Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin adalah seorang putera Kesultanan Kedah. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, pada tahun 1835. Beliau dikatakan terpengaruh dengan cara hidup Eropah dan mendapat pendidikan separuh Eropah.[1] Nenda beliau adalah Sultan Ahmad Tajuddin II dan kekanda beliau adalah Sultan Ahmad Tajuddin III.

Beliau pernah dilantik sebagai Raja Muda Kedah semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin III tetapi telah dilucutkan jawatan kerana terlibat dengan Perang Saudara Selangor.[2]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1869, Tengku Kudin telah berkahwin dengan Tengku Arfah, puteri Sultan Abdul Samad[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mohammad Isa Othman (1990). Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Dewan Bahasa Pustaka. ISBN 9836215832. 
  • J M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102. 

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Mohamad Isa Othman, 1990, ms. 37
  2. Mohamad Isa Othman, 1990, ms. 39
  3. J.M Gullick, 2004, ms 225