Tyazhely Sputnik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tyazhely Sputnik
Kontraktor utama OKB-1
Bas Venera 1VA
Jenis misi Melintas Zuhrah
Reput 26 Februari 1961
Roket Pembawa Roket Molniya 8K78
Kawasan Pelancaran Baikonur Cosmodrome Site 1/5
Jisim Suar: 644 kilogram (1,420 lb)
Total: 6,483 kilogram (14,290 lb)
Unsur orbital
Keadaan Orbit Bumi rendah (achieved)
Heliocentric (intended)
Kecondongan 64.9°
Apoapsis 296 kilometer (184 bt)
Periapsis 179 kilometer (111 bt)

Tyazhely Sputnik, (Bahasa Rusia: Тяжелый Спутник bererti Satelit Berat), juga dikenali sebagai nama pembangunannya sebagai Venera 1VA No.1,[1] dan di Barat sebagai Sputnik 7, merupakan kapal angkasa Soviet, yang bertujuan bagi kapal angkasa pertma bagi menjelajah Zuhrah. Akibat dengan masalah dengan Peringkat atasnya ia gagal melepasi orbit Bumi rendah. Bagi mengelakkan mengakui kegagalan tersebut, kerajaan Soviet sebaliknya mengumumkan bahawa keseluruhan kapal angkasa, termasuk peringkat atas, adalah ujian bagi "satelit Berat" yang akan bertindak sebagai platform pelancaran misi masa depan. Ini menyebabkan bahagian atas dianggap kapal angkasa yang berasingan, dari mana suar itu "dilancarkan", pada beberapa misi berikutnya.[2]

Tyazhely Sputnik dilancarkan 01:18:03 UTC pada 4 Februari 1961, di atas roket penggangkut Molniya 8K78 terbang dari Tapak 1/5 di Baikonur Cosmodrome.[3] Apabila Peringkat atas dihidupkan, gelembung dalam salur oksigen cair mengalir melalui pum pengoksida menyebabkan pam gagal berfungsi, menyebabkan kegagalan engin pada lapan per sepuluh saat selepas dihidupkan.[4] Ia memasuki atmosfera melalui Siberia pada 26 Februari 1961.[5]

Suar saudaranya, Venera 1, berjaya dilancarkan dan disuntik masuk ke dalam orbit heliosentrik ke arah Zuhrah seminggu kemudian, sungguhpun telemetri misi tersebut gagal seminggu selepas penerbangan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Zak, Anatoly. "Russia's unmanned missions to Venus". RussianSpaecWeb. Diperolehi pada 10 January 2011. 
  2. Wade, Mark. "Venera 1VA". Encyclopedia Astronautica. Diperolehi pada 28 July 2010. 
  3. McDowell, Jonathan. "Launch Log". Jonathan's Space Page. Diperolehi pada 28 July 2010. 
  4. Wade, Mark. "Soyuz". Encyclopedia Astronautica. Diperolehi pada 28 July 2010. 
  5. "Sputnik 7". NSSDC (NASA Goddard Spaceflight Center). Diperolehi pada 28 July 2010.