Tunku Abdul Jalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunku Abdul Jalil
Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor
Keputeraan(1990-07-05)5 Julai 1990
Istana Besar, Johor Bahru, Johor
Kemangkatan5 Disember 2015(2015-12-05) (umur 25)
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor
Pemakaman6 Disember 2015
Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
Nama penuh
Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail ibni Sultan Ibrahim
KerabatIstana Besar Johor Bahru
AyahandaSultan Ibrahim
BondaRaja Zarith Sofiah

Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim (5 Julai 1990 - 5 Disember 2015) merupakan anakanda keempat baginda dan putera ketiga kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah. Beliau merupakan Tunku Laksamana Johor dan juga adinda kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Almarhum Tunku Abdul Jalil telah diputerakan pada 5 Julai 1990. Almarhum telah menerima pendidikan awal di Sekolah Sri Utama Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Antarabangsa Yayasan Pendidikan Johor Zaikarim, Johor Bahru[1].

Tunku Laksamana Johor[sunting | sunting sumber]

Tunku Abdul Jalil Iskandar dilantik menjadi Tunku Laksamana Johor pada tarikh 22 November 2012.

Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Akhir hayat dan kemangkatan[sunting | sunting sumber]

Almarhum Tunku Abdul Jalil dikhabarkan telah bertarung dengan penyakit kanser hatinya yang berada pada tahap empat sejak Ogos 2014[3]. Ketika kemangkatan almarhum, seluruh kaum kerabat Diraja Johor berada di sisi almarhum. Almarhum mangkat pada jam 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah ketika berusia 25 tahun. Pengumuman berkenaan kemangkatan almarhum telah dibuat oleh Pengerusi Majlis Jumaah DiRaja, Datuk Abdul Rahim Ramli[4].

Istiadat pemakaman[sunting | sunting sumber]

Almarhum telah dimandi dan dikafankan pada 6 Disember 2015 bermula sekitar jam 7 pagi. Keranda jenazah Almarhum kemudiannya diletakkan di tengah-tengah Bilik Singgahsana Istana Besar[5]. Keranda baginda dilitupi bendera Jalur Gemilang dengan topi polis dan pedang di atasnya. Pada jam 9:00 pagi sehingga jam 11:30 pagi, rakyat jelata diberi peluang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum. Pada jam 11:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari pula, orang kenamaan diberikan peluang untuk memberikan penghormatan terakhir mereka.

Jenazah Almarhum telah selamat dimakamkan sekitar jam 2:40 petang selepas diarak menggunakan Pedati Diraja dari Istana Besar Johor Bahru[6]. Sultan Johor, Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim turut mengiringi jenazah Almarhum di atas pedati yang ditarik 10 askar Timbalan Setia Negeri (TSN) sehingga ke Makam Mahmoodiah sejauh tiga kilometer. Bacaan talkin telah disempurnakan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Johor prince Tunku Jalil dies at 25 after battling liver cancer, Straits Times, 05/12/2015
  2. ^ "Lima anakanda Sultan Johor terima darjah kebesaran negeri Johor". Sinar Harian. 22 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-04. Dicapai pada 8 April 2018.
  3. ^ Tunku Laksamana Johor Mangkat, Berita Harian, 07/12/2015
  4. ^ Johor prince, Tunku Jalil dies, MalayMail Online, 05/12/2015
  5. ^ Suasana pilu selubungi penghormatan terakhir jenazah, Berita Harian, 06/12/2015
  6. ^ Jenazah Tunku Jalil selamat dimakamkan, Berita Harian, 06/12/2015