Tunawisma di Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seorang lelaki tiada tempat berteduh di Tokyo.

Di Jepun, bilangan tunawisma atau orang tanpa berumah atau gelandangan meningkat mengejut kerana peningkatan pengangguran semasa 1990an.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal 1990-an, tunawisma di Jepun dilihat sebagai satu bentuk gangguan. Kerajaan berusaha untuk menyingkirkan orang-orang jalanan "kerana persekitaran di sana memerlukan kecantikan".[2] Oleh kerana halangan birokrasi yang berterusan itu, cukup sukar bagi para tunawisma untuk mendapatkan manfaat yang mereka mungkin telah layak untuk terima. Hanya pada tahun 1997 pihak Tokyo pada akhirnya mengakui kewujudan tunawisma dan mula berunding.

Pada tahun 1998 para pegawai menyatakan ada sekitar 3,700 tunawisma di Tokyo sahaja. Kumpulan penyokong tunawisma menjangkakan jumlah yang sebenar mencecah 5,000 orang dan menunjukkan bahawa angka ini meningkat dengan cepat.[3]

Tunawisma telah berkembang lebih luas di masyarakat Jepun sejak runtuhnyagelembung harga harta tanah d Jepun sepanjang 1990-an, dan menghasilkan genangan ekonomi Dekad Yang Hilang. Ini telah menghasilkan kadar pengangguran lebih tinggi, faktor yang menyumbang kepada potensi tunawisma.

Aspek khusus[sunting | sunting sumber]

Beberapa aspek khusus tunawisma Jepun adalah disebabkan oleh struktur masyarakat Jepun. Menurut sejarah, lelaki adalah pencari nafkaf tunggal untuk keluarga mereka. Syarikat Jepun percaya bahawa lelaki yang telah berkahwin bekerja lebih baik daripada mereka yang belum berkahwin disebabkan yang sebelumnya merasa lebih kewajipan dan tanggung jawab terhadap keluarga mereka. Oleh kerana itu, bukan sahaja lelaki lanjut usia, yang mengalami ageisme dan tidak dapat mencari pekerjaan, tetapi lelaki yang belum berkahwin melepasi 35 tahun turut mengalami kesulitan dalam mencari pekerjaan. Ini tidak menghasilkan orang lebih miskin pada purata, melainkan perbezaan yang lebih besar, dengan peningkatan jumlah lelaki amat kaya dan sangat miskin, pada dasarnya menghasilkan lebih banyak lelaki tunawisma berbanding wanita tunawisma di Jepun.[4] Tambahan lagi, keluarga biasanya memberikan lebih banyak sokongan kepada wanita berbanding kepada lelaki.[5]

Warung internet dan tunawisma[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pelarian net cafe

Sebuah pangsapuri Tokyo disewakan sekitar US$1,250 sebulan. Pada 2009, Jepun mengalami kemelesetan ekonomi yang serius. Mencari pekerjaan bergaji rendah turut menjadi semakin sukar. Terutama tunawisma muda, dengan $15-$25 tiap malam, telah tinggal di warung internet, di mana mereka mendapat ruangan individu dan mandi, televisyen, minuman ringan dan capaian internet.[6]

Peristiwa koala[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009 taman binatang Osaka, yang dibiayai dana awam, membeli enam koala dari Australia dengan kos gabungan AUD$1.4 juta setahun untuk memberi makan. Osaka mempunyai bilangan tunawisma tertinggi di Jepun, dan keputusan untuk menghabiskan yen cukai di kebun binatang, bukannya bagi tunawisma, menimbulkan kemarahan beberapa tunawisma dan yang lainnya di Osaka.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Japan's homeless BBC News, accessed June 1, 2009
  2. [1] share-international.org, accessed January 28, 2011
  3. Homelessness in Japan share-international.org, accessed June 1, 2009
  4. Japan's homeless face ageism csmonitor.com, accessed June 1, 2009
  5. Asia: The Big Issue Japan
  6. Internet Cafés and homeless inventorspot.com, accessed June 1, 2009
  7. Costly koalas annoy Japan's homeless by Mark Willacy ABC News, accessed June 1, 2009