Tunas Cipta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunas Cipta
KategoriPenulisan & Bahasa
KekerapanBulanan
PenerbitDewan Bahasa dan Pustaka
Isu pertamaJun 2001
SyarikatDewan Bahasa dan Pustaka
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Laman webtcipta.dbp.my

Tunas Cipta merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak Jun 2001. Di samping itu, ia menyasarkan pembaca daripada kalangan remaja atau orang muda. Majalah ini juga mengandungi 68 halaman bercetak.[1]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Majalah ini mempunyai moto iaitu “Sastera Generasi Baharu” serta mengatakan tentang perkembangan kesusasteraan remaja dan penulis baharu tanah air. Selain itu, ia memaparkan hasil karya yang kreatif oleh penulis baharu dan remaja dalam pelbagai genre.

Butiran[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai harga yang telah ditetapkan dengan mengikut tempat majalah ini dipasarkan.

  • Semenanjung Malaysia : RM 5.00
  • Sabah/Sarawak : RM 5.50
  • Singapura : S$ 5.00
  • Brunei Darussalam : B$ 5.00


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-23. Dicapai pada 2012-06-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]