Tunku Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunku Abu Bakar
Yang Amat Mulia Tunku Putera Johor
Tunku Putera Johor
Pemerintahan22 November 2012 - kini
Pelantikan22 November 2012
Keputeraan (2001-05-30) 30 Mei 2001 (umur 22)
Johor Bahru, Johor
Nama penuh
Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim ibni Sultan Ibrahim
Nama diraja
Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim
KerabatIstana Besar Johor Bahru
AyahandaSultan Ibrahim
BondaRaja Zarith Sofiah

Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Al-Haj ibni Sultan Ibrahim (diputerakan pada (2001-05-30)30 Mei 2001 di Johor Bahru, Johor) merupakan Tunku Putera Johor serta anakanda keenam dan putera bongsu kepada DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan adinda kepada DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta merupakan adinda yang paling bongsu daripada 6 orang adik-beradik.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Tunku Abu Bakar merupakan seorang pelumba kereta yang profesional. Beliau dan kekandanya Tunku Abdul Rahman sering kali mewakili Malaysia khususnya negeri Johor dengan menyertai pertandingan lumba kereta di peringkat antarabangsa.[1][2]

Tunku Abu Bakar juga muncul sebagai Naib Juara Kejuaraan Pemandu GT3 ketika Perlumbaan GT World Challenge Asia 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 September 2023.[3]

Terasul, gelaran dan rujukan kehormat[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Tunku Abu Bakar Al-Haj
Gaya panggilan Yang Amat Mulia
Gaya pertuturan Yang Amat Mulia
Gaya pilihan Tunku
  • 30 Mei 2001 - 23 Januari 2010: Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim ibni Tunku Ibrahim Ismail
  • 23 Januari 2010 – 22 November 2012: Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar ibni Sultan Ibrahim
  • 22 November 2012 – kini: Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saiful Affendy Sapran (20 Mei 2022.) Dua putera Sultan Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim akan menghangatkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menerusi penyertaan mereka pada siri perlumbaan GT World Challenge Asia Harian Metro.
  2. ^ (23 Julai 2023) Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar ibni Sultan Ibrahim bersama gandingannya Luca Stolz mengungguli carta kejuaraan GT World Challenge Fanatec GT3 Asia Astro Awani.
  3. ^ Sophia Ahmad (25 September 2023) Tunku Abu Bakar Muncul Naib Juara GT World Challenge Asia 2023 Getaran.
  4. ^ Royal Ark
  5. ^ "TMJ dahului 83 penerima pingat darjah kebesaran Johor". Harian Metro. 31 Mac 2015. Dicapai pada 8 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]