UNIC
| UNIC | |
Album terbaru terbitan UNIC Records |
|
| Latar belakang | |
|---|---|
| Asal | |
| Genre | Nasyid |
| Pekerjaan | Vokal / Pemuzik |
| Label | Hijjaz Music Entertainment EMI |
| Kegiatan berkait |
Berkumpulan |
| Laman web | home.unic.my/ |
| Ahli-ahli | |
| Mohd Fakhrulradhi bin Khamarudin Bazli Hazwan Bin Che Osman Mohd Fazli Bin Abd Aziz |
|
| Bekas ahli | |
| Fendi Fitri Haris |
|
UNIC merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi nasyid di Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu. Ia merupakan adik kepada kumpulan nasyid In-Team yang lahir di bawah Hijjaz Record. Album pertama mereka yang bertajuk “You & I See”[3] telah mencatatkan jualan melebihi 40 000 unit di seluruh Malaysia. Berdasarkan sambutan yang diberikan oleh peminat nasyid, sehingga kini UNIC telah bertahan selama 10 tahun dalam persada seni dan telah berjaya menerbitkan lapan buah album studio dan enam album kompilasi.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Sejarah UNIC bermula pada tahun 2002 semasa ahli-ahlinya masih di bangku persekolahan lagi. Menjadi fenomena industri nasyid pada masa itu, UNIC diangkatkan lagi dengan lagu HITS mereka pada kemunculan pertama mereka iaitu 'Hanya Tuhan Yang Tahu' di bawah pengurusan Hijjaz Records.[4]
Berbekalkan kepada pengalaman dan tenaga kerja yang sedia ada, UNIC telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu UNIC Records[5], setelah menamatkan tempoh kontrak 8 tahun di bawah naungan Hijjaz Records pada awal tahun 2010. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan bahan‐bahan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat dan juga berfungsi sebagai pengedar kepada semua produk‐produk UNIC Records dan pelanggan UNIC.
UNIC terus bergerak maju bersama dengan dua buah lagi syarikat yang diuruskan mereka sendiri iaitu UNIC Nasyeed and Training Consultant (UNTC) dan UNIC Biotrade[6][7] Setiap syarikat yang ditubuhkan mempunyai fungsi tersendiri dalam usaha mereka menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
Setelah menamatkan kontrak bersama Hijjazz Records, beberapa masalah telah timbul dan antaranya ialah penamaan nama rasmi UNIC. Hijjaz Records menyatakan bahawa nama UNIC adalah hak milik syarikat mereka. Dengan itu nama UNIQUE telah digunakan sebagai ganti tetapi telah mendatangkan beberapa masalah seperti kekeliruan di kalangan peminat setia UNIC. Kemudian ditukar pula ke UNIQ dan akhir sekali kembali dengan UNIC.
“Hiburan Berilmu Rohani Terpandu” menjadi slogan mereka. Misi UNIC Records adalah untuk meneroka, berkembang dan menjalankan usaha dakwah menerusi bidang‐bidang yang diceburi selaras dengan kemajuan dan perkembangan negara.
[sunting] Ahli kumpulan
Pada asalnya UNIC mempunyai anggota seramai 4 orang lelaki iaitu:-
- Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
- Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli)
- Mohd Afendi bin Haji Jahri (Apen,Fendi)
- Wan Sharifuddin bin Wan Hassan (Wanshah)
Namun atas komitmen dan hala tuju yang berlainan, UNIC beberapa kali telah bertukar anggota. Pada tahun 2007, Fitri telah mengumumkan pengunduran beliau daripada kumpulan UNIC tanpa menyatakan sebab tertentu dengan hanya meyatakan beliau ingin fokus pada pengajian beliau pada peringkat seterusnya.[8] Album terakhir beliau bersama UNIC ialah "Langkah Tercipta".
Namun begitu, UNIC terus kekal dengan perjuangan dan konsep muzik yang sama iaitu ingin menyelitkan dakwah dalam bentuk hiburan. Akhirnya pada tahun 2011, UNIC terus kekal bersama 3 anggota iaitu:
- Bazli Hazwan bin Che Osman
- Ahmad Fadzli bin Ab. Aziz
- Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin[9]
[sunting] Album
| Album Studio | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Tajuk | Kulit Album | Senarai Runut |
| 2002 | You And I See |
|
|
| 2003 | See You Di IPT |
![]() |
|
| 2005 | Satu Tekad |
|
|
| 2007 | Tika Itu |
|
|
| 2008 | Langkah Tercipta |
|
|
| 2010 | Nur Muhammad (gandingan bersama In-Team)[10] |
|
|
| 2011 | Hijrah |
|
|
| 2012 | UNIC Edisi Khas |
|
|
[sunting] Alamat
UNIC Records
No.2-80 Jalan Prima SG3,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.
[sunting] Pautan luar
- Siaran rasmi Youtube UNIC.
- (Indonesia) Koleksi Review Lagu² Nasyid Inteam - UNIC - Raihan
- Laman web UNIC
[sunting] Rujukan
- ↑ Penghijrahan Hafiz Hamidun. Utusan Malaysia. Capaian 20 Mac 2012.
- ↑ Dakwah terbaru Hafiz Hamidun. Utusan Malaysia. Capaian 20 Mac 2012.
- ↑ Kumpulan Unic pop dakwah. Utusan Malaysia. Capaian 20 Mac 2012.
- ↑ Unic susun strategi 2006. Utusan Malaysia. Capaian 20 Mac 2012.
- ↑ 'Tidak selamanya kami menyanyi'. Harian Metro. Capaian 20 Mac 2012.
- ↑ UNIC terus atur langkah. Harian Metro. Capaian 22 Mac 2012.
- ↑ UNIC anjur kem. Harian Metro. Capaian 22 mac 2012.
- ↑ Zikir Terapi Munajat hadiah buat peminat. Utusan Malaysia. Capaian 2 April 2012.
- ↑ CAK: Fakhrul cemerlang. Harian Metro. Capaian 22 Mac 2012.
- ↑ Intem, Unique tetap bersemangat. Berita Harian. Capaian 20 Mac 2012.
