaya dari benua India yang dikatakan seorang putera raja dari kerajaan [ tidak diketahui ]. Disebelah ibunya pula, Datuknya merupakan bendahara Melaka yang ke 3 iaitu Bendahara Seri Wak Raja, Tun Perpatih Sedang. Beliau merupakan Bendahara di zaman era pemerintahan Muzaffar Shah dari Melaka. Bondanya Tun Kudu merupakan bekas isteri dan permaisuri Muzaffar Shah dari Melaka

Sebelum menjadi bendahara, Tun Mutahir merupakan Temenggung Melaka. Beliau kemudian dilantik menjadi Bendahara oleh Sultan Mahmud Syah, manakala anaknya Tun Hasan menggantikannya sebagai temenggung [1].

Pada masa pemerintahannya, perkembangan ekonomi Melaka berada di kemuncaknya. Hatta, pengaruh baginda mengatasi Sultan kerana kelemahan keperibadian Sultan Mahmud. Baginda ialah seorang yang berpegang teguh pada agama dan tidak mempedulikan golongan saudagar yang cuba mengambil peluang atas kelemahan Sultan. Keadaan Melaka pada zamannya adalah sangat aman dan berada di kemuncaknya. Baginda juga menjalankan beberapa penaklukan termasuklah terhadap Kelantan dan meluaskan Empayar Melaka, Baginda bertanggungjawab menyelamatkan Melaka daripada tipu helah Portugis terutamanya Lopez de Squiera yang mana baginda serta putera-puteranya telah menyerang dan mengusir angkatan Portugis pada tahun 1509.[2]

Malangnya beliau sekeluarga dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana termakan fitnah golongan pembesar. Dalam keadaan demikianpun, baginda meminta keluarganya supaya bertenang dan menerima ketentuan Allah.

Keturunan beliau masih ada melalui anak-anaknya yang terselamat daripada hukumanan bunuh. Salah satunya melalui anaknda perempuannya Tun Fatimah yang berkahwin dengan Mahmud Shah dari Melaka menerusi perkahwinan ini mereka dikurniakan 3 cahaya mata iaitu Raja Puteh,Raja Khadija dan Raja Ali yang menaiki takhta sebagai Alauddin Riayat Shah II dari Johor. Selain itu Tun Fatimah juga mempunyai anak bersama suami pertamanya Tun Ali Bin Sri Nara di-Raja Tun Tahir merupakan sepupu Tun Fatimah dari sebelah ayahnya. Tun Trang merupakan anak sulung dan satu-satunya anaknda perempuannya bersama Tun Ali. Tun Trang merupakan isteri dan permaisuri kepada Muzaffar Shah I dari Perak yang juga merupakan anaknda kepada Mahmud Shah dari Melaka bersama isterinya Puteri Onang Kening dari Kesultanan Kelantan Wangsa Chermin. Dari titisan mereka lahirnya Sultan-sultan Perak sehingga kini melalui nasab perempuan yang berkahwin dengan Sultan Muzaffar Shah II dari Perak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sejarah Malaysia: Sultan Mahmud Syah
  2. ^ Sejarah Melayu, DBP, A Samad Ahmad


Penyandang Terdahulu Bendahara Melaka
ke-7
Penyandang Kemudian
Tun Perpatih Putih
Bendahara Seri Paduka Tuan