UEFA Euro 2012
| Mistrzostwa Europy w piłce nożnej 2012 (Bahasa Poland) Чемпіонат Європи з футболу 2012 (Bahasa Ukraine) |
|
|---|---|
Logo rasmi UEFA Euro 2012 |
|
| Perincian kejohanan | |
| Negara-negara tuan rumah | |
| Tarikh | 8 Jun – 1 Julai |
| Pasukan | 16 |
| Tempat | 8 (di 8 bandar) |
| Kedudukan akhir | |
| Juara | |
| Naib Juara | |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 31 |
| Jaringan gol | 76 (2.45 per perlawanan) |
| Kehadiran | 1,440,896 (46,481 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | (3 gol) |
|
← 2008
2016 →
|
|
Kejohanan Bola Sepak Eropah UEFA 2012, ataupun Euro 2012, merupakan temasya Kejohanan Bola Sepak Eropah ke-14 buat pasukan bola sepak kebangsaan yang dianjurkan oleh UEFA. Kejohanan akhir diadakan oleh negara Poland dan Ukraine mulai 8 Jun hingga 1 Julai 2012. Inilah kali pertama setiap negara ini menjadi tuan rumah temasya ini, setelah bidaan kedua-dua negara dipilih oleh Jawatankuasa Eksekutif UEFA pada tahun 2007.[1]
Kejohanan ini adalah yang terakhir yang menampilkan 16 buah negara, kerana mulai Euro 2016, terdapat 24 finalis. Kelayakan ditandingi oleh 51 negara pada Ogos 2010 hingga November 2011 untuk menyertai dua negara tuan rumah. Juara kejohanan ini mendapat kelayakan automatik ke Piala Konfederasi FIFA 2013 yang diadakan di Brazil.[2]
Dalam perlawanan akhir di Stadium Olimpik di Kiev, Ukraine, juara bertahan Sepanyol memenangi kejohanan ini dengan menewaskan Itali 4–0.[3] Sepanyol menjadi pasukan pertama berjaya mempertahankan Kejohanan Bola Sepak Eropah, dan pasukan kebangsaan Eropah pertama memenangi tiga kejohanan besar berturut-turut (UEFA Euro 2008, Piala Dunia FIFA 2010).[3]
Isi kandungan |
Tempat acara [sunting]
Lapan buah bandaraya dipilih untuk menjadi tempat acara oleh UEFA. Selaras dengan format yang digunakan di temasya-temasya Euro 1992, Euro 1996 dan Euro 2008, setiap kumpulan bertapak di dua stadium.
Bandaraya tuan rumah Warsaw, Gdańsk, Wrocław, Poznań, Kiev, Lviv keenam-enamnya tarikan pelancong utama, tetapi tidak pula Donetsk dan Kharkiv (yang mengganti Dnipropetrovsk sebagai tuan rumah pada tahun 2009).[4]
Kewajipan menambah baik prasarana bola sepak termasuklah pembinaan stadium-stadium baru: enam daripadanya adalah stadium serba baru sementara dua lagi merupakan stadium sedia ada yang diubah suai sempena temasya.[5][6] Tiga buah daripadanya memenuhi syarat-syarat stadium kategori tertinggi UEFA.
Sistem pengangkutan di Poland dan Ukraine turut menjalani pengubahsuaian besar atas kehendak UEFA untuk menampung kedatangan besar-besaran peminat bola sepak.[7] (1.4 juta tiket telah dijual sempena temasya, dan lebih 20,000 orang dijangka menyeberangi sempadan Poland-Ukraine setiap hari sepanjang kejohanan.[8])
Penjualan tiket [sunting]
Tiket-tiket perlawanan dijual secara terus oleh UEFA melalui tapak sesawangnya, ataupun diedar oleh 16 persatuan bola sepak finalis. Permohonan hendaklah dibuat pada Mac 2011 untuk 1.4 juta tiket yang disediakan untuk 31 perlawanan.[9] Lebih 12 juta permohonan diterima, iaitu peningkatan sebanyak 17% dari kejohanan 2008, dan juga satu rekod baru bagi Kejohanan Eropah UEFA.[10] Oleh sebab terlebihnya permintaan, cabutan loteri diadakan untuk memperuntukkan tiket.
Harga tiket adalah dari €30 (untuk tempat duduk di belakang gawang pada peringkat kumpulan) hingga €600 (untuk tempat duduk di dirian utama perlawanan akhir). Selain tiket perlawanan individu, para peminat boleh membeli pakej untuk menyaksikan semua perlawanan yang melibatkan sesebuah pasukan, atau semua perlawanan di sesebuah tempat acara.[11]
Tapak pasukan [sunting]
Setiap pasukan diberi tempat khas atau 'tapak' untuk menginap dan berlatih sepanjang kejohanan. Daripada 38 lokasi yang berpotensi (21 di Poland, 17 di Ukraine),[12] para persatuan kebangsaan memilih lokasi masing-masing pada tahun 2011. Tapak-tapak ini merupakan destinasi pertama bagi semua pasukan ini selepas tiba di negara tuan rumah. 13 pasukan menginap di Poland, dan tiga di Ukraine.[13]
| Peta tapak setiap negara |
|---|
| Poland | Ukraine | ||
|---|---|---|---|
|
|
||
|
|
|
||
Stadium [sunting]
Sejumlah 31 perlawanan diadakan sepanjang Euro 2012, 16 di Ukraine dan 15 di Poland.
| Poland | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Warsaw | Gdańsk | Wrocław | Poznań | ||||
| Stadium Negara Dibina khas untuk temasya Muatan:50,000[14] |
Arena PGE Dibina khas untuk temasya Muatan: 40,000[15] |
Stadium Perbandaran Dibina khas untuk temasya Muatan:40,000[16] |
Stadium Perbandaran Diubah suai Muatan:40,000[17] |
||||
| 3 perlawanan dalam Kumpulan A (incl. opening match), 1 suku akhir dan 1 separuh akhir |
3 perlawanan dalam Kumpulan C and 1 suku akhir |
3 perlawanan dalam Kumpulan A | 3 perlawanan dalam Kumpulan C | ||||
| 170px | 185px | ||||||
|
|
|||||||
| Ukraine | |||||||
| Kiev | Donetsk | Kharkiv | Lviv | ||||
| Stadium Olimpik Diubah suai Muatan:60,000[18] |
Arena Donbass Dibina khas untuk temasya Muatan: 50,000[19] |
Stadium Metalist Diubah suai Muatan:35,000[20] |
Arena Lviv Dibina khas untuk temasya Muatan: 30,000[21] |
||||
| 3 perlawanan dalam Kumpulan D, 1 suku akhir dan akhir |
3 perlawanan dalam Kumpulan D, 1 suku akhir dan 1 separuh akhir |
3 perlawanan dalam Kumpulan B | 3 perlawanan dalam Kumpulan B | ||||
Peringkat kumpulan [sunting]
Semua waktu dinyatakan dalam Waktu Musim Panas Eropah Tengah (UTC+2) di Poland dan Waktu Musim Panas Eropah Timur (UTC+3) di Ukraine.[22]
- Syarat pemutus seri
Jika sekurang-kurangnya dua pasukan berseri mata setelah selesai perlawanan kumpulan, syarat-syarat berikut dikenakan untuk menentukan kedudukan:[23]
- Bilangan mata diraih yang lebih tinggi dari perlawanan antara pasukan-pasukan berkenaan;
- Perbezaan jaringan yang lebih tinggi dari perlawanan antara pasukan-pasukan berkenaan (jika lebih daripada dua pasukan habis dengan berseri mata);
- Bilangan jaringan yang lebih tinggi dari perlawanan antara pasukan-pasukan berkenaan (jika lebih daripada dua pasukan habis dengan berseri mata);
- Jika kedudukannya masih seri setelah mengambil kira 1) hingga 3), maka syarat-syarat tersebut dikenakan secara berasingan pada perlawanan antara pasukan-pasukan berkenaan untuk menentukan kedudukan muktamadnya. Jika ini pun tidak dapat menentukannya, syarat 5) hingga 9) dikenakan mengikut turutan yang berikut;[24]
- perbezaan jaringan yang lebih tinggi dalam semua perlawanan kumpulan;
- bilangan jaringan yang lebih tinggi dalam semua perlawanan kumpulan;
- kedudukan dalam sistem kedudukan pekali pasukan kebangsaan UEFA
- kelakuan pasukan (kejohanan akhir);
- cabutan undi
Jika kedua-dua pasukan bermain perlawanan akhir di peringkat kumpulan, dan mendapat keputusan seri dengan jumlah mata, jaringan dan bolosan yang rata-rata sama, daripada pemutus-pemutus seri tersebut, mereka terpaksa bermain sepakan penalti, asalkan tiada pasukan lain sekumpulan yang sama jumlah matanya.
Perhatian: Memandangkan setiap pasukan mempunyai pekali pasukan kebangsaan UEFA yang berbeza-beza, dua pemutus seri yang terakhir (iaitu kelakuan serta cabutan undian) tidak dapat dikenakan dalam kejohanan ini.
| Petunjuk warna bagi jadual kumpulan |
|---|
| Dua pasukan teratas mara ke suku akhir |
| Dua pasukan terbawah tersingkir dari kejohanan |
Kumpulan A [sunting]
| Pasukan | P | W | D | L | GF | GA | GD | Mata |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 3 | 2 | 0 | 1 | 4 | 5 | −1 | 6 | |
| 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 3 | 0 | 4 | |
| 3 | 1 | 1 | 1 | 5 | 3 | +2 | 4 | |
| 3 | 0 | 2 | 1 | 2 | 3 | −1 | 2 |
| 8 Jun 2012 | ||
| Poland |
1 – 1 | |
| Rusia |
4 – 1 | |
| 12 Jun 2012 | ||
| Greece |
1 – 2 | |
| Poland |
1 – 1 | |
| 16 Jun 2012 | ||
| Republik Czech |
1 – 0 | |
| Greece |
1 – 0 |
Kumpulan B [sunting]
| Pasukan | P | W | D | L | GF | GA | GD | Mata |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 3 | 3 | 0 | 0 | 5 | 2 | +3 | 9 | |
| 3 | 2 | 0 | 1 | 5 | 4 | +1 | 6 | |
| 3 | 1 | 0 | 2 | 4 | 5 | −1 | 3 | |
| 3 | 0 | 0 | 3 | 2 | 5 | −3 | 0 |
| 9 Jun 2012 | ||
| Belanda |
0 – 1 | |
| Jerman |
1 – 0 | |
| 13 Jun 2012 | ||
| Denmark |
2 – 3 | |
| Belanda |
1 – 2 | |
| 17 Jun 2012 | ||
| Portugal |
2 – 1 | |
| Denmark |
1 – 2 |
Kumpulan C [sunting]
| Pasukan | P | W | D | L | GF | GA | GD | Mata |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 3 | 2 | 1 | 0 | 6 | 1 | +5 | 7 | |
| 3 | 1 | 2 | 0 | 4 | 2 | +2 | 5 | |
| 3 | 1 | 1 | 1 | 4 | 3 | +1 | 4 | |
| 3 | 0 | 0 | 3 | 1 | 9 | −8 | 0 |
| 10 Jun 2012 | ||
| Sepanyol |
1 – 1 | |
| Ireland |
1 – 3 | |
| 14 Jun 2012 | ||
| Itali |
1 – 1 | |
| Sepanyol |
4 – 0 | |
| 18 Jun 2012 | ||
| Croatia |
0 – 1 | |
| Itali |
2 – 0 |
Kumpulan D [sunting]
| Pasukan | P | W | D | L | GF | GA | GD | Mata |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 3 | 2 | 1 | 0 | 5 | 3 | +2 | 7 | |
| 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 3 | 0 | 4 | |
| 3 | 1 | 0 | 2 | 2 | 4 | −2 | 3 | |
| 3 | 1 | 0 | 2 | 5 | 5 | 0 | 3 |
| 11 Jun 2012 | ||
| Perancis |
1 – 1 | |
| Ukraine |
2 – 1 | |
| 15 Jun 2012 | ||
| Ukraine |
0 – 2 | |
| Sweden |
2 – 3 | |
| 19 Jun 2012 | ||
| England |
1 – 0 | |
| Sweden |
2 – 0 |
Peringkat kalah mati [sunting]
| Suku Akhir | Separuh Akhir | Akhir | ||||||||
| 21 Jun – Warsaw | ||||||||||
| |
0 | |||||||||
| 27 Jun – Donetsk | ||||||||||
| |
1 | |||||||||
| |
0 (2) | |||||||||
| 23 Jun – Donetsk | ||||||||||
| |
0 (4) | |||||||||
| |
2 | |||||||||
| 1 Julai – Kiev | ||||||||||
| |
0 | |||||||||
| |
4 | |||||||||
| 22 Jun – Gdańsk | ||||||||||
| |
0 | |||||||||
| |
4 | |||||||||
| 28 Jun – Warsaw | ||||||||||
| |
2 | |||||||||
| |
1 | |||||||||
| 24 Jun – Kiev | ||||||||||
| |
2 | |||||||||
| |
0 (2) | |||||||||
| |
0 (4) | |||||||||
Suku akhir [sunting]
| 21 Jun 2012 20:45 UTC+2 |
Republik Czech |
0 – 1 | Stadium Negara, Warsaw Penonton: 55,590[25] Pengadil: Howard Webb (England) |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan | Ronaldo |
| 22 Jun 2012 20:45 UTC+2 |
Jerman |
4 – 2 | PGE Arena, Gdańsk Penonton: 38,751[26] Pengadil: Damir Skomina (Slovenia) |
|
|---|---|---|---|---|
| Lahm Khedira Klose Reus |
Laporan | Samaras Salpigidis |
| 23 Jun 2012 21:45 UTC+3 |
Sepanyol |
2 – 0 | Arena Donbass, Donetsk Penonton: 47,000[27] Pengadil: Nicola Rizzoli (Itali) |
|
|---|---|---|---|---|
| Alonso |
Laporan |
| 24 Jun 2012 21:45 UTC+3 |
England |
0 – 0 | Stadium Olimpik, Kiev Penonton: 64,340[28] Pengadil: Pedro Proença (Portugal) |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan | ||||
| Penalti | ||||
| Gerrard Rooney Young Cole |
2–4 |
Separuh akhir [sunting]
| 27 Jun 2012 21:45 UTC+3 |
Portugal |
0–0 | Arena Donbass, Donetsk Penonton: 48,000[29] Pengadil: Cüneyt Çakır (Turki) |
|
|---|---|---|---|---|
| Laporan | ||||
| Penalti | ||||
| Moutinho Pepe Nani Alves |
2–4 |
| 28 Jun 2012 20:45 UTC+2 |
Jerman |
1–2 | Stadium Negara, Warsaw Penonton: 55,540[30] Pengadil: Stéphane Lannoy (Perancis) |
|
|---|---|---|---|---|
| Özil |
Laporan | Balotelli |
Akhir [sunting]
| 1 Julai 2012 21:45 UTC+3 |
Sepanyol |
4–0 | Olympic Stadium, Kiev Penonton: 63,170 Pengadil: Pedro Proença (Portugal) |
|
|---|---|---|---|---|
| Silva Alba Torres Mata |
Laporan |
Rujukan [sunting]
- ↑ "EURO joy for Poland and Ukraine". UEFA.com. UEFA. 18 April 2007. Diarkibkan dari yang asal on Oktober 2010. http://web.archive.org/web/20070521080359/www.uefa.com/uefa/keytopics/kind=4194304/newsid=528963.html. Capaian Oktober 2010.
- ↑ Memandangkan juara Sepanyol telahpun layak dengan memenangi Piala Dunia FIFA 2010, naib juara Itali layak menerusi kejohanan UEFA Euro 2012 ini. Qualifiers – FIFA Confederations Cup Brazil 2013
- ↑ 3.0 3.1 "Spain claim historic win". http://soccernet.espn.go.com/report?id=346764&cc=5901. Capaian 1 Julai 2012.
- ↑ "Surkis says Odesa mayor promised much, did little with respect to Euro 2012", Kyiv Post, 15 December 2009.
- ↑ "Municipal Stadium Poznan launched in style", UEFA.com, Union of European Football Associations, 21 September 2010.
- ↑ "Metalist Stadium lights up Kharkov", UEFA.com, Union of European Football Associations, 5 December 2009.
- ↑ "Vice Prime Minister: Ukraine fulfilling UEFA requirements", 23 May 2012.
- ↑ "Over 20,000 people per day to cross Ukraine–Poland border during Euro 2012", 23 May 2012.
- ↑ "Apply now for UEFA EURO 2012 ticket sales", UEFA.com, Union of European Football Associations, 1 March 2011.
- ↑ "Massive demand for UEFA EURO 2012 tickets", UEFA.com, Union of European Football Associations, 1 April 2011.
- ↑ "Ticket prices for UEFA EURO 2012 announced", UEFA.com, Union of European Football Associations, 15 February 2011.
- ↑ "UEFA EURO 2012 Team base camp presentation". UEFA.com. Union of European Football Associations. 1 October 2010. http://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/EuroExperience/competitions/Publications/01/54/22/81/1542281_DOWNLOAD.PDF.
- ↑ "Alive #6". UEFA.com. Union of European Football Associations. February 2012. http://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/CountdownNews/competitions/Publications/01/76/11/50/1761150_DOWNLOAD.pdf.
- ↑ "National Stadium Warsaw". UEFA.com. Union of European Football Associations. http://www.uefa.com/uefaeuro/season=2012/hostcountries/poland/city=3149/stadium/index.html. Capaian 22 April 2012.
- ↑ "Arena Gdansk". UEFA.com. Union of European Football Associations. http://www.uefa.com/uefaeuro/season=2012/hostcountries/poland/city=1677/stadium/index.html. Capaian 22 April 2012.
- ↑ "Municipal Stadium Wroclaw". UEFA.com. Union of European Football Associations. http://www.uefa.com/uefaeuro/season=2012/hostcountries/poland/city=3187/stadium/index.html. Capaian 22 April 2012.
- ↑ "Municipal Stadium Poznan". UEFA.com. Union of European Football Associations. http://www.uefa.com/uefaeuro/season=2012/hostcountries/poland/city=2556/stadium/index.html. Capaian 22 April 2012.
- ↑ "Olympic Stadium, Kyiv". UEFA.com. Union of European Football Associations. http://www.uefa.com/uefaeuro/season=2012/hostcountries/ukraine/city=1947/stadium/index.html. Capaian 22 April 2012.
- ↑ "Donbass Arena". UEFA.com. Union of European Football Associations. http://www.uefa.com/uefaeuro/season=2012/hostcountries/ukraine/city=1525/stadium/index.html. Capaian 22 April 2012.
- ↑ "Metalist Stadium". UEFA.com. Union of European Football Associations. http://www.uefa.com/uefaeuro/season=2012/hostcountries/ukraine/city=1943/stadium/index.html. Capaian 22 April 2012.
- ↑ "Arena Lviv". UEFA.com. Union of European Football Associations. http://www.uefa.com/uefaeuro/season=2012/hostcountries/ukraine/city=2152/stadium/index.html. Capaian 22 April 2012.
- ↑ "UEFA Euro 2012 Match Schedule". UEFA.com. Union of European Football Associations. http://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/competitions/Draws/01/72/67/72/1726772_DOWNLOAD.pdf.
- ↑ "UEFA Euro 2012 Regulations". UEFA.com. Union of European Football Associations. http://www.uefa.com/MultimediaFiles/Download/Regulations/competitions/Regulations/91/48/36/914836_DOWNLOAD.pdf.
- ↑ "Key EURO regulation changes approved". UEFA.com. Union of European Football Associations. 22 May 2012. http://www.uefa.com/uefa/management/newsid=1800152.html.
- ↑ "Full-time report Czech Republic-Portugal" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 21 June 2012. http://www.uefa.com/newsfiles/euro/2012/2003343_fr.pdf. Capaian 21 June 2012.
- ↑ "Full-time report Germany-Greece" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 22 Jun 2012. http://www.uefa.com/newsfiles/euro/2012/2003344_fr.pdf. Capaian 22 Jun 2012.
- ↑ "Full-time report Spain-France" (PDF). Union of European Football Associations. 23 June 2012. http://www.uefa.com/newsfiles/euro/2012/2003345_fr.pdf. Capaian 23 June 2012.
- ↑ "Full-time report England-Italy". Union of European Football Associations. 24 Jun 2012. http://www.uefa.com/newsfiles/euro/2012/2003346_fr.pdf. Capaian 24 Jun 2012.
- ↑ "Full-time report Portugal-Spain" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 27 Jun 2012. http://www.uefa.com/newsfiles/euro/2012/2003378_fr.pdf. Capaian 27 Jun 2012.
- ↑ "Full-time report Germany-Italy" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 28 June 2012. http://www.uefa.com/newsfiles/euro/2012/2003379_fr.pdf. Capaian 28 June 2012.
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: UEFA Euro 2012 |
Templat:UEFA Euro 2012Templat:UEFA Euro 2012 stadiums
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||