Turutan magnitud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Turutan magnitud merupakan kelas skala atau magnitud bagi sebarang bilangan, yang mana setiap kelas mengandungi nilai-nilai nisbah yang ditetapkan pada kelas yang mendahuluinya. Dalam kegunaan paling amnya, bilangan yang diskalakan adalah 10 dan skalanya adalah eksponen (persepuluhan) yang digunakan pada bilangan ini (yakni satu turutan magnitud lebih besar bersamaan dengan 10 kali ganda besarnya). Beza turutan magnitud sedemikian boleh diukur pada skala logaritma dalam "dekad" (iaitu faktor 10).

Turutan magnitud kuantiti fizikal adalah magnitudnya dalam kuasa 10 apabila kuantiti fizikal itu dinyatakan dalam kuasa 10 dengan satu digit di kiri titik perpuluhan.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Turutan magnitud lazimnya digunakan untuk membuat perbandingan yang amat berasaskan anggaran serta mencerminkan perbezaan yang sungguh besar. Dalam dua bilangan yang berbeza satu turutan magnitud, salah satu bilangan itu adalah sekitar 10 kali ganda besarnya daripada yang satu lagi. Andai bezanya dua turutan magnitud, maka bezanya adalah faktor sekitar 100. Dua bilangan yang sama turutan magnitudnya adalah lebih kurang sama skalanya, iaitu nilai yang lebih banyak adalah kurang daripada 10 kali ganda nilai yang lebih kecil.

Istilah
(skala panjang)
Istilah
(skala pendek)
Awalan Simbol Perpuluhan Kuasa 10 Turutan
magnitud
persekuadrilion perseseptilion yokto- y 0.000,000,000,000,000,000,000,001 10−24 −24
persetriliad persesekstilion zepto- z 0.000,000,000,000,000,000,001 10−21 −21
persetrilion persekuintilion ato- a 0.000,000,000,000,000,001 10−18 −18
persebiliard persekuadrilion femto- f 0.000,000,000,000,001 10−15 −15
persebilion persetrilion piko- p 0.000,000,000,001 10−12 −12
persemiliard persebilion nano- n 0.000,000,001 10−9 −9
persejuta persejuta mikro- µ 0.000,001 10−6 −6
perseribu perseribu mili- m 0.001 10−3 −3
perseratus perseratus senti- c 0.01 10−2 −2
persepuluh persepuluh desi- d 0.1 10−1 −1
sa sa 1 100 0
sepuluh sepuluh deka- da 10 101 1
ratus ratus hekto- h 100 102 2
ribu ribu kilo- k 1,000 103 3
juta juta mega- M 1,000,000 106 6
miliard bilion giga- G 1,000,000,000 109 9
bilion trilion tera- T 1,000,000,000,000 1012 12
biliard kuadrilion peta- P 1,000,000,000,000,000 1015 15
trilion kuintilion eksa- E 1,000,000,000,000,000,000 1018 18
triliard sekstilion zeta- Z 1,000,000,000,000,000,000,000 1021 21
kuadrilion septilion yota- Y 1,000,000,000,000,000,000,000,000 1024 24

Rujukan[sunting | sunting sumber]