Tupai Muncong Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tupai Muncung Besar
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Bertulang belakang
Kelas: Mamalia
Order: Scandentia
Keluarga: Tupaiidae
Genus: Tupaia
Spesies: T. glis
Nama binomial
Tupaia glis
(Diard, 1820)

Tupai Muncung Besar, Tupaia glis adalah haiwan mamalia kecil dalam keluarga Tupaiidae. Ia mempunyai purata panjang badan antara 16-21 cm dan purata berat sekitar 190g, dengan pelbagai warna: perang kemerahan, bahagian atas kelabu atau hitam dan permukaan perut putih. Ia mempunyai ekor kembang perang kelabu dan hampir sepanjang panjang badan. Tapak tangannya licin dengan kuku tajam, dan terdapat kulit licin dibahagian atas hidungnya. Kedua jantina mempunyai rupa yang sama.

Ia merupakan yang terbesar dalam kategoru tikus pokok (treeshrews), Tupai Muncung Besar tersebar di Asia Tenggara. Ia terdapat di hutan hujan tanah rendah Thailand, Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Ia adalah haiwan diurnal, Tupai Muncung Besar aktif pada hari siang dan mencari makanan, bersendirian atau berpasangan, kebanyakannya atas tanah bawah belukar, walaupun ia arboreal. Permakannya terdiri dari serangga, buah, daun dan bahan sayuran lain. Sarangnya biasa dalam lubang batang pokok.

Tersebar luas sepanjang taburannya, Tupai Muncung Besar dinilai Kurang Dibimbangi dalam Daftar Merah IUCN Spesies Terancam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Insectivore Specialist Group (1996). Tupaia glis. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 2007-02-18.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Scandentia