Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tunku Abdul Malik
Raja Muda Kedah
Pasangan Tengku Raudzah Sultan Hisamuddin
Bapa Sultan Badlishah
Ibu Tunku Sofia Tunku Mahmud
Kelahiran 24 September 1929 (umur 82)
Istana Anak Bukit, Anak Bukit, Kedah, British Malaya

Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah (diputerakan 24 September 1929) adalah merupakan pewaris takhta yang belum pasti[fn 1] kepada takhta Kedah. Baginda adalah putera kepada Sultan Badlishah dan adinda kepada Sultan Abdul Halim.

Isi kandungan

[sunting] Biografi

Tunku Abdul Malik telah diputerakan pada 24 September 1929 di Istana Anak Bukit, Anak Bukit, sebagai putera kedua kepada Tunku Badlishah dan Tunku Sofiah Tunku Mahmud yang masih hidup pada peringkat awal. Tunku Badlishah adalah merupakan putera ke-7 kepada Sultan Abdul Hamid Halim (juga merupakan ayahanda kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia) pertama. Ayahanda baginda telah dimahkota sebagai Raja Muda Kedah pada tahun 1935 dan menjadi Sultan pada tahun 1943.[1]

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Wadham, Oxford.[1]

Kekanda sulungnya, Tunku Abdul Halim telah menaiki takhta kerajaan Melayu negeri Kedah, Malaysia pada tahun 1958 berikutan kematian ayahandanya. Disebabkan Sultan Abdul Halim tidak mempunyai anak lelaki, Tunku Abdul Malik telah diangkat menjadi pemangku Sultan Kedah sejak 1981, dengan membawa gelaran Raja Muda Kedah.[1]

[sunting] Perkahwinan

Tunku Abdul Malik telah berkahwin dengan Tengku Raudzah Sultan Hisamuddin, puteri kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah of Selangor, pada 16 Julai 1956 di Istana Bukit Kota, Alor Setar.[1] Selepas pemahkotaan baginda sebagai Raja Muda pada 1981, Tengku Raudzah menjadi Raja Puan Muda.[2]

[sunting] Footnotes

  1. Walaupun baginda kadangkalanya digelar pewaris nyata atas lantikan baginda sebagai Raja Muda, ini masih belum sah secara teknikal memandangkan baginda masih boleh digantikan oleh putera Sultan Kedah kini jika berlaku keputeraan. Bagaimanapun perkara ini kemungkinan besar tidak akan berlaku

[sunting] Rujukan

Kerabat Diraja Malaysia
Gelaran Baru
heir presumptive
Pewarisan takhta diRaja Kedah
Kedudukan 1
Diikuti oleh:
'Tunku Annuar Sultan Badlishah
sebagai Tunku Bendahara
Persondata
NAMA
NAMA LAIN
HURAIAN RINGKAS
TARIKH LAHIR
TEMPAT LAHIR
TARIKH KEMATIAN
TEMPAT KEMATIAN
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain